Sunday, August 22, 2010

JMB8 : MEMAKAI JIMAT ADALAH SYIRIK

DSC01226

Susunan : Dr Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

JIMAT2  yang terbuat dari gelang2, benang2, kerang2 dan seumpamanya tidaklah berguna bagi pemakainya selain menambah hina dan lemah. Nabi s.a.w.  pernah melihat seorang laki2 ditangannya ada gelang yang terbuat dari tembaga murni. Beliau menegur: “Apa ni?!”

Laki2 itu menjawab: “Ini pelindung dari segala yang melemahkan.”

Beliau memerintahkan : “Bukalah ia, kerana sesungguhnya ia tidak menambahmu, kecuali kelemahan, dan sesungguhnya bila kamu mati sedang gelang itu masih melingkar ditanganmu,  pasti kamu tidak akan beruntung selama2nya.” HR Ahmad.

Memakai jimat2 adalah syirik kepada Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang menggantungkan jimat bererti ia telah musyrik.” HR Ahmad.

Dan barangsiapa yang menggantungkan sesuatu (sebagai jimat), Allah akan menyerahkannya kepada sesuatu yang digantungkan itu, sehingga ia binasa. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang menggantungkan sesuatu (sebagai jimat), ia diserahkan kepadanya.” HR Ahmad dan Al Tirmizy.

No comments: