Friday, October 7, 2011

THE VERSATILE BLOGGER

PERTAMANYA ma nak ucapkan terima kasih kepada AMIE kerana sudi
menganugerahkan ma award THE VERSATILE BLOGGER.

 

award 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nak cerita sikit…, orang  veteran yang gian baru  bermain blog macam ma ni…
sebenarnya tak tau apa pun kalau ada permainan award2 ni… 
Taunya menulis dan menulis ajelah nak lepas gian….
Jadi, agak terkejut jugak bila menerima pesanan Amie dalam komen Mutiara ma,
suruh ‘datang’ ambil award tu di ‘rumah’nya…

Hah? Dimana tu?  Terus klik kat profile AMIE…
‘Menetap di Lahad Datu, Sabah…? Nak suruh ma pergi ke Sabah amek award tu?’
Call SD…. masa tu dia dah tidur…. Suara pun moody ajeee….

~Hmmm… mane pulak … bukan rumah dialah, mak… Kat blog dialah …!~

Kalau tak kerana dia tengah tidur agaknya, boleh terguling dia ketawakan ma…
Hahaha… Smile

NAK terima award mesti ada dengan syaratnya…  Tau tak … apa syaratnya?!
Inilah syarat2nya yang ma kena selesaikan…

 

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Hahaha…. berat jugak ni…, tapi takpe, kerana award ABPBH ni,
ma terima cabaran AMIE.
Al maklum… THE VERSATILE BLOGGER teeeew!!
Tapi nanti….. bila ma serahkan  award ni pada kalian pulak,
kenalah kalian selesaikan jugak, seperti apa yang dah ma lakukan, tau!

Syarat yang pertama dah selesai ma tunaikan.
Sekarang ma cuba tunaikan syarat yang kedua pulak….
Agak berat, tapi ma seronok dapat berkongsi cerita…

Insya Allah, ma cuba… Hehe… suka bebenor…!
Tapi sedap ke tidak ceritanya, harap2 suka ajelah yeeer…
Yang penting cerita yang nak ma kongsikan ini ikhlas, tidak meng-ada2….

 

PERKONGSIAN 1:

 

BENCI KAWAN LELAKI…..
KETIKA ma di sekolah rendah dulu, ma tak suka berkawan dengan budak2 lelaki,
walaupun kelas ma sentiasa bercampur dengan budak lelaki dari darjah 1 hingga
darjah 6. Kesnya cuma kerana budak2 lelaki suka mengejek2 dan menyakitkan
hati dengan menggelarkan menggelar ma "Jepun”
Sebenarnya ma tak taupun apa tu Jepun selain dari perang Jepun yang emak
~kini arwah~ selalu ceritakan…
Cuma kerana dia suatu ejekan, telinga ma jadi panas.
Tiap hari ma akan balik kerumah dengan menangis2 dan mengadu
pada emak.
Oleh kerana kami sekampung, memang emak ma pun kenal dengan budak tu,
dan kerana bosan dengan tangisan ‘anak bungsu’nya ni,
emak pergi berjumpalah dengan keluarga budak tu.
Puas mengadu… budak tu tetap menggelar jugak!
Akhirnya, cuma satu perkataan aja dari emak yang buat ma tak menangis lagi.
Tau apa kata emak?
”Kenapa nak marah sangat? Biarlah dia panggil Jepun! Jepun kan cantik?!”
Terrrus okey! Hahaha… perasannya aku…!

Yang tak syoknya… bila ma dah tak marah2 lagi, budak tu pun senyap. Sad smile

 

PERKONGSIAN 2


BUKAN MELAYU JATI….

KETIKA umur ma 34 tahun….  masa tu ma dah ada anak 4.
Sesuatu yang sangat mengejutkan ma, terjadi.
Selama umur ma… ma sedar keluarga kami tak ada keturuan Jawa atau Boyan.
~Biasanya warga Melayu Singapura, 90% darinya berketuruanan Jawa atau Boyan.
Kalau nak cari orang Melayu Singapura yang berketurunan Melayu Jati,
memang payah!~
Che’ Chik, nenek ma - perantau yang berasal dari Batas Baru, K.Terengganu.
Ayah ma berasal dari Kemaman.
Masing2 merantau ke Singapura, kerana bekerja dan berniaga.
Nenek tak ada anak dengan perkahwinannya yang terakhir.
Diambilnya 2 orang anak angkat Cina…. iaitu
arwah emak ma dan emak saudara ma, yang ma panggil Moksu.
Ketika umur ma 34 tahun itulah, rahsia ni terbongkar.
Diceritakan oleh kakak ke2 ma, Kak Peah.
Sebenarnya bagi Kak Peah, ini bukan rahsia…
sebab dia pun tak sangka ma tak tau asal usul ma…. Smile 

 

PERKONGSIAN 3:


PESANAN EMAK….

KERANA ma ni anak bungsu agaknya, hubungan emak dengan ma agak rapat.
Tapi bukan bermakna emak dengan kakak2 dan abang tak rapat, tau…!
Cuma, entah kenapa emak selalu berpesan itu ini pada ma.
Mungkin kot, kerana
ma ni selalu duduk bertepek @ berkepit dengan dia…
Agaknyalah tuu!

Bila ma dah tau emak anak angkat, dengan sendirinya, emak selalu
keluarkan perkataan…. “aku ni kan anak angkat….”
walaupun dia tak sebut dia anak Cina… tapi ma maklum.
Sepatutnya ma perasaan lebih awal lagi… tapi punyalah lurus bendulnya,
sampai tak terfikir.. kenapa kulit emak putih.., kenapa mata ma kecik….
Mata emak tak sepet, tapi kecik…. Hidung emak pulak mancung,
tak macam Cina dulu2…
Kerana berkulit putih, berhidung mancung, dan bermata kecik itulah
emak nampak cantik!
~Nak cerita…. Sehinggakan jenazahnya pun tetap cantik.., bersih sangat…,
walaupun usianya dah cecah 70 tahun ketika dia meninggal….
Sehinggakan setiap kali ma bermimpikannya…, dia dalam keadaan muda,
memakai kebaya….~

Dalam pesananannya dia beberapa kali memberitahu,
ayahnya telah membintikan dia dengan nama Ali (nama arwah datuk).
Kalau dia meninggal tolong betulkan bintinya dengan nama Abdullah.

Bila dia meninggal, nasib baik ma teringat dan bagitau pada abang.
Dan ketika mentalqinnya…, dia telah disebut dengan nama Tijah Binti Abdullah.

Rupanya… pesanan itu hanya dipesan pada ma seorang,
sedangkan adik beradik ma yang lain, tak pernahpun mendengar pesanan itu…..

Ma rasa bebanan yang digalas keatas bahu ma yang maha berat berthabit
mentalqinkannya telah selamat ma tunaikan.

CUMA YANG AGAK TERKILAN….
bila dia menyerahkan 3 helai kain batik lepasnya pada ma untuk
dibuat menutup jenazahnya, kalau sampai umur.., begitu pesannya….
tapi ma tertinggal dirumah dan lupa nak bawak ke rumah abang, 
Emak meninggal di Bukit Jelutung, Shah Alam.

Sedih melihat jenazahnya cuma ditutup dengan kain batik sarung yang
belum dijahit….
Mudah2an emak mengampunkan ….
Semua ni bukan saja kerana tak ingat tapi kerana
kekalutan mendengar berita kematiannya yang agak mengejutkan…..
Innalillaahi wa inna ilaihi raajiiuuun…!
Alfatihah untuk emak… TIJAH BINTI ABDULLAH. Amiiiin…

 

PERKONGSIAN 4:


HASRAT TAK SAMPAI

MASIH nak berkongsi lagi tentang perihal emak.

Ketika dia sedang sakit…. masa tu baru beberapa bulan dia jatuh strok…, dia ada bersungut
menyatakan, antara adik beradik ma yang ber5, cuma ma sorang aje yang belum jejak kaki
ke Tanah Suci.

Dia menyatakan hasrat nak sponsor ma. Sebenarnya ketika dia menunaikan haji tahun 80an
dulu pun dia ada bersuara nak bawak ma bersama.
Tapi mungkin tak cukup duit agaknya,
atau mungkin jugak ketika tu ma ada anak yang masih kecil..,
akhirnya dia pergi sendirian.
Pergi sendirian kerana adiknya menarik diri saat2 akhir.

Hasratnya nak sponsor ma buat umrah ketika dia sakit tu…
sebenarnya kalau boleh dia pun nak pergi sama.
Dek kerana dia yang sedang sakit…, mungkin dia ingin bermunajat didepan Kaabah.

Walaupun ma tidak mengatakan bersetuju atau tidak
tapi …, jika ditakdirkan dapat pergi, ma bersedia sebenarnya.
Bukan ma tak terbayang bagaimana kesulitan nak  menjaga dan
nak menguruskan dirinya ketika di Tanah Suci nanti,
tapi ma tak sanggup nak menolak.

Kuasa Tuhan… mungkin Allah lebih mengetahui kelemahan dan kekurangan ma…,
kakak sulung ma, membantah dengan alasan…
emak sangat perlukan duit dalam keadaannya ketika itu….
Mungkin betul…. betul sangat2. Keperluannya lebih kepada perubatan.
Apatah lagi emak sudah ke Tanah Suci 3 kali.
2 kali haji, dan sekali umrah. Cukuplah tuuu..

 

PERKONGSIAN 5:

UMRAH DULU SEBELUM HAJI…..

MENYEBUT tentang Tanah Suci…. tah kenapa… sejak muda lagi, ketika ma di sekolah
menengah… ustaz yang paling rapat dan sentiasa baik dengan kami, ialah
Ustaz Syed Abdillah Al Jufri.
Ustaz ni… kini almarhum, adalah bapa saudara kepada Ustazah Sh. Hayati
yang tak kurang popular di Malaysia ini.
Ma sangat2 tertarik dengan perawakan ustaz ni yang sentiasa tersenyum
(muka ahli jannahlah gitu kan…?! ~ Alfatihah untuk ustaz….)
dengan percakapannya yang mesra dan suaranya yang lembut… 
sama macam gaya suara Ustaz Usman Al-Ahmadi…

Sangat terkesan ketika dia mengajar bab2 Haji…
Dia berpesan, kalau pergi mengerjakan haji jangan sesekali pergi
untuk mendapatkan gelaran Haji…

Bermula dari situ juga tertanam semangat ma,
untuk mengerjakan haji dengan sempurna….
tersemat dalam fikiran…, nak buat umrah dulu
untuk mempermudahan ketika mengerjakan haji…
Dengan kata2 lain, pergi berkenal2an dululah maknanya….
Tapi duit yang ma menabung tidak mengizinkan
ma akan kandas untuk mengerjakan Haji jika ma gunakan untuk Umrah.
Maklum Umrah pun bukan kecik2 belanja….

Sebenarnya ma rasa kecewa juga bila hajat emak nak sponsor buat umrah tu, tak jadi…
Tapi kata orang…, kalau kita berhajat dengan Tuhan…, insya Allah Tuhan akan mendengar
dan memakbulkan….

Kerana ma nak sangat2 buat Umrah dulu sebelum Haji agaknya…
akhirnya Tuhan tunaikan jugak…. bila seorang sahabat baik ma
yang ma berkawan sejak dibangku sekolah di Singapura bernama Aisah
telah sponsor ma buat umrah dengan duit bonus pencennya pada Mei 2008.
Dan kerana keterujaan melihat Kaabah, pada tahun berikutnya November 2009 …
ma mohon untuk mengerjakan Haji …. Alhamdulillah…
Bersyukur sangat2….!

 

PERKONGSIAN 6:

SELERAKU…..

DAH banyak ma bercerita tapi jarang2 sekali ma memasukkan bab2 makanan
kegemaran ma dalam n3…
Kadang2 terasa jugak bila  buat n3 tentang jamuan atau majlis keramaian,
ma asyik lupa aje nak snap gambar juadah.
Mungkin… pertamanya ma tak kesahkan apa juadahnya.
Dan mungkin kedua… ma dah lapar sangat kot, sampai tak sempat2 nak snap pic!
Huh, buruk bebenor kelaku… Hihihi…..

Tapi yang sebenarnya…. yang pertama tulah, ma tak kesahkan apa juadahnya!

Sebenarnya selera ma mudah sangat2….
Ma tak cerewet tentang makan. Tapi ma sukakan masakan yang berempah.

Meh nak bisik… ~Off record~  Makanan kegemaran ma ialah KARIPAP!
Ma boleh makan karipap sampai kenyang.
Asal ada karipap ma tak kesah kalau takde nasi!
Tapi mesti karipap yang sedap tau!

Kalau di Singapura karipap Old Chang Kee yang harganya sebiji SGD 1.20
~lebih kurang RM2.70, saiznya besar sikit dari karipap biasa~
memang sedap betul! Kena betullah dengan selera dan kehendak ma!

Ada jugak kenangan dengan emak pasal karipap ni…
Kalau dia pesan ma suruh beli kueh untuk minum petang,
nanti dia akan menggeleng kepala bila ma bawak balik karipap kat rumah.
Dailognya..: ‘aku dah kata… kalau suruh kau beli kueh, tak ada lain lah…
mesti karipap…!’

~Patut pun sekarang ni awak jadi supplier karipap, Cik Kamariah!~ Hehe…

 

PERKONGSIAN 7:

KERJAYA…..

DARI segi kerjaya…, hai dah veteren gini masih tergamak sebut hal kerjaya ke?

Ketika remaja, ma yang minat dalam penulisan ni ada jugak dapat offer
dari BERITA HARIAN Singapura dulu, jadi wartawan.
Ma suka jadi wartawan, tapi yang tak sukanya bila kena keluar, kesana sini.
Reject.

Pernah jugak orang offer jadi wartawan hiburan pada sebuah majalah pop.
Siap dia berkempen lagi kononnya nanti dapat jumpa dan interviu
Jefrydin, Sanisah Huri… blablabla pop yeh2laaaah era tuuu…
Tapi bila ditanya berapa gajinya? $80….
Ketika tu dah hujung2 tahun 1970an… Gaji kerani ketika tu <200
Cukup tak agak2 $80?
Makan minum, tambang bas, blablabla…
Ah, tak pasal2 pulak Jefrydin dengan Sanisah Huri  kena belanja ma makan nanti…
Hehe Smile?

Pernah suatu ketika….
Seorang kenalan dari JB pelawa ma jadi ejen insuren. ~konsultan sebenarnya~
Kononnya kerana ma ni pandai bercakap, ada tarikan.
Komisennya pun hebat, berlanjutan sampai 6 tahun.
Dia sendiri dapat 20k sebulan. Pakai Merc lagi….
Apa lagi, ma pun setuju.

Amek periksa, pas pulak tu! 
Dapat lesen, jadilah jugak konsultan kononnya sekejap.
Umur masa tu?  Hehe.. off record!
Tapi bila jumpa orang aje, jadi kecik… semakin kecik, kecik…
Tak boleh jadi, apa halnya aku nak jadi penakut depan orang?
Kerja tu elok sebenarnya, tapi tak sesuai sangat2 dengan jiwa ma….
Nak menyakinkan orang, bercakap yang sedap2 semuanya..
Akibatnya kerja tak jalan, kes tak dapat, ma di terminatekan!
~Innalillah…. kerjaku yang gah itu….~

Akhirnya ma jadilah seperti apa yang ada pada hari ini…
Walaupun cuma peniaga IKS, tapi dibelakang tabir…
Orang tak kenal pun siapa ma…. tapi kerja inilah yang menyara ma dan anak2…

 

HUH ! Dah selesaipun bab penceritaan perkongsian ma.
’Aiman’ tak kesaaaah, suka aje bab bercerita niii….
Awak semua camane? Baca sampai habis tak?
Kalau tak sempat baca habis, buat macam bersiri…
sambung besok2 yeeer…!

Ma pun mungkin lama jugak ‘sadaikan’ entry ni, kot
Besok SD nak balik… dah tentu cucu2 yang 2 tu banyak cakapnya
nak melayanlah jugak sikit2…
Jawabnya tak jadi lagilah balik Singapura….
ZO, maafkan Kama yer…

Tak dapatlah, nak ber ‘hu hah’dengan kakak2 dan adik….!
~terkenang arwah suamiku. ‘Hu hah’ adalah istilahnya bila kami
adik beradik dapat berkumpul didepan ‘tv yang tengok tuan’!~

 

Okey, ma akan berikan award ini pulak kepada 15 blogger.
Inilah syarat2 yang sangat mencabar bagi ma.
Apa taknya kena linkkan ke bloger2 pilihan ma…
Nak kena belajar IT lagi niii….
Mira…. Maya…. mane korang????
Korang kena tolong niii…! Smile

 
Dah tentulah ma pilih blogger yang rajin dan sering jengah
ke blog ma…..
Harap2 mana yang ma pilih tu, respondlah yeeerr..!

 

Calon2nya ialah….
Mereka2 itu ialah……

1) SD

2)Dee

3)Rasp

4) Makcik Rehan

5) Wida

6) Wahida

7)Acik Erna

8) arel_121205

9) bila jemari menari

10)hani@debumelukut

11) WuMing

12)Greenjade

13) PCL

14) Kehidupanku

15) Yang terakhir ni, ma bukakan kepada sesiapa saje  yang
       mungkin ma terlepas pandang ada antara kalian yang sering
       berkunjung ke laman ma, samada secara langsung atau berselindung. 
      Jangan malu, jangan segan  award ini untuk ada jugak, tau!

DAN insya Allah, ma akan hubungi kalian yang tertera ini yeeer…!

 

 

20 comments:

Mak Izz said...

hihi.. seronok baca kisah ma. anak cina rupanye patutle cantik walaupun dah veteran :B kalo dulu ma terima keje wartawan tu mesti ramai kawan artis kan. hehe...

*peniaga IKS jugak yg best :)

Acik Erna said...

Assalamualaikum Ma..terima kasih bagi award ni..terima kasih banyak2..cuma rasanya aci tak dapat nak menjawab perkonsian tentang diri acik tu.dah banyak kali..acik tuliskan bila menjawab tag..kalau ma..selongakr.n3 acik yang lama2 ma akan jumpa..terima kasih ingatkan acik..dan maaf banayk2 ye ma..bukan tak sudi...cuma da kerap..takut ada yang jemu baca cerita yang sama tentang acik..maaf ye ma..

rasp said...

byk perkara2 yg baru Rasp tau pasal Ma....
interesting....
tu org kata "tak kenal maka tak cinta" ya Ma.....
terima kasih bagi award...
Rasp akan ambil tapi amik masa skit ler...
sbb nak buat karangan 7 perkara tu heheheheeh...
again, terima kasih ya Ma...

Granny Hani said...

yq kerana nama hani tersenarai jugak. tapi kena pause dulu. kena cari idea nak tulis apa mengenai diri sendiri dulu..Apa yer? Sebenarnya tak de apa yg menarik mengenai diri hani ni..a nobody.Jap, jap nak fikir nih.

Granny Hani said...

sorry typing error-TQ bukan yq

PCL said...

Tq Ma..pasal award tu sy kena amik masa ...tggu, insyaAllah dlm masa terdekat.

wida said...

tq ma...
memang award besar ni.

Wahidah said...

tq ma..dh lama tk dpt award tau...nanti free2 wai wat entry pesal award ne yea

Amie said...

Assalamualaikum Ma,
seronoknya rasa sebab Ma sangat sporting..... sudi terima award, buat tugasan dan tag 15 blogger yang lain, dari awal hingga akhir tulisan Ma yang Amie baca menunjukkan Ma seorang yang sangat rajin berusaha walaupun pada mulanya Ma kurang faham dan tengok profil Amie (....dan memikir jauhnya nak ambil award di Lahad Datu),

Amie turut rasa terharu baca tentang layar belakang diri Ma, allahyarhamah bonda Ma dan tentang cerita umrah & haji tu.... Wokey, sayang Ma ketat-ketat...

sW33tdARLiNG said...

allah kena jugak? kenapa kenapa kenapa...? anak beranak pun nak berkira ke? hehehehe

MulutPayau said...

Seronok baca kisah Ma....saya pun suka karipap..

WuMing said...

Seronok baca... Baca laju-laju... Tahniah kerana dapat award..

Terima kasih kerena ada juga nama WuMing kat sini..

Dah respon dah nii..

Maaf sekarang sibuk sikit... kadang-kadang tak masuk sini..

Dee said...

first time dee baca tag yg panjang berjela mcm ni..adeh..kena buat ke ma..dee ngelak leh tak..nti dee belanja ma karipap ikea yg sedap tu, takpun karipap midvalley yg besar bagak tu..or karipap bull yg bulat2 tu..nak2?

GREENJADE said...

wahhh patot la ma cun melecun..mixed rupa2 nya..samal lah kitaaaa uhuhu

tenkiu ma..sori sgt2 lamabt visit..lately busy sgt sgt sgt..errr terasa mcm artis fofular nk naik stage amik award lak nih hehe..errr mau makan bulan nk mengarang 7 tunjuk sbb pasal diri sndiri ni ma hehehe..xpe..akan ku usahakan jua :)

Kamariah Awang said...

Terima kasih pada semua yang membaca kesah ma... dan yang cuba menyahut cabaran award The Versatile Blogger. Ma akan tunggu, bila sampai masanya, bagitu ma yer...!

maya amir said...

salam ma.. eh ni mak sweetdarling ye? kalau salah, sorry..tapi gambar header tu mmg sweetdarling kan?:) btw, patutlaa budak tu panggil ma jepun.. hehehe... bile tgk mata ma & baca psl anak angkat tu, barulaa saya faham..heheh..

nurayunni said...

ma..update slalu ye...best baca story..:)

L said...

hehehe.. kisah maaa... tahniah k..=)

nk taw nikmat dunia? jom bacer...
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

zue said...

salam kunjung balas..
mmg seronok bila baca kisah 'ma' ni...nak2 bila menceritakan hal artis s'pore.
dulu2 sebelum ada tv3 dan astro..zue mmg nengok channel s'pore ni..nak2 rancangan kanak2 mcm 'aksi mat yoyo'.

Anonymous said...

Tahniah Ma dianugerah 'award' oleh Amie.

Seronok juga membaca perjalanan hidup Ma. Semoga Ma berbahagian dengan anak-anak dan cucu.