Friday, September 30, 2011

POS MALAYSIA YANG TAK BERETIKA

SEBENARNYA  dah beberapa kali terkena
First time dulu, sesampul surat besar EXPRESS dengan
slogan DIJAMIN SAMPAI ESOK, akhirnya
kerana esoknya tak sampai2
maka tak sampailah dia, sampai bila2…….

Walaupun isinya  cuma beberapa keping kertas  bercetak
untuk kegunaan lebel perniagaan ma,
tapi bila apa dikirimkan SD tak sampai ketangan
ia menjadi satu masaalah yang agak besar juga untuk produk ma.

~Sekarang ni kami dapat idea menggunakan sistem email~

Ma pergi buat komplen
tapi jawab orang yang berkenaan
Kalau nak  ADA JAMINAN DENGAN GANTIRUGI gunakan POS LAJU. Smile

Itu kejadian tahun lalu….

Awal tahun ni, ma terkena lagi….
Beberapa keping surat yang dihantar kerumah ma,
lencun dan hampir koyak.
~memang tak ambil gambar pun
sebab tak sangka  nak terkena lagi…..~

Diantaranya berisi cheque dari sebuah pasaraya
~sebagai pembekal ada cheque yang ma ambil by hand
dan ada yang ma minta dihantar melalui pos,
terutama pasaraya yang pejabatnya terletak di tingkat 5
tapi tak ada lift, hehe… tak larat nak naik tanggalah tuuuw….~

Ma masukkan semuanya termasuk sampul berisi cheque tu
kedalam plastik supaya basahnya tak berjangkit dalam handbag ma.
~Cheque tsb terpaksa dijemur ditengah panas sebelum bank in~

Sekali lagi ma  buat komplen
ma bawak dan tunjukkan surat2 yang basah lencun kerana hujan yang kuat.

Mereka berjanji akan mengambil tindakan pada posmen
tapi sebelum tu, dia akan datang menyiasat kedudukan letter box ma dulu.

Pegawainya yang bernama EN. M.A.R. memang betul2 datang melihat sendiri
bagaimana surat itu diselitkan sampai basah boleh terkena hujan.

Beginilah jawabannya…..

 

DSC02718

Terjelir? Terjuntai? Tak tau nak kata apa….

Gambar yang ma ambil ini adalah kejadian tengahari semalam.
Hujan… tapi tak berapa lebat.

 

DSC02726

Nak tunjuk betapa dekatnya letter box ma dengan laluan orang….
Posmen datang tak beri salam,
tak sedar pun… kadang2 masa kita tak ada kat rumah pun iya….!
Memang boleh benar2, ditarik keluar oleh orang2 yang tak bertanggung jawab
kalau mereka mahu…..

Tapi… tak boleh ke, dimasukkan elok2 sampai kedalam?
MALAYSIA BOLEH, kaaaan?

 

DSC02723

DSC02724

Bukan pertama atau kedua kali….. tapi dah berkali2…. 

Sebelum tu….. awal tahun ni, ketika itu betul2 musim hujan …..

 

DSC02330

 

DSC02327

~Surat perjanjian penarikan balik hak cipta novel HARTINI
dari penerbitan  Creative Enterprise.~

Tak dapat nak baca…
Kerana ma merasakan surat ini sangat penting untuk disimpan oleh anakcucu
maka ma terpaksa memohon pada Creative dikirimkan sekali lagi salinannya.

 

DSC02328

~Pun basah terkena hujan jugak!
Selagi tabiat posmennya tak berubah, begitulah jadinya….~

Terpaksa ‘menghalalkan’,
redha ajelaaaah…. malas nak komplen2 lagi…..

 

 

Imej0643

 

Imej0642

Ini pulak, apa yang terjadi pada Che Bunga sahabat ma, apabila kiriman
adiknya dari Perak menggunakan POS LAJU…..
Nasib baik adiknya mengikat bahan2 didalam sampul ni dengan sallytape…
Kalau tidak, dah tentu BERKECAI!

13 comments:

lily lotus said...

mmg dh byk komplen kes2 camni, tapi tetap takde perubahan..ishk2

GREENJADE said...

errr mmg x beretika dah ni ma..walopon saya tak pernah kena tp mcm geram gak kalu kena kt diri sndiri nak pula jika doc penting...berasap..hehehe

sW33tdARLiNG said...

siasatan ada tindakan takde... jawapannya takde makna!

Anonymous said...

Selain dari apa yang Ma ceritakan dalam N3 Ma, budi bahasa orang yang menjaga kaunter Pos Laju ataupun Pejabat Pos juga kadang2 boleh menaikkan tekanan darah kita.

Mengenangkan malas nak bising, telan jerlah budi bahasa orang yang usia layak dianggap anak bercakap dengan kita seolah2 mak bapak dia tak pernah ajar dia berbudi bahasa.

Dia lupa tanpa kita pelanggannya, siapalah mereka.

wida said...

kdg2 diaorang ni buat kerja sambil lewa jer..

Kamariah Awang said...

lili lotus : Dia ingat kita saja2 komplen macam orang tak ada kerja, agaknya...

GreenJade : Mulanya rasa malas jugak nak masukkan N3 gini.., tapi bila tak berhenti2 terjadi lagi camni, naik geram jugak! Hehe...

sW33tdARLiNG : Pos Malaysia punya pasal, kerja kena buat 2 kali, duit pos lagi terbang. Sekarang, e-mail aje, senang!

Kunang-Kunang : Memang betul tu, Kak... Pegawainya tak nak jatuhkan pekerjanya, macam tak percaya. Tapi tak boleh nak elak bila ma siapkan dengan bahan bukti..., bukan komplen sembarangan!

Wida : Cukup bulan amek gaji aje...Hihi...

Wahidah said...

alahai teruknya service mereka..x de ganti rugi ke ma

Mak Izz said...

astaghfirullah al azim.... mengadu lg la ma. ngadu kt suratkhabor pulak.

Amie said...

Assalamualaikum Ma,
Amie pernah terima bungkusan Pos Laju dari semenanjung hampir sebulan dalam perjalanan, dan ada yang tak sampai langsung!

P/S: Jemput datang ke rumah Amie ambil award The Versatile Blogger ye.... jangan lupa datang tau!

Granny Hani said...

kalau Ma ikuti N3 saya yg lepas2 ada saya komplen mcm ni jugak pasal bungkusan yg di lontarkan ke dalam pagar..nasib baik tak rosak benda di dalam..mmg tak bertanggung jawap mereka tu.

wahida said...

adoi la...sakit hati lak baca n3 ni...kenapalah tak masukkan surat tu dlm2...huhu...

MulutPayau said...

Kalau terjadi pada saya pun..mmng geram jugak..!!!!

rasp said...

sedih tul tgk keadaan surat2 & bungkusan tu Ma...
sedangkan tu semua satu amanah yg diberikan kat dorang...
leh plak dorang amik sambil lewa je tanggungjawab tu kan Ma...