Wednesday, October 26, 2011

NOSTALGIA BERSAMA KHADIJAH HASHIM

DSC02817

AGAK2NYA siapalah dikalangan kita ni yang tak pernah
membaca novel Badai Semalam ni?
Ma syorkan, bacalah kalau belum membacanya…

Ketika remaja dulu, memang biasalah
kalau bab membaca novel tak jadi kerja satu apa
boleh bergolek berguling seharian dikatil
menangis2 sampai mata bengkak dan muka sembab…

Seorang sabahat ma HA memimjamkan novel ini pada ma
dan ma ambil masa agak lama nak memulangkannya sebab
ma membacanya berulang2 kali…
dah pulang, minta pinjam lagi ~melampau betul kau!~
sampaikan kawan tu nak hadiahkan buku tu pada ma
tapi malulah pulak nak ambik…!
Kononnya.. Hihihi…

Tak cukup sekadar itu, minta alamat Kak Jah dari penerbit di
Pustaka Nasional, Singapura…  ketika itu awal 1970an.
Tulis surat, berkenalan.

Bila Khadijah Hashim datang ke Singapura
dia kontek ma, nak jumpa.
Kami jumpa, ma ajak datang rumah
Ingat lagi, emak jamu makaroni goreng kat dia.

Lepas tu ma dan sahabat baik ma Aisah ajak dia ke pantai
untuk melihat pantai Siglap dan Bedok yang sedang ditambun
proses nak jadikan daratan sampai ke Marine Parade.

Kemudian kami ke Geylang Serai, makan mee soto dan gado2.
Bangganya  dapat jumpa penulis pujaan…

Bila ma berkahwin
dia ada ziarah ma  di Terengganu ni dalam tahun 1980
Lepas tu, kami tak bertemu2 lagi sampai sekarang.

Ma jadi teruja bila Badai Semalam nak dipentaskan di Istana Budaya
November ni
teringinnya ma nak pi menonton
pulak tu dah lama tak menonton teater
Apalagi si Mazninya Era Fazira – setuju sangat2
dan si Karimnya pulak Aaron Aziz.
Tapi….. nape siZakinya Fizz Fairus??

Hmm… Tak sesu’aaai!

~Jangan marah kalau ada saudara mara Fizz Fairuz
terbaca blog ma  ni. ~ Hahaha….

10 comments:

Ezza said...

Pernah baca buku ni..buku ni hot sangat masa zaman saya muda2 dulu..tapi payah nak refresh balik jalan cerita dia..dah lupa!teruk betul saya ni..hahaha

Kamariah Awang said...

Biasalah tu Ezza... Ceritanya dah berpuluh2 tahun. Penerbitan Pustaka Nasional aje dah menerbitkannya hampir 10 cetakan kalau tak silap ma, dan disambung pulak dengan penerbitan K Publishing milik Khadijah sendiri hampir tujuh lapan kali jugak kerana dijadikan teks. Tak heranlah kalau kita yang membacanya sekitar 1970an jadi blur... Hahaha....

sW33tdARLiNG said...

jom laaa....!~
ajak budak2 blogger sekali terutamanya Dee.. dia tu mmg kaki teater

Kunang-Kunang said...

Rasa kak ani ada baca novel ni, tapi dah lupa ceritanya.

Kenangan terindah, akan sentiasa diingatan

Ahmad Loqman said...

Novel badai semalam ni memang bagus, dah banyak kali Man baca tapi tak jemu jemu juga.. Paling sedih masa mazni asyik kena marah dgn Mak mertua nya dan bila Mak mazni meninggal sebelum dia kahwin dgn Karim.. Tak tahu pula ucu kawan dgn Khadijah hashim dan dia pernah datang ke rumah siglap kita tu.. Sampai bila badai semalam di panggung budaya?

Kamariah Awang said...

sW33tdARLiNG: Akan dipertimbangkan. Hehe... Baru balik dari KL! Nak sponsor ke?

Kunang-Kunang: Memang, kak Ani... Kenangan terindah akan sentiasa diingati. Mungkin kita jugak akan mencipta suatu kenangan indah,mana tau kan? Hehehe...

Ahmad Loqman: KH datang rumah kita sekitar awal tahun 1970an , masa tu mungkin Man kecik lagi, sebab tu tak ingat. Pementasannya tak pasti sampai bila di IB, tapi dengar kabar akan dipentaskan diEsplanate, S'pore. Haaa, time tu man kena sponsor ucu, ucu balik kita g tengok sama2. Boleh? hehe...

MulutPayau said...

dah baca novel ni...tapi dah lupa citer mcm mana...tapi novel ni masih ada dalam simpanan saya...kena ulang membaca ni...

wida said...

x pernah baca novel ni..
ma kena wat review pasal novel ni...hihi

Ahmad Loqman said...

wah... kalau di pentaskan di Esplanade, mesti bagus sebab pihak Esplanade hanya mengundang persembahan yg betul betul gah aje.. sangat strict dgn qualiti persembahan di esplanade.. kalau di pentaskan di S'pura, mesti kita pergi bawak Ucu ok, janji dah ni.. ;o)

Kamariah Awang said...

Mulut Payau: Kena ulang, MP.. Jangan tak ulang! hahaha...

Wida: Insya Allah, Wida... Macam orang sedar dari mimpi, ma cari novel tu dalam rak2 buku. Dalam hati ni, janganlah novel ni jadi mangsa anai2 yang serang buku2 ma hari tu. Tapi nasibbaik dia selamat, walaupun kena makan jugak sikit dihujungnya... Hehe

Ahmad Loqman : Insya Allah, ucu balik 'demi' untuk berkongsi seronok menonton bersama Man n family kita.... Hehe...