Sunday, October 31, 2010

JELAJAH 1 MALAYSIA

HARI NI seharian hujan…  Tak berhenti2….  Ma rasa mungkin melarat sehari dua lagi kot…  Agaknya inilah tanda2 kita  dah hampir dengan musim tengkujuh….!

Alahaaaiii…, kalau hujan2 gini sedapnya kalau dapat berselimut rapat2... Hehe…

Tapi hati2 jangan terlalu ikutkan sedap tidor aje, nanti semua urat saraf jadi sakit dan sengal….!

Nasib baiklah  semalam tak hujan…..

Anak2 saudara ma (anak kak Peah) dari JB yang mengikuti Program Jelajah 1 Malaysia dengan misi “Membenteras Pembuangan Bayi”  bersama lebih 80 buah superbike yang lainnya, singgah untuk makan tengahari di Komlplek Belia Dan  Sukan di Pasir Panjang.  

Kerana dah hampir sangat dengan rumah ma, mereka berempat bersama  rakannya sepasang  suami isteri  ‘menghilangkan diri’ sekejap  untuk makan tengahari dirumah ma….

Mereka berlepas dari KB pada jam lebihkurang 12.00 tenghari dan sampai di Kuala Terengganu jam 2.30 petang, sebelum meneruskan perjalanan ke Cherating  dan bermalam disana…., setelah beberapa hari singgah disetiap negeri bermula dari Johor Melaka, Selangor, dll sehingga ke Kelantan, Terengganu dan kembali melalui  Pahang.

Mereka juga masuk ke beberapa buah Universiti untuk disampaikan kepada remaja2 sebagai sasarannya misinya.  Mengikut maklumat yang diberi Penyanyi Fauziah Latif  telah dilantik sebagai Duta bagi program tersebut.

DSC01280Jelajah 1 Malaysia dengan misi Membenteras Pembuangan Bayi

Cuba tengok pic niii….  Pasangan yang disebelah kanan tu… Aidil dan Fazrin anak kak Peah yang ke4. Dah berumah tangga lebih setahun tapi belum punya anak. Sesuaikan dengan misi ni?

Jangan dibuang bayi tak berdosa tu….  Bagi aje pada Yin, katanya!

Yang disebelah Mira tu.. Fadil…. anak sulung kak Peah.  Isterinya yang berbadan langsing berbaju hitam tu…..

Daaaaan…. tabik spring pada pasangan berdua yang dah standby bertenggek diatas superbike tuuuu…!

Isterinya yang dipanggil Mak Siti…  berusia 53 tahun siiiih…! Memang hebat!  Cayalah…..! Usia bukan penghalang untuk berkongsi minat bersama suaminya….

Begitu juga pada kedua beradik anak2 saudara ma itu….   Bahagianya nampak mereka berkongsi minat yang sama…

Cuma hati2lah yeee… Jangan tertidur atas superbike tuu….  Bahaya!  Semoga Allah s.w.t melindungi kalian….

Monday, October 25, 2010

PERLUNYA TAHU SERBA SIKIT

PERASAN TAK?

HEADER BARUUUUUUU….!?

67455_103382086394983_100001695761053_28412_4018934_n Kalau ada yang belum kenal…  Inilah ketiga2 puteri ma, dari kiri Yana (sibungsu), Maya Sw33tdarling @ Amy (anak ke2), dan Mira (anak ke4). 

Ma pun macam awak semua  jugak…  Tengok header orang berubah, ma pun teringin jugak nak ubah. Tapi ma tak pandai nak buat sendiri. Harapkan  anak ma SD yang tolong.  Kalau tidak…. sampai akhir hayatlah agaknya pakai header lama tu…

Eii eii eii…    Takkanlaah gitu iye tak?  Apa pun,  mekacih Maya anak mak!

Apa nak buat, zaman ma nak kekelas nak belajar segala macam dah berlalu….  Apa2 kalau ada yang tak boleh nak buat sendiri, ma akan minta tolong anak2…

Masa ma bersekolah dulu, teringin sangat nak belajar menaip.  Tiba2 abang ipar bawak balik typewriter buruk dia ke rumah. Dia tolong bersihkan…  Dengan sebiji buku dia serahkan typewriter tu pada ma. Disitulah ma belajar menaip.  Begini…

 

asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj

…………sampailah ….. dapat kerja kerani typist. (Dulu2laaa…)

Tak pergi kelas pun…!  Mak susah, walaupun ma nak sangat belajar tapi tak sampai hati nak minta duit mak.

Belum pun   ‘khatam’  dah ada orang minta tolong…!   Seorang kawan menghulurkan senaskhah skrip Drama Radio yang dihasilkannya, tapi masih bertulis dengan tulisan tangannya yang begitu cantik dan bersih. Ma ni  kan tengah gian menaip, terus aje setuju..!

Amboi mak, bukan senang rupanya oooi..! Beberapa hari jugaklah ma ambik masa nak menyiapkannya. Maklum skrip Drama Radio untuk setengah jam….,  12 muka surat tau tak? Ambik kau!

Tolong kerana Allah! Dapatlah lepas gian menaip…

Mana perginya sahabat ma tu yerk? Cari2 dalam facebook tak jumpa pulak hamba Allah tu…! Heh bersembunyi dimana awak?  Guna nama samaran kee?  Tapi tolong jangan bubuh gambar yang bukan2 ….

Paling teringin.., tapi  tak kesampaian…. Teringin sangat nak belajar TRINGKAS. 

Syoknya tengok kawan menulis tulisan macam cacing tuu..

Friday, October 22, 2010

KAYANYA BAHASA KITA KENAPA DIMISKINKAN?

ADA 26 huruf …

Tapi ada  kelebihannya dalam abjad Bahasa Melayu kita….

Kelebihannya kita mempunyai 2 E. Kalau zaman ma bersekolah dulu, kita sebut E yang satu lagi tu sebagai E tanda. Dia ada colet sikit diatasnya…  Jadi abjad dalam BM kita yang sebenarnya 27.

Takkan tak tau kot… Sajalah ma nak tunjuk pandai!  Mesti ada yang  kata ma ni perasaaan….!

Dan bunyi kedua2nya  memang berlainan….

Contohnya… seperti ini… R.E.N.D.A.N.G…

RENDANG

Dengan mengunakan E tanda…   menjadi RENDANG ….  sejenis makanan.

Ejaan yang sama tapi bunyi dan maksud yang berlainan….

Dalam setiap penulisan cukup sekadar kita menggunakan E biasa, dan pandai2 kitalah melagukannya mengikut kesesuaian perkataan  dan maknanya…  

Tapi…… Kenapa…..?….  Bila ada seseorang bertanya awak tinggal area mana?

Dijawabnya SENTUL…. 

Setahu ma kalau dulu2 orang menyebutnya….  macam nama sejenis buah…! 

Tapi sebutan SENTUL itu sekarang, sudah tidak mempunyai makna lagi, jauh sekali kalau mau digambarkan….!

Daaaan…..

Perasan tak…. ada satu lagu yang sedang hit sekarang ni… menyebut perkataan RENGGANG…  macamana…?

Aduuuiii… sayangnya…. Lagu ni sedap dan ma memang meminati Suhaimi Mior Hassan dari zaman 80an dulu….

Teringatlah suatu ketika dulu penyanyi Norshila Mohd Amin pernah tersalah  sebut dalam lirik lagunya yang sepatutnya berbunyi TERCATAT DIDALAMNYA…. tetapi disebutnya TERCACAT DIDALAMNYA..

Kerana itu telah mengubah nasib lagu itu yang seharusnya menjadi juara…..

Mudah2an Suhaimi dan Ana Raffali tidak menerima nasib yang sama….

Monday, October 18, 2010

JOM TENGOK MIRA MAIN PUZZLE…

CAMANA TAH…, tiba2 aje naik hot tengok kertas sekeping yang berlipat duk dalam purse.

Tak periksa langsung terus aje siat2kan.  Ingatkan report polis yang ma buat masa ma terima sms lucah dulu tuu…. Masih ingat lagi…? Kalau sesiapa yang belum membacanya, bagi can baca kali terakhir untuk berkongsi sakit hati dengan ma…  0139595217

(Sakit hati dengan peristiwa tu… dah berbulan2..  dah dapat jumpa pun budaknya, tapi tak ada tindakan!)

Tengok2 ….. alamak, bukan repot polis, tapi skrip MC rupanya.  Aduuuiii!  Abislah modal… Camane kalau orang panggil jadi MC untuk priviu Score A lagi?

Mira…. nak main puzzle tak? 

Bila mak beli puzzle?

DSC01276

Niii… kalau kau dapat cantum balik, memang kau budak cerdik!  Lepas tu tak kesahlah, nak salin balik ke nak sallytape ke… janji besok kau tolong taipkan balik. Skrip ni memang mak kena standby…..

DSC01278

Memang pun kena standby….!  Dah kata mesti komitmen…, takkan  nak tolak kalau orang minta tolong?!   Gagap ke gigil ke belakang kira.  Asal pandai baca jadilah!

Kalau  MC tak menjadi… Jadi  Pembaca Skrip Terbaik pun okey jugak kan?

MissLeo_000

Suatu ketika….  Lain kali  tak payah panggil  lagilah  ‘pembaca’ skrip niii…

Saturday, October 16, 2010

SIAPA NAK BERKAWAN DENGAN BERUANG?!

 123456789

HAHAHA…. KEPADA YANG BERKENAAAN…  JANGAN MARAAAAH YEEE…! Orang ‘veteren’ nak menegur sikit…..  

Ma rasa bukanlah  ma sorang aje yang menerima pelawaan untuk berkawan dari sahabat2 yang tak menggunakan rupa sebenar dalam petak gambar profile mereka…

Jangan salah tafsir! Ma tidak pulak menganggap mereka2 ini berniat jahat atau sebagainya…

Sebab tulah ma tak ignorekan kesudian mereka nak berkawan atau nak mengenali ma…  Ini bukan kes  nak menyombong….!  Malah ma  berbangga kalau ada  ramai kenalan.

Tapi, kan….  Hehehe….

Walaupun gambar beruang yang kita minat itu adalah  dari rupa beruang yang ‘ter’cantik didunia…. alangkah eloknya jika kita menggunakan gambar peribadi kita sendiri…?   Takkan payah sangat kot gambar sekeping tuuu….

Ma pernah ditegur seorang anak saudara yang nakal… Katanya, Ucu…, nama Kamariah  tak glamorlah… Pakailah nama Camelia….! 

Dan seorang kenalan yang tidak dikenali dari seberang…. katanya, Puan, nama ‘Awang’ tu nama kelasik, dari manakah asal Puan?

Bagi ma dengan keikhlasan dan  niat suci untuk berkawan dan mencari kenalan2 lama…. harus menggunakan nama yang biasa digunakan, yang dikenali kawan2 sejak dulu dengan memaparkan gambar  kita sendiri.  Ini lebih memudahkan kawan2 mengenali  dan menghubungi kita…  Betul tak?

Kerana itu, alhamdulillah…. ramailah juga kawan2  sekolah semasa di Singapura dulu yang dapat ma hubungi semula kini….. Masing2 dah bercucu you…! Hahaha….

Wednesday, October 13, 2010

PULAU DIDARAT

SEBUT Pulau Warisan, ma teringatlah… maka bertambahlah satu lagi PULAU di Kuala Terengganu ni…

Jangan terkejut kalau ma katakan, di Kuala Terengganu ni, terlalu banyak pulau yang letaknya di darat… maksud ma BUKAN DIKELILINGI AIR.

Selain dari Pulau Ketam dan Pulau Duyung yang telah di’darat’kan @ dihubungkan  dengan terbinanya Jambatan Sultan Mahmud, yang mana pada suatu ketika kedua2 pulau tersebut duhulunya, sememangnya tidak dapat dilalui kenderaan bermotor kerana terpisah antara tanah besar dengan Sungai Terengganu.

Tapi ada  pulau2 seperti Pulau Musang, Pulau Rusa, Pulau Kambing, Pulau Kerengga, Pulau Bahagia…. (sekadar menyebut beberapa nama. Mungkin ada beberapa nama lagi yang ma tak terlintas…)

Tahu tak kalian, semuanya itu letaknya didarat?

Maaflah ma tak sediakan pic untuk menyokong entry ni… Tapi silakan ziarah Kuala Terengganu… dan lihat sendiri. Kita akan menemui lebel @ sign board dimana ketika kita  sampai ketempat2 yang ma katakan itu.

Ma tak pasti apakah istilah PULAU bagi orang2 Terengganu.  Jangan marah orang Terengganu….

Dan ma sedang mencari2 apa sebabnya Pulau Warisan itu dinamakan Pulau juga, sedangkan ianya ditambak (orang Terengganu kata ‘tambun’) dari tanah rata  sepanjang tepian muara sungai Terengganu.   Dan boleh aje kalau kita katakan dia lebih ke arah telah menjadi daratan. Daratan buatan….

Ma rasa lebih sesuai kalau dinamakan DARATAN WARISAN. 

Ini hanyalah cadangan dalam ilham ma yang tak masuk dalam mesyuarat…

Monday, October 11, 2010

TAU2 KERANA TV9

PERCAYA tak kalau ma kata ma tak sedar terbinanya Pulau Warisan di Kuala Terengganu? Ketinggalkan lagilah ma ni nampaknya…!

Tau2 adanya Pulau Warisan bila TV9 buat program Sua Rasa baru2 ni.  

Ma tak berkesempatan menjengah program tu kerana ma ke majlis persandingan anak saudara ma di Kemaman pada tarikh yang sama dengan Program Sua Rasa TV9 itu…

 

DSC01265 Persandingan Noraziah dan Hamdi…. Perbanyakkan SABAR menempuh gerbang perkahwinan.

Ma tertanya2 dimana terletaknya Pulau Warisan itu…. Katanya berhampiran Pasar Kedai Payang….!?  Cari punya cari, rupa2nya tempat tu adalah dimuara  Sungai Terengganu.  Dimana muara itu telah  ditambak dan dijadikan daratan disepanjang Pasar Kedai Payang sampai ke Hotel Seri Malaysia.

Maka terbinalah suatu daratan@dataran yang besar dan sangat luas.  Tak heranlah kalau program Sua Rasa boleh diadakan disitu.

 

DSC01266 DSC01268

DSC01270Tinggal bekas…  Program  Sua Rasa TV9…. 

Selama ni yang membuat ma terlepas pandang, bukan  kerana ma tidak melalui Jalan Kampong Cina itu, tapi kerana daratan buatan manusia  itu dibina disebelah belakang deretan rumah2 kedai milik kaum Cina.

 DSC01271 Pandangan dari belakang deretan rumah2 kedai yang dulunya diatas air. 

Tua  dan uzur….Pandangan dari   belakang deretan rumah kedai yang dulu penduduknya melepaskan toksik kedalam sungai….

Cuba bayangkan kalau rumah2 kedai ini tiada (@dirobohkan) dah tentu semakin cantiklah bandar K.Terenganu kita  yeee?!.

Tapi kerana memikirkan ianya mungkin menjadi isu yang boleh dipolitikkan, maka pengorbanan besar itu terpaksa diketepikan.

Ma terbayang…. kalaulah ‘keadaan’ sedemikian ini terjadi kepada sebuah negera jiran kita…. SUDAH TENTU tidak boleh dikata tidak…, samada diPAKSA pemiliknya  menaikkan taraf  rumah2 uzur itu ATAU terPAKSA bersedia untuk  diPINDAH  ketempat lain…!

Tapi demi untuk terus mengambil hati rakyat, ma rasa eloklah dinaikkan taraf rumah2 tersebut supaya kelihatan tidak menyedihkan mata memandang.

Wednesday, October 6, 2010

PERGINYA KESAYANGAN LKY

DAH  menjadi kebiasaan ma…, selalu ketinggalan keretapi….!  Apa tidaknya, surat khabar hari Ahad lepas, baru aje ma baca petang tadi…. Tapi dah kerana  minat membaca, walau surat khabar semalam, bab baca  tetap baca.  Tau jugakah berita walau tak terkini, walaupun terlambat sehari dua…

Dah meninggal rupanya isteri bekas Perdana Menteri Singapura. Lee Kuan Yew. Kwa Geok  Choo, isteri Menteri Mentor Singapura itu meninggal ketika usianya 89 tahun, kerana sakit angin ahmar yang teruk, sampai tak boleh bergerak dan bertutur selama 2 tahun.

Ma pernah berjumpa secara berdepan dengan beliau, ketika ma dalam darjah 1 di Sekolah Melayu Siglap, di Singapura. Ketika itu beliau menemani suaminya Lee Kuan Yew membuat lawatan ke sekolah berkenaan, sempena kemenangan dan pemerintahan PAP pada tahun 1960.

Sesuai dengan karektor Saudara Lee Kuan Yew (LKY tidak mau dipanggil Encik kerana panggilan itu tidak menampakkan kemesraannya terhadap rakyat, begitu katanya)…. Beliau memang nampaknya seorang yang mesra alam dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan disampingnya ialah seorang isteri yang lembut, yang kelihatan sememangnya lebih dewasa dari usia  suaminya itu.

Apa yang nak ma bangkitkan dalam entry ma ini ialah sikap dan kasih sayang LKY sepertimana yang tertulis dalam temuramahnya dengan penulis akhbar ini….. dimana katanya…

Penderitaan isterinya ketika sakit adalah antara perkara yang paling sukar dihadapinya. Beliau tidak mudah menyerah kalah. Kehidupan harus diteruskan. “Namun ketika detik berlalu saya teringatkan kenangan manis semasa kami bersama…..”

Apa yang lebih menarik, meskipun isterinya tidak dapat bergerak dan bercakap, LKY masih terus  berkata2 dan bercerita tentang kerja2 hariannya pada isterinya itu.  Isterinya  memahami setiap apa yang diceritakan dan …. Beliau juga membacakan puisi kegemaran untuk isterinya itu….

Kita ‘ketepikan’ kemarahan rakyat Malaysia kepada LKY… Secara peribadinya ma rasa kagum dengan sikapnya sebagai  seorang suami yang   setia dan penyayang. 

Bertuahnya seorang isteri yang melalui saat2 akhirnya bersama seorang suami yang memahami. 

Ketika bercinta kot…..

 

Cinta  sejati hingga akhir hayat….

Tuesday, October 5, 2010

BUDI vs BUDI

LAMA tak buat entry baru,  ‘macam’ hampir2 nak tutup kedai rasanya….

Dahlah beraya sakan, sampai 10 hari di Singapore-JB-KL,  belum pun habis Syawal…  hari Khamis lepas setelah 12 hari dirumah, ma diajak adik angkat ke KL lagi. 

Ma cepat2 bersetuju, walaupun kerja baru aje nak bermula selepas raya. Tapi…,  tak apelah demi seorang sahabat…

Ani, sahabat yang dah ma anggap macam adik angkat ni, sebenarnya banyak membantu menjaga dan memantau anak dara ma yang 2 orang tu, ketika ma di Mekah tahun lepas.

Bagi ma inilah masanya ma membalas budi baiknya selama ini terhadap kedua anak2 ma, apabila anaknya Che Ain pula ditimpa musibah, menderita sakit belakang akibat terjatuh  ketika zaman kanak2nya dulu.

Rupanya kesan dari kemalangan yang dah bertahun2 itu, tidak sembuh sepenuhnya dan  mengakibatkan ototnya tidak stabil. Kerana nak menjaga dan merawat anaknya yang sedang belajar di UIA itu, Ani meminta ditumpangkan dirumah anak ma SD untuk beberapa hari.

Iya begitulah…  selama ni ma selalu teringat, bilalah masanya ma boleh membalas budi baiknya terhadap ma…. tak sangka Allah ketemukan juga saat dan ketika yang sangat berharga ini bagi ma membantunya pulak…  Itupun kalau apa yang ma lakukan ini boleh jugak dinamakan budi….

Apapun, jika ia tidak seimbang dengan budinya terhadap ma, ma serah pada Allah sajalah yang membalasnya di akhirat nanti… Boleh tak gitu?!

 DSC01254

   Sempat juga kenal UIA ketika menghantar Che Ain kekampus.

 

DSC01256 Berkebetulan pulak sempena Hari Konvokesyen mereka….. Ditepi jalan pun, mereka sempat menyarung jubah.