PERCAYA tak kalau ma kata ma tak sedar terbinanya Pulau Warisan di Kuala Terengganu? Ketinggalkan lagilah ma ni nampaknya…!
Tau2 adanya Pulau Warisan bila TV9 buat program Sua Rasa baru2 ni.
Ma tak berkesempatan menjengah program tu kerana ma ke majlis persandingan anak saudara ma di Kemaman pada tarikh yang sama dengan Program Sua Rasa TV9 itu…
Persandingan Noraziah dan Hamdi…. Perbanyakkan SABAR menempuh gerbang perkahwinan.
Ma tertanya2 dimana terletaknya Pulau Warisan itu…. Katanya berhampiran Pasar Kedai Payang….!? Cari punya cari, rupa2nya tempat tu adalah dimuara Sungai Terengganu. Dimana muara itu telah ditambak dan dijadikan daratan disepanjang Pasar Kedai Payang sampai ke Hotel Seri Malaysia.
Maka terbinalah suatu daratan@dataran yang besar dan sangat luas. Tak heranlah kalau program Sua Rasa boleh diadakan disitu.
Tinggal bekas… Program Sua Rasa TV9….
Selama ni yang membuat ma terlepas pandang, bukan kerana ma tidak melalui Jalan Kampong Cina itu, tapi kerana daratan buatan manusia itu dibina disebelah belakang deretan rumah2 kedai milik kaum Cina.
Pandangan dari belakang deretan rumah2 kedai yang dulunya diatas air.
Tua dan uzur….Pandangan dari belakang deretan rumah kedai yang dulu penduduknya melepaskan toksik kedalam sungai….
Cuba bayangkan kalau rumah2 kedai ini tiada (@dirobohkan) dah tentu semakin cantiklah bandar K.Terenganu kita yeee?!.
Tapi kerana memikirkan ianya mungkin menjadi isu yang boleh dipolitikkan, maka pengorbanan besar itu terpaksa diketepikan.
Ma terbayang…. kalaulah ‘keadaan’ sedemikian ini terjadi kepada sebuah negera jiran kita…. SUDAH TENTU tidak boleh dikata tidak…, samada diPAKSA pemiliknya menaikkan taraf rumah2 uzur itu ATAU terPAKSA bersedia untuk diPINDAH ketempat lain…!
Tapi demi untuk terus mengambil hati rakyat, ma rasa eloklah dinaikkan taraf rumah2 tersebut supaya kelihatan tidak menyedihkan mata memandang.
2 comments:
pulau warisan ni bukan yg masjid kristal tu ke ma?
Bukan, Dee... Mesjid Kristal terletak di Pulau Wan Man, Losong. Letaknya dalam bandar K.Trg juga, dan berhampiran dengan Mesium Negeri. Nanti bila Dee ada kesempatan, ziarahlah K.Terengganu ye..!
Post a Comment