Sunday, August 28, 2011

MENJELANG RAYA

RAMADHAN dah sampai kepenghujungnya….
Esok lusa… berayalah kita.

Biasanya apa juadah hari raya kalian?
Mestilah ikut lazim pada sesebuah negeri kan?
Kalau di Terengganu ni… paling2 tidak, ada ketupat palas
Nasi dagang, nasi minyak…..

Tau tak…?
Kalau dinegeri asal ma… di Singapura
Ketupat nasi dengan kuah lodeh@lontong adalah menu utama kami
Dimeriahkan lagi dengan sambal goreng ~itu kecintaanku ..!~  
sambal kacang satey atau satey godok (satey goreng),
rendang, sambal udang dan serondeng….
semua tu seakan2 wajib.

Kepayahan2  itulah yang selalu kami adik beradik
dapat leteran percuma dari arwah mak dulu…
Kadang2 rasa macam tak berbaloi beraya…

Itu bab persiapan….
Bila sampai bab raya…. dipagi raya….
Hambalah yang selalunya jadi mangsa
Maklum anak bungsu…., yang paling kecik antara kami,
dah tentu yang kecik tu jadi mangsa suruhan…
~Masa tu adik ma yang satu2nya tu… (berlainan bapa) masih manjalara lagi~

Kerjaku…. menghantar sedulang juadah untuk jiran2 sekeliling
Bukan sebuah rumah….! Tapi dua tiga buah rumah tau tak…?!
Emak pun jenis berkawan baik … kawan2 diapun  baik2 jugak…
Jadi….
~Kau antar kat rumah Mak Ani… Mak Mah… Mak Bee…~ macam2 maklah….!
Maaaak, Boring Mak!
Rumah bukan dekat2 sebelah menyebelah rumah….
Nun dihujung sana… nun dihujung sinun!

Dahlah pergi membawak dulang, yang penuh dengan juadah segala macam…
Bawak balik pun, dengan dulang yang penuh jugak!
Ingatkan, besok2lah balas…. bolehlah balik berlenggang kangkong…
Taaaaaak…
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa…
Tak mainlah…. budi2 dibawak mati niii…. Nak balas hari raya ni jugak!

 

Sampai dirumah
Dah 3 kali tawaf rumah ke rumah dah ni….
~Ni yang Mak Ani balas, ni yang Mak Mah balas…. Yang ni yang Mak Bee…!~

Bukak2, tengok
Ketupat…  lodeh… kuah kacang… sambal udang… sambal kacang!
Menu yang sama!

Kan dah kata….????
Rata2 itulah menu kami
 orang2 Singapura!
Kalau sebut nak beraya…. menu itulah yang kami rindukan!

Sampaikan anak2 ma pun…, terutama si Amy Sw33tDarling tu.. nak lontong jugak! 
Jadi sesiapa yang sudi datang kerumah ma… jom kita beraya dengan lontong!!

 

Diruangan ini juga ma mengambil kesempatan
memohon maaf jika ada terkasar bahasa terkhilaf bicara…
gurauan yang melukakan…. atau  komen2 yang menyinggung perasaan!

‘SESUNGGUHNYA MEMBUAT KEKHILAFAN ITU MANUSIA
DAN MEMAAFKAN ITU KEMANUSIAAN’

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATHIN.

Saturday, August 27, 2011

IFTAR DIKEDIAMAN MB

PETANG tadi berbuka dikediaman MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said
Acara digabungkan dengan Sambutan Hari Wanita
dan penganugerahan Tokoh Wanita Terengganu 2011.

 

 DSC02636

Terlalu ramai… tak nampak pun MB, cuma nampak banner aje..

 

 

DSC02640

 

DSC02634

Satu cawangan untuk 5 orang wanita…
Hidangan agak sederhana….
Tapi dipintu masuk, ada cenderahati untuk semua jemputan   

 

DSC02637

Didalamnya sehelai batik….

 

BESOK ma ada iftar bersama dengan Pergerakan Wanita pulak.
Tapi tak pasti boleh pergi ke tidak, sebab besok kemungkinan 
SD akan balik.
Atau mungkin kalau mau, dia  boleh pergi sama….
Pergerakan Wanita menjemput ahlinya setiap seorang sekeluarga…

Iftar bersama PAKK Bukit Kecil yang ma katakan hari tu, bertindih dengan
Peti Undi Pasir Panjang, jadi kami AJK PAKK Pasir Panjang, memilih untuk
hadir ke iftar peti undi kami…..

Wednesday, August 24, 2011

MERPATI ZIKRI

DUA TIGA hari, ma terdengar bunyi macam orang menukang kat bawah rumah ma
Bunyinya macam tak pro langsung
Nak kata kuat, macam takut2, nak kata pelahan macam bersungguh2 pulak..
Ni mesti tak  lain tak bukan, kerja si Zikri nii…
Cucu yang sorang ni, nak jadi apapun tak taulah
Belajar semakin malas
Mamanya bagi Score A, dibukanya fb… Tak minat book, minat facebook!

Bimbang juga, kalau apa2 terjadi pada pelajarannya,
mestinya nanti neneklah yang disalahkan.

Apapun, nak gi tengok jugak… apa yang dibuatnya…


 

DSC02623
Rupanya dah ada 2 ekor burung merpati

 

Masya Allah, Muhammad Zikri….
Dia buat sarang burung kat bawah gerai (ambin) yang disimpan elok dibawah rumah
Lebihan pagar yang disimpan elok2 pun  dah  digunakan? Tanpa kebenaran!
Nak buat apa sebenarnya ni?

~ Kawan abang kasi burung merpatilah nenek… abang nak bela burung merpati…~

~Eh, pernah tengok tak sarang burung merpati camane?
Bela burung merpati dibawah rumah ni bahaya, abang.
Tak elok untuk kesihatan. Najis dia.., kalau tak bersihkan betul2
nanti boleh jadi penyakit kusta, tau tak?!~

~Nanti abang bersihkanlah…!~

Malas bercakap banyak, puasa pun iya nii…. Jadi wait n see ajelah…

Dalam hati: ~tak terfikir ke kau Muhammad Zikri, kalau kita nak tinggalkan rumah,
ke KL ke… Singapore ke… sapelah nak bagi makan hamba Allah nii?~
Tak payah cakaplah… nanti adalah jawabannya!

 

SEMALAM…..
Dalam nada sedih mungkin tak ada sesiapa yang dia  nak mengadu hal agaknya
dia bagitau, dia dah buka pintu sarang burung tu,
untuk membiarkan merpati betina tu keluar…
Dalam hati ma : ~Okeylah tu… dah insaflah tu kot…!~
~Kenapa abang bukak pintu dia, bang?~ Teringin juga nak tau….! Hahaha…

~Nenek tau tak, burung merpati tu dah beranak….~ Maksud dia telur dah menetaslah tuuu.
~Abang lepaskan ibu burung tu, biar dia cari makanan untuk anak dia….
Bapak dia tak keluar, ada kat dalam …, jaga anak dia…~

~Pintu sangkar tu terbuka, si bapak boleh tak keluar?~
~Tak…. dia jaga anak dia!~

Subhanallah…. Pandainya kau burung? Pergi kursus rumah tangga kat mana?

~Tapi… masaalahnya nek, ibu dia tak balik2…~
~Sesat, kot!~
~Kesianlah nek… mesti anak dia lapar…~
Kita pun lapar, PUASA! Hehehe 

TENGAHARI TADI ….
Balik sekolah, Zikri hilang.
Biasa2nya buat miskol aje dia dah muncul…. Tapi kali ni beberapa kali kol dia tak balik.

Balik2 aje… dia mengadu, bapak merpati tu dah tak ada, dah tinggalkan anaknya.
Cari bini dia kot… pergi balai polis ke..,  buat repot.  Mane lah tau, kaan? Jejak Kasih…!
Jadi tadi, dia pergi rumah kawan dia si ejen merpati tu ambil 3 ekor lagi
untuk menemankan si anak kecil tu.
Kot2 boleh ganti ibunya…

 

DSC02619

3 ekor burung yang baru masuk kerja.. bertugas…
dipertanggung jawab untuk melindungi si anak.



 

DSC02629

Siap dibubuhnya tanda kat kaki merpati tu… No talipon dialah tuuu 8579…
Takut lari lagi kot…. Haaaai…, Muhammad Zikri… Kerja kat zoo ajelah nanti yeer..!
 

 

 

DSC02627 
Hmmm… nak buat bisneslah tuuu…!

 

Datang 3 ekor ni pun, bukan dia tau bertugas…. anak burung tu terbiar jugak,
kesorangan…  kesekoran…
~kalian pilihlah yang mane satu ungkapan yang tepat, yer…~

 

DSC02614

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesian… dia ‘kesekoran’…

 

MALAM…
Selepas berbuka….
Kawannya si ejen merpati tu kol.
~Nek, kawan abang kata…. 2 ekor burung tu ada balik kat rumah dia, kat Bukit Bayas!~
~Ye ke, bang? Alhmdulillah… Itu maknanya dia kenal rumah lama dia…  Pandai burung tu ye, bang.~

~Nanti lepas tarawih, dalam pukul 10, abang suruh kawan abang antar balik dua2 ekor tu kat rumah kita.~
~Alaaah…, besok2 ajelah, bang. Takkan malam ni jugak?!~
~Kesian anak dia tu, nek!~
~Oooo yer, nenek lupa…. Ha ah laa kan…, dia nak susukan anak dia… nak tukar pampers lagi…~  Hahaha…
~Apalah nenek niiii!~



DSC02625ADSC02624

Pic dipagi ini…. anaknya ada dibawah perut si ibu…

Monday, August 22, 2011

DANA KHAS RAYA

 

17HB BARU2 NI…, Balai raya Lorong Surau  Baru dibanjiri warga penduduk setempat
Dana Khas Raya dah tiba..
Tahun ini langkah selamat diambil untuk membahagikannya terus ke cawangan2.
Walaupun dalam kumpulan kecil begini,
kalau sebut nak bagi Dana Khas Raya… semuanya tetap berlumba2
Berasak2 macam nak pecah balairaya….
Maklum…  sape yang taknak rezeki, kaaaan?

 

 

DSC02598

Mak Ngah ada, Pak Ngah pun ada…  Kak Cik dan Mak Cik pun ada! 

 

 

Bagi sesiapa yang belum tahu… Dana Khas Raya ni memang diberi setiap tahun oleh kerajaan Terengganu bagi merengankan
bebanan dan membantu setiap keluarga atau individu yang layak.
Pendapatan RM1500 kebawah dikira layak menerima bantuan ini.

Kategori terdiri dari Ketua Isi Rumah (Keluarga) RM300, Ibu Tunggal RM300, Warga Emas RM200  dan Orang Kurang Upaya RM200.

 

 

DSC02601

Mengambil hati… Datuk Wan Ahmad Farid Ketua UMNO Bahagian K.Trg…
sama2 membantu menyampaikan Dana Khas kepada penerima.

Berdiri dibelakang… sedang memerhati Cik Nortetirozie ~unik namanya, kan?~
dari unit APMT Dun Ladang

 

Tinjauan ma dari JKKK,
boleh dikatakan hampir sebahagian besar penduduk menerima dana ni…,
~begitu juga di cawangan2 lainnya~
tak kiralah yang berlaku jujur pada slip gaji dan pendapatannya atau tidak…
pokoknya…. kalau kita melihat RAMAINYA yang datang ….
DIMANA SILAPNYA KERAJAAN MASIH TIDAK MENERIMA SOKONGAN PADU DARIPADA RAKYAT?

 

 

DSC02588DSC02589

~Salam Ramadhan Al-Mubarak~ dari MB Terengganu kepada setiap penduduk menjelang Ramadhan baru2 ini…
Isiannya air zam2 dan 3 jenis kurma….
~Maaf kerana gambar kurang memuaskan…~ Jangan betulkan ‘skrin’ anda… Hehe..

Monday, August 15, 2011

DIPUNCAK RAMADHAN

SOLAT TARAWIH malam ni, diakhiri dengan bacaan qunud pada solat witir.
Menandakan Ramadhan yang kita lalui telah berada dikemuncaknya.

Sekejap aje… dah selesai 14 hari kita berpuasa
Besok 15 hari… dan bakinya semakin dekat dan semakin dekat menjelangnya Syawal…

Ma  buat solat Tarawih di surau yang paling hampir dengan rumah
Selain kerana dekat ~ yang letakya hanya selang beberapa rumah aje,
solat tarawih disurau tu cuma ambil 8 rakaat aje
Imamnya orang tua, tapi express….
Walaupun express, cukup tamanninahnya tau…
Sempat bersalawat setiap selesai 2 rakaat dan berdoa pada setiap 4 rakaatnya…
Seronok sangat, apabila jemaah bersahut2an ketika bersalawat dan salam…

Bagi ma berapa rakaat tak jadi hal…. asal berkekalan
Pernah pergi ke Mesjid Terapung beberapa tahun  dulu
Imam baca 1 malam 1 juzuk…
Memang sedap bacaannya….
Tapi dek kerana lama sangat, ma jadi tak terkawal… terhuyung2 dan khayal tah kemana
Hehe…. Iman tak berapa kuat kot….

Tapi… alhamdulillah… disurau ni ma suka
sebab dapat berjumpa orang2 kampung, bermesra sekejap sebelum mulakan solat
‘Jiran’ yang ada kes tu pun ada … duk jauh2 u..! ~Jangan kacau, buat hal masing2! 
”Tapi kami profesioanal” ….! ~pinjam slogan artis yang bermasam muka sekejap!~ Hihi….

Sayangnya… saf yang pada mulanya berlapis2
sekarang dah tinggal 2 ‘lapis’ aje
Mane perginya baris yang ke3 dan seterusnya yerr?

Friday, August 12, 2011

IFTAR SANA IFTAR SINI

5.8.2011 ~ HARI KELIMA RAMADHAN MERAIKAN IFTAR PAKK CENDERING…

 

DSC02544

Disebelah ma,yang bertudung ungu tu… Cik Mardiah,
Pegawai Penyelia dari JKM, K.Trg.

 

PAKK adalah singkatan dari PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK, NGO dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Fungsinya adalah untuk memantau kegiatan kanak2 yang dibawah umur persekolahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan  permainan.

Di K.Trg hanya ada 4 buah PAKK, termasuk salah satunya di Pasir Panjang.
Iftar di PAKK Cendering ni, ma dan kawan2 hanya sebagai tetamu yang meraikan acara yang sememangnya diadakan setiap tahun.

 

6.8.2011 ~ MERIAHNYA BERBUKA BERSAMA JKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung)
DAN ORANG2 KAMPUNG…

 

 

Imej0635

Nampak meriah… JKKK Pasir Panjang dengan kerjasama
UMNO Cawangan Pasir Panjang bergotong royong memasakkan sendiri manunya…

 

 

Imej0637

Ketua Bahagian, Datuk Wan Ahmad Farid  (berbaju biru)
dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn (bersongkok, berkaca mata) turut  hadir.

 

Kalau disebut Cawangan UMNO Pasir Panjang, cawangan ini adalah yang paling aktif diantara cawangan2 terdekat kami.
JKKK (JawananKuasa Keselamatan Kampung) Pasir Panjang telah mengadakan majlis iftarnya dengan meriah.
Ramai orang2 kampung yang hadir…

 

7.8.2011 ~ IFTAR ANJURAN UMNO BAHAGIAN K.TRG.

 

 

DSC02548

Bertempat di PRIMULA PARK ROYAL HOTEL

 

 

DSC02550

 Datuk Wan Ahmad Farid, Ketua UMNO Bahagian, K.Trg dan isteri To’ Puan Intan Baizura
menghadiahkan sumbangan Hari Raya kepada pelajar2 dari sekolah disekitar K.Trg yang terpilih….

 

11.8.2011 ~ IFTAR ANJURAN PAKK PASIR PANJANG….

 

DSC02583

Yana, Mira dan Zikri pun dijemput sama…..
Namanya pun pusat aktiviti kanak2… Yana dan Mira tu, kanak2 jugak kiranya yeer…

 

Ma memang tak pernah melepaskan peluang untuk berbuka dengan kawan2…
Siapa aje yang jemput, ma akan hadir.
Sehari dua ni ada lagi katanya…
Isy! Dimana tu?!
Ma sedang tunggu jemputan Iftar PAKK Bukit Kecil dan Iftar Peti Undi Pasir Panjang pulak! 

Tuesday, August 9, 2011

KESAH JIRAN

TINGGALKAN ULAR SAWA DEPAN RUMAH JIRAN,
begitulah tajuk sebuah artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas.

~SEMOGA MENDAPAT HUKUMAN YANG SETIMPAL DENGAN KEJAHATANNYA~

 

 

DSC02545

 

 

Samada ular ataupun tikus macam yang dibawah ni,
niat busuknya tetap sama!

 

DSC02334

Mula2 sekor, kemudian menjadi 2 ekor.
~ 2 ekor bangkai tikus ni dicampakkan didepan rumah ma~.

 

Itu belum lagi termasuk perbuatannya yang ni!

 

DSC02335Berjiran dengan samseng!

 

Mengaku bersalah dimahkamah dan didenda RM4000, tapi tidak datang meminta maaf sampai kini.
BERSALAH DENGAN SIAPA SEBENARNYA?

Walau harus dilupakan… tapi tetap kukenang sehingga akhir hayaaaat!

Monday, August 8, 2011

LAWAK X C DENT

 

~MAK nak kek ~ Yang minta kek sempena harijadinya.
~Sape nak layan? Mane ada kereta? Kereta masuk workshop, tak tau bila siap!~

Sebenarnya, kereta ma xcdent. Sebuah Grand Lavina dengan laju reverse ketika ma memberhentikan kereta dibelakangnya untuk melepaskan Yana nak berbelanja di 7Eleven di Jalan Pasir Panjang berhampiran Gong Kapas.

Hajat hati bukan nak park pun, cuma nak melepaskan Yana aje… Tak sangka pulak kereta tu nak mengundur.
Malah lampu signal reversenya pun ma tak sempat pandang.
Yang dia pulak, reverse macam nak memecut… terus aje laju mengundur…

Dia menyalahkan ma park dibelakangnya.
Ma kata ma bukannya park, cuma nak melepaskan anak yang nak ke 7E tu aje. Kalau park dah tentu ma akan berhenti di parking lot.
Ma masih didalam…, tengah nak keluarkan duit nak bagi pada Yana.. Kalau dia bagi hon sikit, dah tentu ma beredar kedepan.

Apa pun dia ada minta maaf.
~Tapi maaf saja tak jadi, dik… kereta akak ni mesti ditukar pintunya. Akak tak mau main ketuk2.  Kereta akak ni kereta lama, kalau main ketuk2 , memang cepat jadi buruk. Awak kiralah camana pun, awak bawak ke workshop kereta ni atau kakak bawak sendiri ke workshop, kakak nak pintunya ditukar, tak main ketuk2….!~
Dek kerana hari tu hari Jumaat dan saat orang nak bersembayang Jumaat, ma meredhakan aje dia pergi dulu…..

Petang tu dia kol…., nak datang kerumah nak selesai.
Dia keluarkan duit RM200, ikhlas bagi pada kak… katanya.
~Mane pulak ikhlas cik Din…? Kereta saya kena sebelah pintu ni… Kalau kereta saya tak apa2, baru ikhlas namanya… ~sedikit berlawak.
Tukar sebiji pintu dengan cat semua foreman nak RM300.~

~Kak, saya tengok kereta kak tak payah tukar, cuma ketuk aje dah okey kak…
Saya bayar RM2oo ni pun kawan saya kata mahal dah tu. Patut RM150 aje.~

~Cik Din pergi tanya kawan yang tak kena mengena tu, tentulah dia kata tak apa. Tapi, yang kena kereta saya, Cik Din….!~

~Saya bayar setakat ni aje, kak. Atau saya bagi kak 2 pilihan. Kalau kak tak nak RM200 ni, kita pergi balai!~

~Cik Din, kalau cik Din pergi repot dibalai, cik Din dah tentu kena RM300! Cik Din sampai ati ke sanggup bayar ke balai 300? Baik cik Din bagi kat saya 300 tu, kita selesai.~

~Eh, kalau gi balai, belum tentu saya salah kak, sebab kak letak kereta belakang kereta saya, akak pun salah juga. Kenapa tak masuk parking lot, parking kan banyak?!~

~Tapi akak  bukan nak parking, akak cuma nak lepaskan anak aje kat 7E tu sekejap. Akak pun tak sempat tengok signal reverse tu… Awak pun takkan tak dengar signal kereta awak, kalau ada sesuatu dibelakang?~

~Ooo mungkin signal saya rosak agaknya…~

~Abis, kalau gitu… bukan salah akak lah! Lagipun mana ada salahnya letak kereta di belakang kereta orang dengan kita masih duduk didalam..? Yang bergerak kereta awak, yang langgar kereta awak. Kereta saya duk diam aje..!~

~Mak, mak memang tak salah… Kalau kita letak kereta dibelakang kereta orang, takkan orang langgar senang2 kata tak salah!  Hakim mencelah.

Sebenarnya ma pun dah naik pening dengan asakan orang muda yang bernama Din  ni. Seboleh2 dia nak suruh ketuk aje, sedangkan ma dah bagitau… kereta ma  kereta jenis lama… kalau silap2 ketuk, terus akan jadi kereta buruk! 
Biar lama tapi tetap terjaga..

~Kak, kalau kak tak nak terima duit ni, saya simpan balik ni! Kita gi balai!~ dia mengugut lagi.

Sebenarnya bukan ma tak rasa salah sikit pun, tapi dek kerana dia kuat sangat mengugut nak gi balai nak gi balai tu, buat ma menyampah! Salah oranglah dia nak ugut2 gitu..!

Dengar nama balai aje ma rasa dah nak muntah sangat2… Maklumlah, semenjak duamenjak ni,  ma ‘mesra’ benar rasanya dengan balai… Lebih2 lagi kalau  bab menunggu nak buat repot tu… aduhaaaaiii…! Kalau letak telur dibawah perut ayam, masak gamaknya…!

~Kak, kalau kita gi balai, saya rasa akak pun kena juga… sebab akak pun salah!~
Eeeee naik muak aku melayan budak nii…!

~Kalau nak sangat gi balai, marilah kita pergi cik Din. Sebab akak yakin akak tak salah!~
Dah mula geram dah nii…
~Tapi akak nak ingatkan awak…, Awak repot dah tentu awak kena 300. Akak bukan minta 400 dengan awak. Kalau akak minta 400 barulah awak ada untung 100! Tapi akak minta 300 aje! Awak sampai ati ke, lebih rela bayar kat balai dari bagi kat akak 300 tu?!~

~Apa nak buat…?!~ muka dia nampak mengada2 sangat masa tu!

~Ginilah, awak tambahlah 50 lagi, kira selesailah!~ dah mati akal dah dibuatnya.

~Tak kak, saya rasa takkan tambah!~

~Ginilah, encik bawaklah kereta mak saya gi kemana2 workshop… kalau2 boleh dapat kurang lagi harganya mana tau… Kitorang tak kesah, bukannya kita nak pegang harga sangat pun!~ kata Hakim.

~Masaalahnya saya tak da masa… saya sibuk sangat sekarang ni…! Ni pun saya nak gi amek anak saya balik dari berkhemah disekolah!….
Saya cuma nak bagi banyak ni aje! Kalau tak, kita gi balai!~

~Jomlah mak, pergi ajelah!~ Hakim buat keputusan.

~Akak tak fahamlah, dik. Tadi awak kata awak tak de masa, sekarang awak ada banyak masa pulak nak ke balai! Kalau nak sangat, marilah kita gi... Cuma akak nak ingatkan awak …. Awak takkan ada untung apa2pun kalau gi balai nanti. Selain dari kena denda 300 tu, insuren pun belum tentu cover.. Kalau cover pun, NCB kena balik zero.~

~Tak ape… Gi balai jugak, kak…!~

~Okeylah kalau dah keputusannya gitu.  Minum air tu dulu, dik….  akak ikhlas!~ Sajelah sebut ikhlas… nak bandingkan ikhlas duitnya 200 tu, dengan ikhlas kita…! Hehehe….

Ma pun turun, kereta dipandu Hakim.
Tak sampai 5 minit, dia kol Hakim.

~Anak kak Ma ni? Marilah amek duit ni…. Saya ada di Bank Muamalat dibandar!~

HMMM… BUAT PENAT AJE BERTEKAK!

 

DSC02540

Saturday, August 6, 2011

KONGSI TARIKH LAGI?

 

~MAK, telefon free hari ni. Ameklah mak nak call sape2 yang pakai MAXIS~ Yana mengejutkan ma dengan sikap pemurahnya. Kalau tidak jangan harap dia nak offer cam tu. Kalau dia panggil ma pun, selalunya dia buat miss call aje… Hihihi…

~Kenapa free?~
Terus ma teringat, oooo hari ni 6 Ogos!

~Happy Birthday!~ ma mengucapkan padanya dan disambut terima kasih dengan sengehnya.

~Nak kek!~ katanya.
~Sape nak layan? Mana ada kereta? Kan  kereta masuk workshop?~
Habis disitu.

Sebelah petang bila ma buka facebook… ucapan2 selamat hari lahir yang ditujukan  kepadanya dari sepupunya… rupanya bukan milik dia sorang!

Selain Yana, 6 Ogos adalah milik abang ma yang tinggal di Kemaman…  Abang Zahar ~yang fofular dengan gelaran POKDE AZHAR.

 

10333_144716977286_847242286_2409619_8271939_nSenyum sikit Pokde ….  Hehehe…
Bergurau dah jadi kebiasaan antara kami…

Dan… sorang lagi…. Emilia, isteri kepada Loqman anak saudara ma….
 

 262034_2138278051735_1089639004_2492224_4351464_nAhmad Loqman dan isteri kesayangannya Emilia Razali…
berkongsi tarikh 6 Ogos jugak…..

Penangan facebook…..
Kalau tidak kerana facebook, tak sedar dalam keluarga atau sahabat kenalan kita ramai yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama…

Ma sendiripun, baru sedar rupanya berkongsi tarikh lahir dengan rakan blogger Rasp.
~Hai Rasp… tahun depan kita tiup lilin sama2 yeeer..~ Hihihi…

Bagi sesiapa yang belum membaca entry ma tentang berkongsi tarikh lahir dalam keluarga kami, sila KLIK DISINI dan DISINI.

KESUNTUKAN + KEGAWATAN

 

DEK kerana kesuntukan masa… tak dapatlah ma nak update entry baru…
MALAM ni… cuma sempat buka blog anak2 dara,  pusing2 round table, tapi entry baru tak sempat pun nak buat, mata dah mengantuk.

Apapun… ~aku bahagia~
tak sempat buat entry baru… sempat juga ziarah ke blog2 yang sering menjengah ke blog ma…
Sekadar terima kasih kerana kesudian kalian…

Insya Allah…. ada masa ma ‘tebeng2’ juga  update.
Ada 3 jemputan iftar yang ma terima…
Mana tau ma boleh update tentangnya, kan?

Selamat Malam!

Monday, August 1, 2011

FOBIA DIBULAN PUASA

 

LEPAS solat subuh tadi, memang ma tidur balik
Set alarm pukul 8.00 mesti bangun untuk buat kerja apa yang patut
Memang dah jadi tradisi… jarang2 benar ma dapat tidur dengan tenang kalau hari dah siang.
Set alarm kul 8, tapi pukul 7.30 ma dah terkejut.
Terus teringat kerja… kerja… kerja…

Kak Peah, kakak yang duduk di JB selalu motivasi
’Apa yang kau susah, kau bukan kerja dengan orang! Kau kerja sendiri! Sapa yang nak marah?’ ~katanya.
Tapi, yang sakitnya, ma akan jadi gelabah… macam tak sempat masa.
~Memang pun masa terlalu singkat bagi ma….~

Tengok tu, jangkanya nak siapkan langsir 2 minggu sebelum puasa…
~cewah langsir baru nampak!~
Tapi sampai ke hari ni belum siap2 lagi.
~Insya Allah, siaplah kot sehari dua lagi…. ~

Kalau si Yana pulak…
ketika lagu ‘KERJA’ Meet Uncle Husin selalu terpekek terlolong dicorong radio beberapa tahun dulu….
Dia akan mengusik ma :
”Mak… Lagu mak tuu!”~Bedebah  punya anak! 

Bangun aje pagi ni, selepas solat sunat Duha, ma berkemas rumah.
Biasanya Mira berkemas, tapi kadang2 sekali2 ma akan kemas, mengorek dibawah2 meja, kerusi, almari… banyak sisa2 habuk yang dia tinggalkan
buat kenangan….
~Hihihi… Kes tak puas hati dengan kerja oranglah niii…!~

Sampai aje ke dapur… ketika nak buka pintu untuk menyapu ditangga,
hati ni jadi takut… sunyi…
jiran2 tak ada sorang pun yang keluar seperti hari2  biasa
biasalah kalau hari pertama puasa…
Semuanya sedap tidur lagi kot…!

Hati yang cuak2  ni, ma lawan…
cepat bersihkan perkarangan dapur, cepat2 ma masuk semula dan kunci pintu…

Ya, betul…
Fobia kejadian dihari pertama dibulan puasa beberapa tahun lepas masih lagi menghantui ma…..
Bagi sesiapa yang belum membacanya sila klik DISINI

RAMADHAN AL MUBARAQ

 

“Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu syurga,
ditutup pintu2 neraka dan dibelenggu syaitan2….”

~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Ma mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Semoga Mendapat Keberkatan di Bulan Mulia ini….

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAQ!