Sunday, February 28, 2010

MERCUN CHAP GOH MEH

Hari ini merupakan hari terakhir kaum China beraya. Semasa kecil-kecil dulu, ma tinggal di Kg Siglap, East Coast Road, Singapura… kalau nak tengok perkampungan ma, sila tengok filem2 60an terbitan Cathay Keris. Mereka selalu shooting di kampung ma.

Boleh dikatakan sekeliling rumah ma berjirankan orang2 China. Rumah ma tak jauh dari jalan raya. Bila dah masuk ke dalam kampung sikit barulah ada perkampungan Melayu. Jiran2 ma semuanya baik2 belaka.

Yang seronoknya bila tibanya musim perayaan Tahun Baru China, emak akan sebok membuat kueh untuk dibahagikan kepada jiran2 China kami. Pendek kata hariraya kita, kita bagi kueh pada mereka, hariraya mereka pun mereka jugalah yang akan dapat. Tapi yang syoknya kami adik beradik berebut2 nak pergi hantar kueh tu, sebab dapat Ang Pau.

Era 60an dan 70an dulu, tidak menjadi kesalahan kalau membakar mercun. Malah mercun boleh dijual dimerata2 secara terang2an. Bila tibanya malam tahun baru China, telinga kami tak dapat nak ditahan, berdesing2 sambut bersambut dirumah jiran2 China kami. Yang banyak duit, banyaklah dibakarnya. Yang tak berapa senang tu, ciput ajelaa.. kata orang jangan kan tidak je…

Tapi bila tibanya CHAP GOH MEH hari ke 15 atau hari penutup raya, biasanya mereka akan membakar lebih banyak lagi mercun. Melihat persiapan mereka dari awal2 lagi, ma dah naik seronok.

Mercun tu tidak lagi dicampak seperti menyambut diawal perayaannya, tapi sebaliknya akan diikat dan disambung2kan seberapa panjang yang boleh. Konon katanya untuk menghantar ‘datok’ naik keatas. Sebab itulah ada beberapa batang tebu untuk ‘datok’ panjat. Katanyalah...

Bayangkan apabila mercun2 yang diikat memanjang tu dibakar, dah tentulah bunyinya tak berhenti2. Kadang2 belum pun mercun dari jiran disebelah kiri berhenti, disebelah kanan dah tak saboor2 membakar mercunnya pulak! Lawan.. lawan…

Keesoknya, macam biasalah seperti ditahun2 sudah…! Ma akan kutip mana-mana mercun yang belum terbakar…. ma akan buka sampulnya.. keluarkan belerangnya… longgokkan dan cucur api. Huh macam kilatlah dia….


Ampun mak… tak buat dah lagi…

Dah tentulah emak menyinga, bila tengok papan gerai sembang petangnya cacat… hitam hangus.

Masa tu tak pernah pulak terfikir perbuatan tu mendatangkan bahaya pada diri sendiri..! Nasib baiklah tak pernah pulak dia menyambar pada tangan dan rambut ma. Alhamdulillah..

Tapi setelah kerap berlakunya kebakaran semasa perayaan, sepertimana salah satu kejadian berhampiran dengan pasar rumah ma sendiri. Ketika ma sempat berada ditempat kejadian dan melihatnya dengan perasaan yang sedih dan sayu…

Mujurlah kerajaan kini telah mengharamkan pembakaran mercun.

5 comments:

sWeEtDaRLinG said...

OOOOO buas jugak mak masa kecik.. hehehe

Dee said...

mama buas..anak2 pun buaslah..kan amy kan? hahaha...

Dee said...
This comment has been removed by the author.
SURIA AMANDA said...

Hi ma, thanks for the comment..appreciate it..ma tinggal kat mana?kalau area kl boleh la cari2 kan utk Rizz..

Kamariah Awang said...

Bukan buas... doulu2 mana ada pc cam sekarang. Kalau tak, dah tentu ma duk kat pc je buat program Score A...


Hai rizz.. nak carikan apa rizz utk rizz? Nak mercun kee? Heehee ma skrg kat pantai timur, dah sampai kat mesjid kristal?