Friday, February 5, 2010

HUJAN RAHMAT DI ARAFAH

SESUATU yang agak terkilan dihati ma apabila ma seolah-olah terlupa nak mengabadikan gambar-gambar ma di Arafah. Sebenarnya hati ni hanya Allah yang tahu… Berdebar-debar macam nak mengadap periksa besar. Kerana inilah kemuncak ibadah para jemaah yang mengerjakan rukun Islam ke5 ini.

Sehari sebelum berangkat, Mekah dilanda hujan lebat. Dikatakan hampir beberapa tahun Arafah tidak dilimpahi rahmat hujan… Rahmat juga bagi jemaah tahun ini…! Beribu-ribu khemah yang yang setiap satunya boleh menempatkan seramai 20 orang atau lebih itu, agak tidak begitu selesa dek kerana karpet yang basah. Mujurlah jemaah dibekalkan dengan sebidang tikar setiap seorang. Dengan tikar itulah kami mengalas duduk dan tidur.

Apa pun kena terimalah… Tidur pun cuma semalaman aja. Kata orang tidur-tidur ayam. Didalam ibadah ni… segala kekurangan, jangan sangat diambil kira.

Selepas maghrib keesokannya, kami bertolak ke Muzdalifah untuk memenuhi tuntutan setidak-tidaknya satu pertiga malam disana. Perjalanan cuma memakan masa 10 minit. Alhamdulillah… perjalanan lancar, walaupun tidak mustahil jika berlaku kesesakan, kerana yang ada di Arafah keseluruhannya wajib ke Muzdalifah!

Sepanjang perjalanan dengan menaiki bas yang disediakan untuk jemaah kita, masih ramai lagi para jemaah dari negara luar yang hanya berjalan kaki ke Muzdalifah!

Seharusnya kita bersyukur dengan pengurusan Lembaga Tabung Haji, yang ma kira boleh diberi kredit. Matang, lancar dan berjaya! Tahniah!

DSC00867

Saat mengutip anak-anak batu di Muzdalifah.

DSC00868

Kira-kira jam 2 malam, jemaah mula dibawa keluar dari Muzdalifah untuk ke Mina bagi melontar ketiga-tiga jamrah dengan menggunakan 70 biji anak-anak batu yang dikutip.

Kami sampai di Mina lebihkurang pukul 3.30pagi.

Nanti ma akan sembang lagi bagaimana ma boleh tersesat di Mina….


No comments: