KALAU disebut hal mengerjakan haji ke Mekah, ma rasa tak ada orang yang kata, di Mina itu adalah suatu tempat yang selesa. Dimana keadaannya yang sesak, duduk dan tidur beramai-ramai, sampai ada yang tak mandi kerana kesukaran berjam-jam untuk menggunakan tandas dan macam-macam lagilah.
Memanglah mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.
Alhamdulillah, semua itu dapat ma lalui dengan tenang, sebab ma dah selalu dengar cerita-cerita mengenainya. Ma memang sudah bersedia. Asalkan kita pandai mencongak masa, keadaan tidaklah seteruk itu sebenarnya.
Perbanyakkan baca surat al-Insyirah dan ayat-ayat untuk dipermudahkan pekerjaan kita, Insya Allah…
Mina ni… suatu penempatan yang amat luas, dipenuhi beribu-ribu khemah yang teratur, seragam dan pemandangannya memutih, cantik sekali. Perjalanan kami ke jamrah untuk melontar dari maktab 83, yang melalui terowong Muasim, adalah sejauh 3 km pergi balik.
Orang ramai berpusu-pusu didalam bangunan jamrah untuk melontar di Mina.
Kerana keseragamannya itulah pernah dipagi yang pertama ma sampai, ma sesat didalamnya.
Disana, makan tengahari dan malam, dihantar ke khemah dengan makanan sarapan pagi untuk keesokkannya samada biskut atau roti. Tapi air untuk bersarapan pagi, kena pergi ambil sendiri ditempat yang disediakan.
Setelah solat subuh, setelah berdoa dan membaca apa yang biasa, ma pun keluar bersama Che’ Bunga untuk mengambil teh.
Agak jauh jugalah, beberapa kali belok dari lorong ke lorong untuk sampai ke dapur khemah, dahlah gitu kena beratur memanjang pulak… Kami berdua tak bawa suatu apa pun, sedangkan jemaah-jemaah yang lain ada yang membawa cawan sendiri. Cawan besar pulak tu…!
Bagi kita yang tak bawa cawan sendiri, pendek kata kenalah pakai cawan kertas. Cawannya pun kecik aje. Kalau takut panas tindanlah 2 3 atau 4 biji pun, tak ada siapa yang marah.
Ma dan Che’ Bunga hanya menindan 2 biji aja, cukuplah. Isi air pun tak berapa penuh.. maklumlah air panas berasap, takut pulak tumpah terkena orang yang ramai beratur tu.
Ma keluar dulu diikuti Che’ Bunga selang 3 4 orang dibelakang ma, terselit-selit dicelah orang ramai untuk melepaskan diri sampai ke lorong dihadapan.
Kerana melalui laluan sempit, ma tak menoleh kebelakang. Bila terasa lega, baru ma menoleh. Tengok-tengok Che’ Bunga dah tak ada!
Mana dia?
Cari punya cari, tak nampak dimana Che’ Bunga. Ma mula berpusing-pusing sendirian, cari dimana khemah 62 maktab 83. Kata orang pi mai pi mai tang tu jugak. Susah betul, keliru betul, akibat lorong yang serupa aja nampaknya.
Ditangan ni masih ada air teh panas…. Bila orang tanya mana dapat air panas tu… Ma pun dah tak tau nak kata kat mana.. Tah kanan ke kiri, tah depan ke belakang, tak tau nak kata kat mana. Niat di hati ni memang nak minum di khemah bersama dengan Che’ Bunga, tapi orang-orang ni buat kacau betul, ah serabut… Bukan seorang dua yang bertanya… Rasa bosan, ma pergi ke satu sudut, ma minum air tu.
Dah selamat satu bab!
Tapi khemah tak juga jumpa. Ma rasa hampir satu jam begitulah lebih kurang. Akhirnya ma diberi petunjuk, supaya keluar balik ke jalanraya. Disana ma akan jumpa papantanda yang menempatkan maktab 83.
Huuh, betul pun!
Inilah salah satu jamrah yang kita kena lontarkan 7 biji batu ke dalamnya.
Seperkara ma nak ingatkan… Ibadah haji ni yang wajibnya hanya sekali kan… jadi sedaya upayanya buatlah yang terbaik. Walaupun kita rasa kita ada kemampuan dan ada peluang boleh pergi lagi, tapi tak pasti kesehatan kita pula mengizinkan atau sebaliknya.
Jadi nasihat ma, apa pun yang kita nak kerjakan kalau disana nanti , biarlah berkumpulan. Senang bertanya kalau kita tersalah atau tak faham. Sebab masa kita berkursus selalunya kita tak dapat membayangkan bagaimana dan bagaimana, semuanya blur.
Inilah yang membuatkan Ma teringat akan Ustaz Jamaludin Hashim yang menjadi tenaga pengajar semasa kursus di mesjid…. Masih terdengar-dengar lagi laungannya:
“Hah, pahang dok? Napok dok?” dengan loghat Terengganunya… (faham tak, nampak tak?)
Bila sekelian bakal-bakal jemaah terpinga-pinga. Nak kata faham, macam tak faham… Nak kata tak faham takut ustaz melenting…
Uztaz pun sambung … “Hah, dok pahang dak pe… sapai di nu nati.. napok belaka. (Tak faham tak apa, nanti sampai disana , semuanya akan nampaklah..)
Yaa.. Betullah kata ustaz tu, uztaz… Insya Allah, kalau ma jumpa ustaz ni ma akan ‘membenarkan’ kata-kata ustaz ni dan takkan lupa ucapkan terima kasih padanya…
Jadi tak perlulah bimbang, kalau masa Kursus Haji ada yang kebingungan tak faham atau blur… Insya Allah bila ada didepan mata, semuanya BEREH! (beres!)
Rasanya dah selesai apa yang ma nak tulis bab pemergian ma mengerjakan rukun ke5 ni. Ma minta maaf kalau jemu membaca asyik-asyik hal ini, tapi niat ma baik, untuk merangsang minat anak-anak atau adik-adik ma semua. Selebihnya adalah untuk khazanah dalam diari ma sendiri.
Sayonara buat kakakku sebelum berangkat pulang pada 18hb disember 2009, selepas subuh.
No comments:
Post a Comment