KATA ORANG ditelan mati emak, diluahkan mati bapa?
Kalau kita tukar kepada, ditelan mati diluahkan pun mati, camana agaknya?
Memang sakit… itulah nasib seorang ibu tunggal. Boleh dikatakan mempunyai pendapatan tetap bulanan hampir 3k sebulan. Tapi malangnya, sentiasa berendam airmata dek kerana sikap seorang daripada anaknya terjebak dengan D---H.
Setiap hari dia membelanjakan paling kurang RM60-RM200. Seolah-olah ibunya itu telaga emas!
Disuruh kerja tak mau kerja..Dihalau keluar, tak mau keluar…
Ada isteri, isteri lari..ada anak, anak pun tak hormat, Camana nak hormat, duit simpanan dari belanja sekolah si along yang baru berusia 13 tahun tu pun disamunnya.
Barang-barang dalam rumah pun tak lekat, sampai vacuum yang pakai hari-hari tu pun boleh hilang. Kalau barang kemas jangan cakap, simpan elok-elok pun boleh hilang, apatah lagi yang terabai… hinggakan yang lekat dileher anak sedara pun diambilnya ketika budak tu tidur..
Pendek kata banyak lagilah perkara-perkara yang buat emaknya menggugurkan airmata… Tiada apa yang boleh ma doakan untuk kawan ma tu, agar anaknya berubah.
Tapi kawan ma tu betul-betul dah putus asa… Dia mengharapkan kematian, samada anaknya yang mati atau dia sajalah yang mati…Pernah datang fikirannya untuk membunuh diri akibat tak tahan dengan perbuatan anaknya… Na’u zubillahimin dzaliq!
Ma cuba juga bagi idea padanya antaranya suruh hantar ke pusat pemilihan, tapi dia kata akhirnya anaknya akan balik juga padanya… Maknanya dia tak mau anaknya balik padanya lagi. Dia redha untuk membela cucunya yang 2 orang itu, dan benar-benar mengharap anaknya pergi jauh dan tidak lagi mengganggu hidupnya.
Ma tidak mempertikaikan harapannya… Siapa yang kena dialah yang merasa..
Harapan ma, disamping kita mendidik anak-anak kita dari kecil agar membenci dadah, tolonglah DOAKAN sama agar Allah mengekalkan kesabaran pada kawan ma itu dan agar anaknya berubah. Jangan sampai kesihatannya terganggu, biarlah dia boleh hidup aman tenteram dihujung-hujung usianya ini.
No comments:
Post a Comment