Monday, August 8, 2011

LAWAK X C DENT

 

~MAK nak kek ~ Yang minta kek sempena harijadinya.
~Sape nak layan? Mane ada kereta? Kereta masuk workshop, tak tau bila siap!~

Sebenarnya, kereta ma xcdent. Sebuah Grand Lavina dengan laju reverse ketika ma memberhentikan kereta dibelakangnya untuk melepaskan Yana nak berbelanja di 7Eleven di Jalan Pasir Panjang berhampiran Gong Kapas.

Hajat hati bukan nak park pun, cuma nak melepaskan Yana aje… Tak sangka pulak kereta tu nak mengundur.
Malah lampu signal reversenya pun ma tak sempat pandang.
Yang dia pulak, reverse macam nak memecut… terus aje laju mengundur…

Dia menyalahkan ma park dibelakangnya.
Ma kata ma bukannya park, cuma nak melepaskan anak yang nak ke 7E tu aje. Kalau park dah tentu ma akan berhenti di parking lot.
Ma masih didalam…, tengah nak keluarkan duit nak bagi pada Yana.. Kalau dia bagi hon sikit, dah tentu ma beredar kedepan.

Apa pun dia ada minta maaf.
~Tapi maaf saja tak jadi, dik… kereta akak ni mesti ditukar pintunya. Akak tak mau main ketuk2.  Kereta akak ni kereta lama, kalau main ketuk2 , memang cepat jadi buruk. Awak kiralah camana pun, awak bawak ke workshop kereta ni atau kakak bawak sendiri ke workshop, kakak nak pintunya ditukar, tak main ketuk2….!~
Dek kerana hari tu hari Jumaat dan saat orang nak bersembayang Jumaat, ma meredhakan aje dia pergi dulu…..

Petang tu dia kol…., nak datang kerumah nak selesai.
Dia keluarkan duit RM200, ikhlas bagi pada kak… katanya.
~Mane pulak ikhlas cik Din…? Kereta saya kena sebelah pintu ni… Kalau kereta saya tak apa2, baru ikhlas namanya… ~sedikit berlawak.
Tukar sebiji pintu dengan cat semua foreman nak RM300.~

~Kak, saya tengok kereta kak tak payah tukar, cuma ketuk aje dah okey kak…
Saya bayar RM2oo ni pun kawan saya kata mahal dah tu. Patut RM150 aje.~

~Cik Din pergi tanya kawan yang tak kena mengena tu, tentulah dia kata tak apa. Tapi, yang kena kereta saya, Cik Din….!~

~Saya bayar setakat ni aje, kak. Atau saya bagi kak 2 pilihan. Kalau kak tak nak RM200 ni, kita pergi balai!~

~Cik Din, kalau cik Din pergi repot dibalai, cik Din dah tentu kena RM300! Cik Din sampai ati ke sanggup bayar ke balai 300? Baik cik Din bagi kat saya 300 tu, kita selesai.~

~Eh, kalau gi balai, belum tentu saya salah kak, sebab kak letak kereta belakang kereta saya, akak pun salah juga. Kenapa tak masuk parking lot, parking kan banyak?!~

~Tapi akak  bukan nak parking, akak cuma nak lepaskan anak aje kat 7E tu sekejap. Akak pun tak sempat tengok signal reverse tu… Awak pun takkan tak dengar signal kereta awak, kalau ada sesuatu dibelakang?~

~Ooo mungkin signal saya rosak agaknya…~

~Abis, kalau gitu… bukan salah akak lah! Lagipun mana ada salahnya letak kereta di belakang kereta orang dengan kita masih duduk didalam..? Yang bergerak kereta awak, yang langgar kereta awak. Kereta saya duk diam aje..!~

~Mak, mak memang tak salah… Kalau kita letak kereta dibelakang kereta orang, takkan orang langgar senang2 kata tak salah!  Hakim mencelah.

Sebenarnya ma pun dah naik pening dengan asakan orang muda yang bernama Din  ni. Seboleh2 dia nak suruh ketuk aje, sedangkan ma dah bagitau… kereta ma  kereta jenis lama… kalau silap2 ketuk, terus akan jadi kereta buruk! 
Biar lama tapi tetap terjaga..

~Kak, kalau kak tak nak terima duit ni, saya simpan balik ni! Kita gi balai!~ dia mengugut lagi.

Sebenarnya bukan ma tak rasa salah sikit pun, tapi dek kerana dia kuat sangat mengugut nak gi balai nak gi balai tu, buat ma menyampah! Salah oranglah dia nak ugut2 gitu..!

Dengar nama balai aje ma rasa dah nak muntah sangat2… Maklumlah, semenjak duamenjak ni,  ma ‘mesra’ benar rasanya dengan balai… Lebih2 lagi kalau  bab menunggu nak buat repot tu… aduhaaaaiii…! Kalau letak telur dibawah perut ayam, masak gamaknya…!

~Kak, kalau kita gi balai, saya rasa akak pun kena juga… sebab akak pun salah!~
Eeeee naik muak aku melayan budak nii…!

~Kalau nak sangat gi balai, marilah kita pergi cik Din. Sebab akak yakin akak tak salah!~
Dah mula geram dah nii…
~Tapi akak nak ingatkan awak…, Awak repot dah tentu awak kena 300. Akak bukan minta 400 dengan awak. Kalau akak minta 400 barulah awak ada untung 100! Tapi akak minta 300 aje! Awak sampai ati ke, lebih rela bayar kat balai dari bagi kat akak 300 tu?!~

~Apa nak buat…?!~ muka dia nampak mengada2 sangat masa tu!

~Ginilah, awak tambahlah 50 lagi, kira selesailah!~ dah mati akal dah dibuatnya.

~Tak kak, saya rasa takkan tambah!~

~Ginilah, encik bawaklah kereta mak saya gi kemana2 workshop… kalau2 boleh dapat kurang lagi harganya mana tau… Kitorang tak kesah, bukannya kita nak pegang harga sangat pun!~ kata Hakim.

~Masaalahnya saya tak da masa… saya sibuk sangat sekarang ni…! Ni pun saya nak gi amek anak saya balik dari berkhemah disekolah!….
Saya cuma nak bagi banyak ni aje! Kalau tak, kita gi balai!~

~Jomlah mak, pergi ajelah!~ Hakim buat keputusan.

~Akak tak fahamlah, dik. Tadi awak kata awak tak de masa, sekarang awak ada banyak masa pulak nak ke balai! Kalau nak sangat, marilah kita gi... Cuma akak nak ingatkan awak …. Awak takkan ada untung apa2pun kalau gi balai nanti. Selain dari kena denda 300 tu, insuren pun belum tentu cover.. Kalau cover pun, NCB kena balik zero.~

~Tak ape… Gi balai jugak, kak…!~

~Okeylah kalau dah keputusannya gitu.  Minum air tu dulu, dik….  akak ikhlas!~ Sajelah sebut ikhlas… nak bandingkan ikhlas duitnya 200 tu, dengan ikhlas kita…! Hehehe….

Ma pun turun, kereta dipandu Hakim.
Tak sampai 5 minit, dia kol Hakim.

~Anak kak Ma ni? Marilah amek duit ni…. Saya ada di Bank Muamalat dibandar!~

HMMM… BUAT PENAT AJE BERTEKAK!

 

DSC02540

6 comments:

GREENJADE said...

hehe tu la kan ma..dia dh tau di yg slh tu.g balai lg la byk ceritanya nanti.hehe

keta dh ok ma?

wida said...

hehe..finally bayar jugak yer.

Dee said...

akhirnya byr juga ye..

Kamariah Awang said...

GreenJade, Wida n Dee: Tulah.. akhirnya bayar jugak...! Hehehe... Dah 3 hari tak de kereta. Kalu ada hal mustahak, pinjam kereta viva menantu aje..

sW33tdARLiNG said...

parak jugak kalau nak ikutkan kereta proton tu mmg keras besinya

Ahmad Loqman said...

Assalamualaikum Ucu... tergelak jugak baca cerita ni. abis abis bertekak, dia bayar pulak.. laaa, dari mula dia bayar kan tak bazir air liur semua.. hahaha..

Amacam puasa di sana? harap semua baik baik sahaja.. Salam buat semua di sana ye..senang senang jemput la berbuka di rumah Man.. nanti kita buatkan air kathira special punya..