Wednesday, August 24, 2011

MERPATI ZIKRI

DUA TIGA hari, ma terdengar bunyi macam orang menukang kat bawah rumah ma
Bunyinya macam tak pro langsung
Nak kata kuat, macam takut2, nak kata pelahan macam bersungguh2 pulak..
Ni mesti tak  lain tak bukan, kerja si Zikri nii…
Cucu yang sorang ni, nak jadi apapun tak taulah
Belajar semakin malas
Mamanya bagi Score A, dibukanya fb… Tak minat book, minat facebook!

Bimbang juga, kalau apa2 terjadi pada pelajarannya,
mestinya nanti neneklah yang disalahkan.

Apapun, nak gi tengok jugak… apa yang dibuatnya…


 

DSC02623
Rupanya dah ada 2 ekor burung merpati

 

Masya Allah, Muhammad Zikri….
Dia buat sarang burung kat bawah gerai (ambin) yang disimpan elok dibawah rumah
Lebihan pagar yang disimpan elok2 pun  dah  digunakan? Tanpa kebenaran!
Nak buat apa sebenarnya ni?

~ Kawan abang kasi burung merpatilah nenek… abang nak bela burung merpati…~

~Eh, pernah tengok tak sarang burung merpati camane?
Bela burung merpati dibawah rumah ni bahaya, abang.
Tak elok untuk kesihatan. Najis dia.., kalau tak bersihkan betul2
nanti boleh jadi penyakit kusta, tau tak?!~

~Nanti abang bersihkanlah…!~

Malas bercakap banyak, puasa pun iya nii…. Jadi wait n see ajelah…

Dalam hati: ~tak terfikir ke kau Muhammad Zikri, kalau kita nak tinggalkan rumah,
ke KL ke… Singapore ke… sapelah nak bagi makan hamba Allah nii?~
Tak payah cakaplah… nanti adalah jawabannya!

 

SEMALAM…..
Dalam nada sedih mungkin tak ada sesiapa yang dia  nak mengadu hal agaknya
dia bagitau, dia dah buka pintu sarang burung tu,
untuk membiarkan merpati betina tu keluar…
Dalam hati ma : ~Okeylah tu… dah insaflah tu kot…!~
~Kenapa abang bukak pintu dia, bang?~ Teringin juga nak tau….! Hahaha…

~Nenek tau tak, burung merpati tu dah beranak….~ Maksud dia telur dah menetaslah tuuu.
~Abang lepaskan ibu burung tu, biar dia cari makanan untuk anak dia….
Bapak dia tak keluar, ada kat dalam …, jaga anak dia…~

~Pintu sangkar tu terbuka, si bapak boleh tak keluar?~
~Tak…. dia jaga anak dia!~

Subhanallah…. Pandainya kau burung? Pergi kursus rumah tangga kat mana?

~Tapi… masaalahnya nek, ibu dia tak balik2…~
~Sesat, kot!~
~Kesianlah nek… mesti anak dia lapar…~
Kita pun lapar, PUASA! Hehehe 

TENGAHARI TADI ….
Balik sekolah, Zikri hilang.
Biasa2nya buat miskol aje dia dah muncul…. Tapi kali ni beberapa kali kol dia tak balik.

Balik2 aje… dia mengadu, bapak merpati tu dah tak ada, dah tinggalkan anaknya.
Cari bini dia kot… pergi balai polis ke..,  buat repot.  Mane lah tau, kaan? Jejak Kasih…!
Jadi tadi, dia pergi rumah kawan dia si ejen merpati tu ambil 3 ekor lagi
untuk menemankan si anak kecil tu.
Kot2 boleh ganti ibunya…

 

DSC02619

3 ekor burung yang baru masuk kerja.. bertugas…
dipertanggung jawab untuk melindungi si anak.



 

DSC02629

Siap dibubuhnya tanda kat kaki merpati tu… No talipon dialah tuuu 8579…
Takut lari lagi kot…. Haaaai…, Muhammad Zikri… Kerja kat zoo ajelah nanti yeer..!
 

 

 

DSC02627 
Hmmm… nak buat bisneslah tuuu…!

 

Datang 3 ekor ni pun, bukan dia tau bertugas…. anak burung tu terbiar jugak,
kesorangan…  kesekoran…
~kalian pilihlah yang mane satu ungkapan yang tepat, yer…~

 

DSC02614

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesian… dia ‘kesekoran’…

 

MALAM…
Selepas berbuka….
Kawannya si ejen merpati tu kol.
~Nek, kawan abang kata…. 2 ekor burung tu ada balik kat rumah dia, kat Bukit Bayas!~
~Ye ke, bang? Alhmdulillah… Itu maknanya dia kenal rumah lama dia…  Pandai burung tu ye, bang.~

~Nanti lepas tarawih, dalam pukul 10, abang suruh kawan abang antar balik dua2 ekor tu kat rumah kita.~
~Alaaah…, besok2 ajelah, bang. Takkan malam ni jugak?!~
~Kesian anak dia tu, nek!~
~Oooo yer, nenek lupa…. Ha ah laa kan…, dia nak susukan anak dia… nak tukar pampers lagi…~  Hahaha…
~Apalah nenek niiii!~



DSC02625ADSC02624

Pic dipagi ini…. anaknya ada dibawah perut si ibu…

8 comments:

wida said...

hehe..pndai nenek buat loyar buruk, hiks.
ada ke bela burung tu mcm bela ayam..bereban, hiji

sW33tdARLiNG said...

dia kan pencinta binatang

GreenJade said...

hehe first time dgr burung beranak hihihi...sabor jer ler..ihiks

Wahidah said...

ade sifat penyayang rupanya zikri ne

rasp said...

zikri nie penyayang tu ma...
pandai dia bela merpati tu...

lily lotus said...

haha comelnya, siap ada no. fon kat kaki lagi tu. kretip kretip

eimah siti said...

ahhhh...comelnya.....hehhe

dyabunga said...

sakit perut dya baca entry ni..zikri2..haha