Monday, August 15, 2011

DIPUNCAK RAMADHAN

SOLAT TARAWIH malam ni, diakhiri dengan bacaan qunud pada solat witir.
Menandakan Ramadhan yang kita lalui telah berada dikemuncaknya.

Sekejap aje… dah selesai 14 hari kita berpuasa
Besok 15 hari… dan bakinya semakin dekat dan semakin dekat menjelangnya Syawal…

Ma  buat solat Tarawih di surau yang paling hampir dengan rumah
Selain kerana dekat ~ yang letakya hanya selang beberapa rumah aje,
solat tarawih disurau tu cuma ambil 8 rakaat aje
Imamnya orang tua, tapi express….
Walaupun express, cukup tamanninahnya tau…
Sempat bersalawat setiap selesai 2 rakaat dan berdoa pada setiap 4 rakaatnya…
Seronok sangat, apabila jemaah bersahut2an ketika bersalawat dan salam…

Bagi ma berapa rakaat tak jadi hal…. asal berkekalan
Pernah pergi ke Mesjid Terapung beberapa tahun  dulu
Imam baca 1 malam 1 juzuk…
Memang sedap bacaannya….
Tapi dek kerana lama sangat, ma jadi tak terkawal… terhuyung2 dan khayal tah kemana
Hehe…. Iman tak berapa kuat kot….

Tapi… alhamdulillah… disurau ni ma suka
sebab dapat berjumpa orang2 kampung, bermesra sekejap sebelum mulakan solat
‘Jiran’ yang ada kes tu pun ada … duk jauh2 u..! ~Jangan kacau, buat hal masing2! 
”Tapi kami profesioanal” ….! ~pinjam slogan artis yang bermasam muka sekejap!~ Hihi….

Sayangnya… saf yang pada mulanya berlapis2
sekarang dah tinggal 2 ‘lapis’ aje
Mane perginya baris yang ke3 dan seterusnya yerr?

4 comments:

wida said...

lapisan yg seterusnya berterawih di TTC & Astaka..sibuk membeli peralatan raya, hehe.
(termasuklah tukang komen ni ma..hihi)

Zaitun said...

Memang biasa bila dah akhir2 ramadhan saf akan berkurangan.

Selamat berbuka.

rasp said...

slalu gitu lah kan Ma...
nak akhir2 berkurang saf...
rindunya nak berterawih berjemaah...
dah 4 tahun gak le tak berterawih berjemaah...
ada anak kecik agak susah gak nak gi...

sW33tdARLiNG said...

ehh professional betul mak saya rupanya...~~

apasal plak jiran tu takut ke segan yg duk jauh2 tuu?