Friday, August 12, 2011

IFTAR SANA IFTAR SINI

5.8.2011 ~ HARI KELIMA RAMADHAN MERAIKAN IFTAR PAKK CENDERING…

 

DSC02544

Disebelah ma,yang bertudung ungu tu… Cik Mardiah,
Pegawai Penyelia dari JKM, K.Trg.

 

PAKK adalah singkatan dari PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK, NGO dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Fungsinya adalah untuk memantau kegiatan kanak2 yang dibawah umur persekolahan dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan  permainan.

Di K.Trg hanya ada 4 buah PAKK, termasuk salah satunya di Pasir Panjang.
Iftar di PAKK Cendering ni, ma dan kawan2 hanya sebagai tetamu yang meraikan acara yang sememangnya diadakan setiap tahun.

 

6.8.2011 ~ MERIAHNYA BERBUKA BERSAMA JKKK (Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung)
DAN ORANG2 KAMPUNG…

 

 

Imej0635

Nampak meriah… JKKK Pasir Panjang dengan kerjasama
UMNO Cawangan Pasir Panjang bergotong royong memasakkan sendiri manunya…

 

 

Imej0637

Ketua Bahagian, Datuk Wan Ahmad Farid  (berbaju biru)
dan Ketua Pemuda UMNO Bhgn (bersongkok, berkaca mata) turut  hadir.

 

Kalau disebut Cawangan UMNO Pasir Panjang, cawangan ini adalah yang paling aktif diantara cawangan2 terdekat kami.
JKKK (JawananKuasa Keselamatan Kampung) Pasir Panjang telah mengadakan majlis iftarnya dengan meriah.
Ramai orang2 kampung yang hadir…

 

7.8.2011 ~ IFTAR ANJURAN UMNO BAHAGIAN K.TRG.

 

 

DSC02548

Bertempat di PRIMULA PARK ROYAL HOTEL

 

 

DSC02550

 Datuk Wan Ahmad Farid, Ketua UMNO Bahagian, K.Trg dan isteri To’ Puan Intan Baizura
menghadiahkan sumbangan Hari Raya kepada pelajar2 dari sekolah disekitar K.Trg yang terpilih….

 

11.8.2011 ~ IFTAR ANJURAN PAKK PASIR PANJANG….

 

DSC02583

Yana, Mira dan Zikri pun dijemput sama…..
Namanya pun pusat aktiviti kanak2… Yana dan Mira tu, kanak2 jugak kiranya yeer…

 

Ma memang tak pernah melepaskan peluang untuk berbuka dengan kawan2…
Siapa aje yang jemput, ma akan hadir.
Sehari dua ni ada lagi katanya…
Isy! Dimana tu?!
Ma sedang tunggu jemputan Iftar PAKK Bukit Kecil dan Iftar Peti Undi Pasir Panjang pulak! 

6 comments:

Wahidah said...

ma mmg dok kelantan eik skrang ma...

wah bestnya iftar ramai2..wai kt sini selalu sahur n iftar sensorang je..:(

rasp said...

seronok iftar ramai2 ma...meriah & tak le rasa sunyi kan...

Zaitun said...

Aktif berpersatuan memang selalu ada jemputan,meriah makan beramai2.

Dee said...

wah..murah rezeki..IFTAR sana sini..

Kamariah Awang said...

WAHIDAH : Ma berasal dari Singapura, berhijrah ke K.Trg sejak 1976.

RASP : Kalau dulu masa Zikri belum balik ke Trg, anak2 berbuka diluar, ma pinjam anak2 Hakim ajak berbuka sama... Hihihi ma paling mengelak kesyunyian.

ZAITUN : Orang veteren cam ma ni, kena aktif... kalau tak nanti sunyi sangat pulak. Apapun akhirat nak jugak, kan?

DEE : Hehe.. rezeki jangan ditolak, Dee... Apalagi kalau iftar ni, biasanya masakan kampung. Gulai kampung kan sedap!

wida said...

sonoknya tengok ma..leh buka sana sini, hehe