Monday, August 22, 2011

DANA KHAS RAYA

 

17HB BARU2 NI…, Balai raya Lorong Surau  Baru dibanjiri warga penduduk setempat
Dana Khas Raya dah tiba..
Tahun ini langkah selamat diambil untuk membahagikannya terus ke cawangan2.
Walaupun dalam kumpulan kecil begini,
kalau sebut nak bagi Dana Khas Raya… semuanya tetap berlumba2
Berasak2 macam nak pecah balairaya….
Maklum…  sape yang taknak rezeki, kaaaan?

 

 

DSC02598

Mak Ngah ada, Pak Ngah pun ada…  Kak Cik dan Mak Cik pun ada! 

 

 

Bagi sesiapa yang belum tahu… Dana Khas Raya ni memang diberi setiap tahun oleh kerajaan Terengganu bagi merengankan
bebanan dan membantu setiap keluarga atau individu yang layak.
Pendapatan RM1500 kebawah dikira layak menerima bantuan ini.

Kategori terdiri dari Ketua Isi Rumah (Keluarga) RM300, Ibu Tunggal RM300, Warga Emas RM200  dan Orang Kurang Upaya RM200.

 

 

DSC02601

Mengambil hati… Datuk Wan Ahmad Farid Ketua UMNO Bahagian K.Trg…
sama2 membantu menyampaikan Dana Khas kepada penerima.

Berdiri dibelakang… sedang memerhati Cik Nortetirozie ~unik namanya, kan?~
dari unit APMT Dun Ladang

 

Tinjauan ma dari JKKK,
boleh dikatakan hampir sebahagian besar penduduk menerima dana ni…,
~begitu juga di cawangan2 lainnya~
tak kiralah yang berlaku jujur pada slip gaji dan pendapatannya atau tidak…
pokoknya…. kalau kita melihat RAMAINYA yang datang ….
DIMANA SILAPNYA KERAJAAN MASIH TIDAK MENERIMA SOKONGAN PADU DARIPADA RAKYAT?

 

 

DSC02588DSC02589

~Salam Ramadhan Al-Mubarak~ dari MB Terengganu kepada setiap penduduk menjelang Ramadhan baru2 ini…
Isiannya air zam2 dan 3 jenis kurma….
~Maaf kerana gambar kurang memuaskan…~ Jangan betulkan ‘skrin’ anda… Hehe..

6 comments:

wida said...

eh ma..saya pon dapat kurma tu.ada entrynya..tapi tak publish lagi. schedule n3..nantiknnya.

ma lagi advance rupanya..hehe

Dee said...

duit...sapa taknak ma..tak kiralah yg bagi tu pembangkang atau kerajaan..sapu bersih je...

Kamariah Awang said...

Wida: Hehehe... kalau dah sama2 dapat, kenalah sama2 buat entry tentangnya, kaaan?


Dee: Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita membalas jasa,tak gitu?

rasp said...

kalo sebut nak dpt duit...
tak kisah berpusu2 tu Ma...
adat manusia...
smoga yg menerimanya pun jujurlah kannn...

sW33tdARLiNG said...

bonus kat ofis tak dapat, bonus dana raya pun tak dapat.. tak bernasib baik btl tahun ni

Kamariah Awang said...

Rasp: Walau ramai yang tak jujur, Rasp... tapi tak kesah sebab ia tak ada kouta... Jadi tak bersabit dengan mengambil hak orang lain.

sW33tdARLiNG : Bersabarlah... rezeki ditangan Tuhan.. Tapi bab Dana Khas ni telah diikhtiarkan buat rayuan bagi sesiapa yang tercicir namanya...