Wednesday, February 17, 2010

DIKAKI GUNUNG KINABALU

WALAUPUN hanya di kakinya… tapi ma rasa amat bertuah dapat juga melihat keindahan Gunung Kinabalu dengan matahati sendiri.

1

Panorama indah selepas subuh di Hotel Mount Kinabalu Herritage.

Memang bertuah pun! Ma terpilih mengikuti rombongan Lawatan PAKK (Pusat Aktiviti Kanak-Kanak dibawah naungan Pusat Perlindungan Kanak-Kanak) anjuran Jabatan Kebajikan Negeri Terengganu pada 15-19hb Jan 2009 tahun lalu. Hari ini genaplah setahun ma mengimbasnya kembali.

Hanya kerana Pengerusinya ‘merajuk’ atas sebab-sebab peribadi.. sebagai Timbalannya, tuah itu bergolek ke kaki ma... Lain kali merajuklah lagi… Hehehe….

Kebetulan ma ada beberapa kenalan di Sabah… iaitu Datuk Dayang Mahani dan Datuk Amisah Yassin yang ma kenali ketika mereka berkunjung ke Terengganu suatu ketika dulu. Dan kami sehingga kini masih menghubungi antara satu sama lainnya.

DSC01643

Gambar kenang-kenangan ketika kunjungan Datuk Dayang Mahani dan Datuk Amisah di Terengganu. Yang bertudung hitam berbaju merah itulah Datuk Dayang Mahani dan anaknya Nor, berbaju biru.

Mereka-mereka ini sangat baik dan mesra alam orangnya. Jauh sekali nak meninggi diri bila berbicara. Malah membahasakan diri sebagai ‘kakak’ aje walaupun mereka bergelar Datuk… Tapi ma tetap menghormati mereka dan memanggil mereka dengan gelaran yang telah diperoleh.

Datuk Dayang telah menaja makan malam rombongan kami di banglonya yang tersergam indah… Satu keistimewaan Datuk Dayang, dia sangat pandai memasak. Semua hidangan lazat yang memenuhi meja pada malam itu adalah masakan dari air tangan Datuk Dayang sendiri!

Masih teringat lagi bila ma mengatakan padanya, ma menumpang tuah orang, dapat mengenali Sabah.

Tapi dijawabnya ‘mereka pun menumpang tuah u jugak kamariah… Sebab u, I sponsor makan malam ni…’

Wooow.. iye ke Datuk? Pandai betul Datuk ni mengambil hati, kan?

DSC00308

Datuk Amisah Yassin

Datuk Amisah pula adalah setiauasha politik kepada Datuk Marsidi, Exco Pelancongan Sabah… Datuk Amisah ni pun memang baik orangnya… Kegemarannya berkaroeke…

Selepas balik makan malam di rumah Datuk Dayang beliau mempelawa kami ke pusat karoeke. Kerana tak sampai hati menolak pelawaannya yang bersungguh-sungguh itu, habis semua rombongan ikut ke pusat karoeke itu. Maka ma pun mengambil peluanglah ikut mengenali bagaimana suasana pusat karoeke sebenarnya…

Hah, kalau diingat memang kelakar habis… dengan baju kurung itu jugalah kami redah masuk. Hahaha…

Bagi menangkis prasangka, Datuk ada berkata pada ma, berkaroeke adalah semata-mata hobinya untuk merelekskan fikiran setelah penat bekarja. Dia tak membuat sesuatu yang bersalahan. Dia tidak meminum arak dan tidak merokok.

Walaupun hanya ada seorang dua saja yang pandai berkaroeke dikalangan kami tapi kerana menghormati beliau, Pengarah turut juga menyumbangkan sebuah lagu. Wow, sedap juga suaranya.. ala-ala Aris Ariwatan gitu….

DSC00291

Bersama Kak Mun teman sebilik, Di kaki Gunung Kinabalu


Kerana sungguh-sungguh nak meraikan ma, Datuk Amisah telah mempelawa ma untuk pergi ke daerah Ranau dimana terletaknya Gunung Kinabalu itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu.

Ma pun meminta izin dengan ketua rombongan untuk pelepasan. Di kaki gunung, kami menginap di Mount Kinabalu Herritage.

Awal-awal lagi beliau ingatkan ma jangan tidur selepas solat subuh.

Sememangnya ketika pertukaran masa antara subuh ke syuruk itu, adalah suatu panorama yang sangat indah tak terucap…dimana kabus yang menutupinya pecah perlahan-lahan dek panahan matahari dan puncak gunung kelihatan berkaca-kaca…. Sungguh menakjubkan!

Ketika itu ma teringatkan kawan-kawan yang tidak dapat bersama-sama… tak seharusnya tempat ini tidak termasuk dalam program lawatan kami….

Udaranya pula sangat nyaman. Dibilik penginapan pun sememangnya tak ada penghawa dingin sebenarnya…!

Apalagi dengan sokongan cuaca yang elok, maka terlaksanalah hasrat Datuk Amisah mempromosi daerah Ranaunya itu….

Disini Kama mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk berdua… Terima kasih tak terhingga…. Sehingga kehari ini pun masih terbayang-bayang lagi keseronokan di Sabah.. Di Gaya Tamu.. Di Pasar Philipine.. Dan budi baik Datuk berdua akan Kama kenang sampai keakhir hayat… Semoga sillaratulrahim antara kita kekal abadi…

2

Kenangan peserta rombongan sebelum berangkat pulang meninggalkan Hotel Promenade Kota Kinabalu.


3 comments:

Dee said...

kota kinabalu, kundasang, ranau mmg menarik dan menakjubkan..dee dh smpi last year..nk pegi lagi insyaallah bila anak2 besar sikit..

sWeEtDaRLinG said...

Dee,
mak dia dah berjalan merata2... kalah anak2 yang still duk takuk lama

Kamariah Awang said...

Betul tu Dee... Ma hampir lupa nama Kundasang... Gunung Kinabalu terletak di Kundasang dalam daerah Ranau. Satu lagi tempat menarik yang ma lawati ialah Kawasan Air Panas atau Hot Spring Area... P lagi Dee, jgn xp... Kata orang jauh perjalanan luas pengalaman, kan...!