Wednesday, February 10, 2010

0139595217

AGAK-AGAK milik sape no ni? Dah semestinya ini bukan no bertuah. Tapi… harap-harap no ni akan bawa padah pada pemiliknya….

Cubalah kol. Mesti tak jawab punya. Kalau tak kedekut, cuba mesej seposen. Kata gini… Kau akan dapat nanti apa yang kau ‘cari’!

Sejak dari 8 januari, no ni masuk ke dalam handphone ma. Masa tu tengah malam, berkali-kali. Sehingga ma bosan, ma off handphone.

Subuh esoknya, baru aja selesai solat subuh, ma on hp, ingatkan ok dahlah, tapi dia miskol lagi. Berkali-kali. Sengkek betul dia ni, sampai nak kol pun tak mampu kot!

Sape ni? Ma yang kol dia… tanpa salam sebab hati dah mula panas. Tapi dia tak bersuara. Tah jantan tah betina tak taulah.

Kemudian dia mesej ma, Kak Yah ke ni?

Ini bukan kak yah, jangan ganggu…

Memang nama ma Kamariah, tapi tak ada sorang pun yang memanggil ma dengan panggilan Kak Yah. Kenapa ma nak mengaku?

Kemudian dia buat miskol lagi…

Apa hal yang awak dok buat miskol dari semalam tak sudah-sudah ni? Saya dah kata saya bukan Kak Yah. Jangan ganggu saya awak faham tak?

Musangnya (bengkengnya) Kamariah!…. Barangkali……(blablabla)………. Dia hantar sms. Dah mula buat kurang ajar! Dia tau pulak nama ma… sape sebenarnya ni?

Kamariah ni musang ada sebab! Awak sape? Dahlah muka tak nampak, orang kol pun tak bersuara!

Dia hantar mesej lagi….

Rasa geram tengok…….. (blablabla)…… lebih kurang ajar dari yang tadi.

Sakitnya hati ma, Tuhan yang tau. Rasa terhina sangat-sangat. Ma mengadu pada anak lelaki ma. Dia minta no hp. Dia kol, bs (budak setan) tu tak angkat.

Seharian hari tu, hp ma tak duk senyap. Kejap kan dia miskol, miskol dan miskol… Saranan dari anak-anak ma semuanya suruh repot polis. Dan sebelah petang 9 januari ma pergi buat repot.

Hari ni dah sebulan lebih, bs masih bebas miskol. Dia tak akan lupa miskol ma pada setiap malam Jumaat, pagi atau petang Jumaat dan malam Sabtu kadang-kadang tu sampai pukul 4 pagi. Walaupun selepas mesej biadapnya yang terakhir, ma TAK LAYAN LANGSUNG!

Ada kawan kata biarkan aja nanti dia penat sendiri, tapi nampaknya dia tak penat-penat...!

Dari hari ke hari ma menunggu pangilan dari pehak polis yang akan dapatkan maklumat no tu dari Celcom. Dah puas ma buat susulan, tapi sampai sekarang, NOTHING!

MA TAK DAPAT JAWAPAN SEBENARNNYA KENAPA PEHAK CELCOM BOLEH BEGITU LAMBAT MELAYAN PERMINTAAN DARI PEHAK BERKUASA SEPERTI POLIS? ATAU DIA INGAT INI KES REMEH TEMEH, TAK PAYAH PEDULI?

Ada seorang polis wanita, apabila dia membaca mesej itu, dengan simpatinya menasihati ma supaya memasang lagu yang sedap-sedap pada panggilan bs, supaya kita dapat menukar perasaan marah kita itu agar kita jadi terhibur… Mungkin idea itu boleh dipakai….

Tapi.. walaupun orang nampak kes begini tak serius, orang yang merasa cukup terganggu dan terhina sebenarnya…

Tolonglah bagi idea macamana nak buat pada bs ni!


12 comments:

sWeEtDaRLinG said...

Laaa dia duk call lagi ker? ermmm, kena mintak tolong orang2 Celcom laa camni....

BYZURA RAZALI said...

masih ade lagi org mental mcm nih...sabar yer kak. ignore saje dia.

Dee said...

siannya ma..buat derk jelah ma..nti mmg dia stop tuh..

Kancilbiru said...

ma, saya penah dapat panggilan video lucah.. then buat report polis. mmg lembap. sy kol marah sekali terus cepat pulak..hehe.. mmg dapat orgnya tapi dia taknak ngaku. so malas nk panjang ceta sbb masa tu dah kahwin, so setel luar mahkamah. so skrg dah ok.... ma tak bleh biarkan.

Aus MeLankoLik said...

owh..xyh reot polis pun xpe..
teros je call celcom center..
tanye dekat situ..
dlu member pernah try..
boleh je..
try la kol terus ke celcom center ok.

Isteri kepada Suami said...

kak!! saya pun penah kene...laki org lagi yang buat cmnih..

ape kate akak try minta block no die dari call atau sms akak..

regards,
Triplesmiley

Anonymous said...

kak.. saya terbaca entry nih secara tidak langsong. saya lelaki.. dan selalu kena kacau. sebijik macam akak. kadang-kadang saya jadi marah yang teramat sangat. macam-macam cara dia kacau saya. last-last saya buat tatau jek. lagi di layan. lagi ge natang wek mok je orang tuh. so.. saya wat bodoh sambil makan jagaung ler.

pasal celcom

saya cukop menyampah dan benci bile dengar nama celcong. apa tak nye.. servis tak segah ngan nama nye. celcong memang cam tuh. takan layan kalau si pengadu tak call bertalu-talu + maki hamun.

the point is.. akak wat bodoh jekk.. tak pong. akak tukar no telepong.

yang benar
jejaka melayu terakhir

Anonymous said...

Dulu saya selalu dapat call macam ni. Cakap merepek-repek. Tiap kali dia call saya angkat, tapi tak layan. HP tu saya letak dalam almari biar padan muka dia nak bayar bil/topup. akhir sekali saya tak tahan sama sms, saya tanya "masa dia lahir dulu bapak dia lupa nak azan ke, perangai mcm "syaithon" ni. Lepas dari tu dia tak call.

sWeEtDaRLinG said...

hahaha.. mak, cuba bagi sms macam anonymous ni cakap.. manalah tahu kan, menjadi plak...

cikmin said...

salam kak..cikmin pun ada 2 no ni yg dok kol tp bila angkat xmo jawab..lelama buat donno jek..dah sebulan 2 no yg sama dok kol..malas nak layan..bila kita kol dia x jwb..sms pun dia x jwb...so far xde pulak dia anta smm ckp bukan2..lantak lah...

www.cikmin.com

suriaamanda said...

Salam Ma,

saya rasa better ma tukar jer no..dari sakit kepala x tentu pasal, ada lak yang dapat darah tinggi kang.

Kamariah Awang said...

Insya Allah, mudah2an xlah sampai terkena drh tinggi kot... Tapi ma ni susah nak tukar no. Ma berniaga, no hp memang kena pamer... T.kasih semua..