15 hb Julai….
Pejabat Penyelaras DUN Ladang, K.Trg dikunjungi seramai hampir 40 orang
yang dipilih bagi menyertai kelas Kraf Kreatif anjuran WANITA Bahagian Parlimen K.Trg.
Ketika muda2 dulu memang masa ma banyak dihabiskan dengan aktiviti sulam menyulam dan kait mengait.
Tapi sekarang, ‘dunia seni’ itu dah lama ma tinggalkan…
Dah ‘tak sesuwaaaaii’ gitu….!
Semasa ma ditawarkan untuk ikut serta kursus ni,
hati tertanya2… boleh ke ma buat kerja2 halus atau seni tangan ni?
Kerja2 begini perlukan kesabaran.
Sedangkan ma ‘hari ni’, segala kerja yang ma buat, selalu nak kejar masa dan nak cepaaaat ajeeeee….! Hihihi…
Okey, layan gambar2 yang ma snap ni….
Muqaddimah…. Puan Ramlah Abas.
Sessi memperkenalkan tenaga pengajar dan para pembantu.
Bilik mesyuarat digunakan untuk kelas pembelajaran.
Penuh.. macam tak cukup kerusi…
Hampir 40 orang peserta.
Peralatan yang disediakan dan diberi secara percuma pada para peserta.
Tertera tanda harganya RM20, sebentuk jam tanpa tali dan
2 bungkusan berisi kristal yang berlainan warna dan bentuk.
Sessi pagi dimulakan dengan menjalin kristal untuk tali jam.
Nampak tekun… tapi…
Boleeeeh keeee?…. Terkial2 nampaknya….
Dah siap sebelah… Lupa pulak step…
Baru sekejap dah lupa…
’Cikgu.., tolong, cikgu..’
Tinggal nak matikan tali tangsinya aje…
Kalau silap buat, habis semuanya terlerai nanti…
Dah siap…!
Kata cikgu harga dipasaran RM150. Sehari dia boleh penyiapkan 6 utas.
SELESAI SESSI PAGI, sessi kedua disebelah petangnya peserta diajar buat brooch pulak….
Ini alatan2 yang dibekalkan… kepala brooch, beberapa biji kristal, 1 headpin,
5 i pin dan 5 ring.
~Dah belajar baru tau apa nama2nya. Hehehe…~
Head pin digunakan untuk cucuk kristal yang paling bawah sekali tu..
Kemudian i pin digunakan untuk kristil selanjutnya, selepas kita gunakan ring.
I pin yang panjang tu, kena kerat ikut kesesuaian size dan bengkokkan untuk dimasukan ring yang lain.
Buatlah sampai berapa panjang pun.
Senang sangat2…..
Dah siap… Brooch tu dijual dengan harga RM8.
Alaa, pakai teruslah!
Tak sabarnya… Hehehe….
~Sibbaik pakai terus, sempat jugak pakai sekali.
Sampai aje kat rumah terus Mira kidnap!~
6 comments:
wah bestnya kalau dapat join aktiviti camni..tapi mesti kena ada kesabaran kan..
iz ni jenis x sabar la...susah2 iz campak jer..hehee
meh ajar orang buat!~~
kreatif gk ma kan..kalo wai la mmg tak la kan..hehehe
IZ :Hahaha... kat mana agaknya iz nak campak tu?
SD : Boleh ajar, tapi nak ingatkan balik step dia, kena slow2la sikit.
WAHIDAH : Kalau dah buat, menarik jugaklah, Wai. Nanti boleh cuba..!
rasp suka kalo dpt join aktiviti gini...sbb minat walopun tangan keras hehehehe...
untungnya Ma dpt join....
rasp : Ma banyak join aktiviti persatuan kerajaan dan NGO. Sajelah suka2 berkawan kan?
Post a Comment