Thursday, July 21, 2011

SEHARI DI PROGRAM KRAF KREATIF

 

15 hb Julai….

Pejabat Penyelaras DUN Ladang, K.Trg dikunjungi seramai hampir 40 orang
yang dipilih bagi menyertai kelas Kraf Kreatif anjuran WANITA Bahagian Parlimen K.Trg.

Ma adalah salah seorang daripadanya…
Ketika muda2 dulu memang masa ma banyak dihabiskan dengan aktiviti sulam menyulam dan kait mengait.

Tapi sekarang, ‘dunia seni’  itu dah lama ma tinggalkan…
Dah ‘tak sesuwaaaaii’ gitu….!

Semasa ma ditawarkan untuk ikut serta kursus ni,
hati tertanya2… boleh ke ma buat  kerja2 halus atau seni tangan ni?
Kerja2 begini perlukan kesabaran.
Sedangkan ma ‘hari ni’, segala kerja yang ma  buat, selalu nak kejar masa dan nak cepaaaat ajeeeee….! Hihihi…

Okey, layan gambar2 yang ma snap ni….

 

DSC02435
Muqaddimah…. Puan Ramlah Abas.
Sessi memperkenalkan tenaga pengajar dan para pembantu.

 

DSC02446
Bilik mesyuarat digunakan untuk kelas pembelajaran. 
Penuh.. macam tak cukup kerusi…
Hampir 40 orang peserta.

 

DSC02442Peralatan yang disediakan dan diberi secara percuma pada para peserta.
Tertera tanda harganya RM20, sebentuk jam tanpa tali dan
2 bungkusan berisi kristal yang berlainan warna dan bentuk.

 

DSC02447Sessi pagi dimulakan dengan menjalin kristal untuk tali jam.

 

DSC02449Nampak tekun… tapi…
Boleeeeh keeee?…. Terkial2 nampaknya….

 

DSC02450Dah siap sebelah… Lupa pulak step…
Baru sekejap dah lupa…
’Cikgu..,  tolong, cikgu..’

 

DSC02452Tinggal nak matikan tali tangsinya aje…
Kalau silap buat, habis semuanya terlerai nanti…

 

DSC02455Dah siap…!
Kata cikgu harga dipasaran RM150. Sehari dia boleh penyiapkan 6 utas.

 

SELESAI SESSI PAGI, sessi kedua disebelah petangnya peserta diajar buat brooch pulak….

 

DSC02458Ini alatan2 yang dibekalkan… kepala brooch, beberapa biji kristal, 1 headpin,
5 i pin dan 5 ring.
~Dah belajar baru tau apa nama2nya. Hehehe…~

 

DSC02461Head pin digunakan untuk cucuk kristal yang paling bawah sekali tu..
Kemudian i pin digunakan untuk kristil selanjutnya, selepas kita gunakan ring.
I pin yang panjang tu, kena kerat ikut kesesuaian size dan bengkokkan untuk dimasukan ring yang lain.
Buatlah sampai berapa panjang pun.
Senang sangat2…..

 

DSC02463Dah siap… Brooch tu dijual dengan harga RM8.

 

DSC02465Alaa, pakai teruslah!
Tak sabarnya… Hehehe….

~Sibbaik pakai terus, sempat jugak pakai sekali.
Sampai aje kat rumah terus Mira kidnap!~

6 comments:

~iz~ said...

wah bestnya kalau dapat join aktiviti camni..tapi mesti kena ada kesabaran kan..

iz ni jenis x sabar la...susah2 iz campak jer..hehee

sW33tdARLiNG said...

meh ajar orang buat!~~

Wahidah said...

kreatif gk ma kan..kalo wai la mmg tak la kan..hehehe

Kamariah Awang said...

IZ :Hahaha... kat mana agaknya iz nak campak tu?

SD : Boleh ajar, tapi nak ingatkan balik step dia, kena slow2la sikit.

WAHIDAH : Kalau dah buat, menarik jugaklah, Wai. Nanti boleh cuba..!

rasp said...

rasp suka kalo dpt join aktiviti gini...sbb minat walopun tangan keras hehehehe...
untungnya Ma dpt join....

Kamariah Awang said...

rasp : Ma banyak join aktiviti persatuan kerajaan dan NGO. Sajelah suka2 berkawan kan?