PERNAH pergi ke JAKEL SEGAMAT?
Hujung April lepas, semasa ma ke Melaka, o.t.way balik ke Terengganu, kami dibawa singgah ke Jakel Segamat .
Memang meriah kedai tu…, jualan langsir pun murah2 yang dilelong dikenopi luar kedainya.
~ma tengok langsir tu, okey jugak walaupun kain jenis lama… ada yang semeter RM4.. RM2 pun ada… ~
Che Bunga berkenankan sepasang kain yang ada permata. Harganya sepasang RM120. Bila ma pegang aje, penjualnya (Nora) terus offer ma.. Katanya
kalau beli 2 pasang cuma RM180 aje.. maknanya sepasang RM90.
Kesiankan Che Bunga yang mengharap… ma pun ambillah sepasang.
~Balik dirumah Mira marah, katanya permata tak berkilat pun… macam pelastik.. mahal… n blablabla…~
Selepas tu, Nora salesgirl bawa ma ketempat lain.
Dia nak offer kami dengan harga lelong pulak.
Dia panggil seorang pekerja lelaki dan mula melelong.
Ma diberitau oleh Nora lelongan tak lama, cuma beberapa minit aje. Jadi kalau nak, kena cepat2.
Lelong… lelong… lelong…
Kain sepasang RM60 kalau beli 2 pasang RM100…
~begitulah lebih kurangnya lelongannya~
Dek kerana terpukau dengan kata2 Nora…'kalau nak kena cepat’ tu..
seolah2 macam tak sempat berfikir …
Ma terus berpakat lagi dengan Che Bunga beli 2 pasang!
Tak kesahlah tu…
REZEKI JAKEL SEGAMAT… Apalagi, corak kain tu pun agak menarik jugak. Kena pulak KEBIKJAKSANAAN SI NORA memang MEMIKAT HATI ma…
Tapi…
baru2 ni ma ke Dewandas K.Trg.
Ma ternampak kain yang sama … tergantung dengan harga
cuma…
RM35 ajee….
Alahaaaii… terkantoilaah rupanya ma ni????
Hehehe… 17hb-19hb Julai ni ma ada kursus lagi di Melaka…
Kali ini kalau rombongan singgah lagi ke JAKEL SEGAMAT,
nampaknya ma KENAlah LEBIH BERHATI2…
5 comments:
sbb tu dee tak shopping di jakel..hehehe..jalan TAR sudah..
Ma, suami Rasp org Segamat...
so selalu lah balik segamat tu...
tapi terus terang cakap...
rasanya setahun sekali pun lum tentu Rasp ke Jakel...
bukan sbb apa...
dorang tu suka dan pandai 'menjual'..
mesti termakan kata2 dorang...
lepas tu, balik rasa cam 'lahai, apsal lah tak kuat semangat kata 'no'" gitu...
kena bijak memilih & membuat keputusan tanpa 'termakan' dgn kata2 SA tu...
Dee & Rasp : iyelaah... Lain kali kalau pi ke Jakel Segamat tu, kena bawak ayat2 pertahankan semangat..Hehehe...
Saya lebih suka membeli di Gulattis.Pernah pergi window shopping kat Jakel tapi harganya agak berbeza.
dah lama x gi jakel...slalunya gi beli kat nilai @ pasar mlm jer...
Post a Comment