Saturday, July 23, 2011

LEMBU SAPE LAH TU..!

 

MALAM tu ma dikejutkan dengan suara orang memberi salam.
Hakim yang kebetulan ada dirumah, keluar dan melayani.
Agak riuh jugak, ma pun bertanya apa masaalahnya.

Rupanya, sipemanggil tu sedang mencari seekor lembu yang dilihat orang bersembunyi dibawah rumah ma…

Apa kenanya…, lembunya terlepas tambatan atau apa?
Beberapa kali dia bercerita, bila Hakim terangkan
baru ma faham kedudukan.

Lembu tu dah melanggar keretanya yang sedang dipandunya diatas jalan.
Katanya keretanya tu remuk teruk jugak.
Jadi dia nak cari lembu tu, nak cari tuannya pulak, dan nak minta gantirugi.

Si Hakim pun rasa kesian, terus bersama2,
terhendap2 dibawah rumah yang gelap.
Dengan bantuan touchlight yang dibelinya, dia pun jumpalah lembu tu.

Agak ganas jugak nampaknya lembu tu masa ditarik keluar….
Si Hakim yang dah sememangnya tak biasa dengan ternakan,
terhoyong hayang  mengikat tali lembu tu pada pokok matakucing dibelakang rumah ma.

Hakim suruh ‘mangsa’ tu masuk kedalam kampung, cuba tanya pada budak2 muda yang suka melepak dibangsal burger.
Mana tau budak2 kampung yang suka melepak ni  kenal sesiapa yang ada membela lembu….

Sekejap lagi, datanglah orang melihat lembu tu….
tapi tak mengaku pulak itu lembunya.

~Ma rasa kalau betul dia punya pun, nak nahas ke mengaku?
Tak pasal kena ganti kerosakan kereta orang! Hahaha…~

Semalaman jugaklah lembu tu tidur kat belakang rumah ma.
~Mesti dia ingat hotel manalah ni agaknya….~ Hihihi…

 

DSC02414Lembu dipagi hari…
Nampak segar, tapi ada ‘tumfuk2 tahi untha’
Dalam hati ni… kesian Muhammad Zikri…. Dah tentulah dia yang ‘kena’..

 

DSC02420

Bila tak ada yang mengaku… untuk menggantikan kerosakkan keretanya, dia mengambil keputusan menjual lembu tu.

 

DSC02421Ingat orang pas U aje profesional? Pembeli lembu pun profesional jugak tau!
Begitu terkial2 Hakim nak tarik tali lembu tu semalam,
pagi ni macam kena pukau lembu tu ditarik naik kedalam lori…

 

DSC02422Menjadi mangsa keadaan… 
Ma rasa kurang2 harganya RM5-600, tapi cuma dibayar RM200 aje… 
Apa nak buat…. tersesak + ambil kesempatan.

Dibaginya Muhammad Zikri RM10… ~faham2 ajelaaaah~
Tapi…. alhamdulilah bukan dari duit yang 200 tu….
Duit lain,
duit dari koceknya…..
Takut jugak tershabit….
Tah lembu sapelah tu, kan?

12 comments:

wida said...

biasa kalau jd kes cam ni..mmg tuan lembu x mengaku punya ma.

hani@debumelukut said...

Ini kes tuan lembu sama IQ dengan lembu nya...dah tau pelihara lembu tu, jagalah jgn nyusahkan org lain.

ﮐذﻣﯥﺮﺍﭬﮐﺎﺮ said...

mak2, gambar last sekali ada muka anuar pok bong, glemer nuar masuk tenet.. hahahaha

Zaitun said...

Kesian kat lembu tu sebab tuannya tak mengaku dia yang punya.

Ahmad Loqman said...

cantik jugak lembu ni ye.. kalau simpan lagi satu bulan, boleh disembelih buat rendang daging di hari raya.. daging fresh abis..

wahida said...

haha!! tak nak ngaku lembu dia kan dah kena jual!!

apalah, jaga la elok2 lembu tu, byk kali dah kes xcident mcm ni...huhu...

Kamariah Awang said...

WIDA : Dari awal lagi ma dah kata, nak cari tuan lembu tu, boleh aje.. tapi jangan harap sangat, mesti tuan tak mengaku punya... hehehe...!

Kamariah Awang said...

hani@debumelukut : Biasanya gitulah Hani... Pandai bela aje, tapi tak pandai nak jaga...

Kamariah Awang said...

Kazmiera Afkar : Nuar pun nak tumpang glamer jugak... Heehehe..

Kamariah Awang said...

Zaiton : Iyelah, Zai...Kesian tuan dia tak mengaku. Sibbaiklah lembu tu lembu... Agak2 dia kecik hati tak? Hahaha....

Kamariah Awang said...

Ahmad Loqman : Hahaha, kalau buat rendang, baru berbaloi ye man..!

Kamariah Awang said...

Wahida : Betul tu, Wahida... Sibbaik xciden tu tak jejaskan tuan kereta, cuma kereta aje kemek... Kadang2 tu kita dengar sampai bawak maut orang dibuatnya..!