2hb Julai yang lepas...
DUN LADANG menerima junjungan MB Terengganu....
Lawatan sehari MB ke 22 peti undi diraikan dengan pelbagai acara.
Peti Undi Pasir Panjang selaku tuan rumah
menempatkan Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
bagi mempersiapkan makan tengahari dan acara kemuncak
pembahagian bantuan cermin mata dan cabutan bertuah.
Deretan kenopi dengan pelbagai acara
termasuk Pemerikasan Kesihatan, Daftar Pemilih SPR,
siaran Langsung RTM K.TRG dan banyak lagilah…
Memperuntukkan 3 buah kenopi untuk ‘air tangan’ WANITA
dalam pelbagai ketegeri pertandingan.
Hahaha… upah burger seorang sebiji…
tugas ma untuk mempersiap label kategeri pertandingan
dibereskan dengan pertolongan kawan2 Yana…
Barisan petugas dibawah kenopi WANITA… Hihihi
Tak ketinggalan… nak posing jugak…
Lebih kurang jam 9 pagi,MB sampai ke gerai WANITA untuk meninjau
acara pertandingan. Disebelah kanan Datuk Wan Hisham (Naib Ketua
Bahagian UMNO K.Trg.)
Tak ketinggalan Toh Puan Norliza Mahmud (isteri MB) ditemani
Toh Puan Wan Hasnah (isteri Naib Ketua Bhgn),
sebelum membuat lawatan ‘ industeri’ Songket
yang dihasilkan Ibu2 Tunggal di Kampung Pasir Panjang.
MASAKAN LAUK ~ Kerabu Mangga ~
MASAKAN KUEH TRADISIONAL ~ Kasidah ~
Aneka Puding……
Kreatifnya…. Kacang panjang dijadikan bakul…
Yang ni best…! Ketupat Sotong…!
Amboi… tak kesahkan orang… Cik Pah!
Sedang mempersiap Gubahan Asam Garam.
Menarik….
Sayangnya sekarang ni dah jarang dijadikan hantaran lagi…
GUBAHAN BAHAN TERBUANG/KERING
Dapat juga tempat ketiga…
Su Tijah ~panggilan manja anak2 ma~
Nanti Kak Ma hantar bunga untuk Jah gubah, boleh…?!
Boleh…! katanya…
Gubahan Buah… Tempat Pertama.
Secantik tuannya……
Tempat pertama Gubahan Kain…
Memang meriah… Kanak2 dengan bola sepaknya…
Acara kemuncak…. Pembahagian Bantuan Cermin Mata kepada 200 orang
warga 45thn
ke atas yang layak menerima…..
Dan….
Cabutan Bertuah… Antaranya Mesen Basuh dan Tv.
Yang kelakarnya… kedua2 hadiah ini dimenangi oleh budak sekolah rendah…!
4 comments:
Terliur tengok makanan yang dipertandingkan.Gubahan pun sungguh menarik, cantik2 belaka.
akak org kuat Wanita yer..dulu masa duk setiu...sya join gak puteri & belia...skrg bila dah moved to Putrajaya & dah ade baby ni x sempat la...sonok join diaorg
meriahnya aunty :) seronok kalau dapat join ni..
Zaitun : Memang terliur.. tapi yang dapat rasa cuma pengadil2 ajee.. hihihi...
Intan Morsalin : Ma ni jenis suka berkawan.. Maklum duduk ditempat orang, tak berkawan takut jadi kera sumbang..! Hahaha...
Lily Lotus : Memang meriah,Lily.. Ma join macam2 persatuan, NGO pun ma join juga. Janji tak boring! Hihihi...
Post a Comment