HARI NI seharian hujan… Tak berhenti2…. Ma rasa mungkin melarat sehari dua lagi kot… Agaknya inilah tanda2 kita dah hampir dengan musim tengkujuh….!
Alahaaaiii…, kalau hujan2 gini sedapnya kalau dapat berselimut rapat2... Hehe…
Tapi hati2 jangan terlalu ikutkan sedap tidor aje, nanti semua urat saraf jadi sakit dan sengal….!
Nasib baiklah semalam tak hujan…..
Anak2 saudara ma (anak kak Peah) dari JB yang mengikuti Program Jelajah 1 Malaysia dengan misi “Membenteras Pembuangan Bayi” bersama lebih 80 buah superbike yang lainnya, singgah untuk makan tengahari di Komlplek Belia Dan Sukan di Pasir Panjang.
Kerana dah hampir sangat dengan rumah ma, mereka berempat bersama rakannya sepasang suami isteri ‘menghilangkan diri’ sekejap untuk makan tengahari dirumah ma….
Mereka berlepas dari KB pada jam lebihkurang 12.00 tenghari dan sampai di Kuala Terengganu jam 2.30 petang, sebelum meneruskan perjalanan ke Cherating dan bermalam disana…., setelah beberapa hari singgah disetiap negeri bermula dari Johor Melaka, Selangor, dll sehingga ke Kelantan, Terengganu dan kembali melalui Pahang.
Mereka juga masuk ke beberapa buah Universiti untuk disampaikan kepada remaja2 sebagai sasarannya misinya. Mengikut maklumat yang diberi Penyanyi Fauziah Latif telah dilantik sebagai Duta bagi program tersebut.
Jelajah 1 Malaysia dengan misi Membenteras Pembuangan Bayi
Cuba tengok pic niii…. Pasangan yang disebelah kanan tu… Aidil dan Fazrin anak kak Peah yang ke4. Dah berumah tangga lebih setahun tapi belum punya anak. Sesuaikan dengan misi ni?
Jangan dibuang bayi tak berdosa tu…. Bagi aje pada Yin, katanya!
Yang disebelah Mira tu.. Fadil…. anak sulung kak Peah. Isterinya yang berbadan langsing berbaju hitam tu…..
Daaaaan…. tabik spring pada pasangan berdua yang dah standby bertenggek diatas superbike tuuuu…!
Isterinya yang dipanggil Mak Siti… berusia 53 tahun siiiih…! Memang hebat! Cayalah…..! Usia bukan penghalang untuk berkongsi minat bersama suaminya….
Begitu juga pada kedua beradik anak2 saudara ma itu…. Bahagianya nampak mereka berkongsi minat yang sama…
Cuma hati2lah yeee… Jangan tertidur atas superbike tuu…. Bahaya! Semoga Allah s.w.t melindungi kalian….
2 comments:
yang lagi 2 orang belah kiri baju hitam & biru tu siapa, penyibuk ker...?? kekekkeke
bagus tul niat misi tu Ma...
tul tu, dari dibuang bayi tak berdosa...
apa salahnya lepas lahir, terus beri pada mereka2 yg nak ambil anak angkat kan...
bagi kat rasp pun rasp nak...
Post a Comment