Friday, October 22, 2010

KAYANYA BAHASA KITA KENAPA DIMISKINKAN?

ADA 26 huruf …

Tapi ada  kelebihannya dalam abjad Bahasa Melayu kita….

Kelebihannya kita mempunyai 2 E. Kalau zaman ma bersekolah dulu, kita sebut E yang satu lagi tu sebagai E tanda. Dia ada colet sikit diatasnya…  Jadi abjad dalam BM kita yang sebenarnya 27.

Takkan tak tau kot… Sajalah ma nak tunjuk pandai!  Mesti ada yang  kata ma ni perasaaan….!

Dan bunyi kedua2nya  memang berlainan….

Contohnya… seperti ini… R.E.N.D.A.N.G…

RENDANG

Dengan mengunakan E tanda…   menjadi RENDANG ….  sejenis makanan.

Ejaan yang sama tapi bunyi dan maksud yang berlainan….

Dalam setiap penulisan cukup sekadar kita menggunakan E biasa, dan pandai2 kitalah melagukannya mengikut kesesuaian perkataan  dan maknanya…  

Tapi…… Kenapa…..?….  Bila ada seseorang bertanya awak tinggal area mana?

Dijawabnya SENTUL…. 

Setahu ma kalau dulu2 orang menyebutnya….  macam nama sejenis buah…! 

Tapi sebutan SENTUL itu sekarang, sudah tidak mempunyai makna lagi, jauh sekali kalau mau digambarkan….!

Daaaan…..

Perasan tak…. ada satu lagu yang sedang hit sekarang ni… menyebut perkataan RENGGANG…  macamana…?

Aduuuiii… sayangnya…. Lagu ni sedap dan ma memang meminati Suhaimi Mior Hassan dari zaman 80an dulu….

Teringatlah suatu ketika dulu penyanyi Norshila Mohd Amin pernah tersalah  sebut dalam lirik lagunya yang sepatutnya berbunyi TERCATAT DIDALAMNYA…. tetapi disebutnya TERCACAT DIDALAMNYA..

Kerana itu telah mengubah nasib lagu itu yang seharusnya menjadi juara…..

Mudah2an Suhaimi dan Ana Raffali tidak menerima nasib yang sama….

4 comments:

Dee said...

betul tu ma..lain sebutannya lain dah maksudnya..

rasp said...

betul apa yang ma tulis nie....
sebut biar betul & jelas kan...

sW33tDaRLinG said...

bak kata p.ramlee...
"lainkali sebut biar terang"

Wahidah said...

bahasa melambangkan bangsa seseorng..tp rsnya skrang ne mcm bahasa kite semakin byk yg 'broken'..mcm english broken pulak..bahasa melayu pun di broken kan..:)