DAH menjadi kebiasaan ma…, selalu ketinggalan keretapi….! Apa tidaknya, surat khabar hari Ahad lepas, baru aje ma baca petang tadi…. Tapi dah kerana minat membaca, walau surat khabar semalam, bab baca tetap baca. Tau jugakah berita walau tak terkini, walaupun terlambat sehari dua…
Dah meninggal rupanya isteri bekas Perdana Menteri Singapura. Lee Kuan Yew. Kwa Geok Choo, isteri Menteri Mentor Singapura itu meninggal ketika usianya 89 tahun, kerana sakit angin ahmar yang teruk, sampai tak boleh bergerak dan bertutur selama 2 tahun.
Ma pernah berjumpa secara berdepan dengan beliau, ketika ma dalam darjah 1 di Sekolah Melayu Siglap, di Singapura. Ketika itu beliau menemani suaminya Lee Kuan Yew membuat lawatan ke sekolah berkenaan, sempena kemenangan dan pemerintahan PAP pada tahun 1960.
Sesuai dengan karektor Saudara Lee Kuan Yew (LKY tidak mau dipanggil Encik kerana panggilan itu tidak menampakkan kemesraannya terhadap rakyat, begitu katanya)…. Beliau memang nampaknya seorang yang mesra alam dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan disampingnya ialah seorang isteri yang lembut, yang kelihatan sememangnya lebih dewasa dari usia suaminya itu.
Apa yang nak ma bangkitkan dalam entry ma ini ialah sikap dan kasih sayang LKY sepertimana yang tertulis dalam temuramahnya dengan penulis akhbar ini….. dimana katanya…
Penderitaan isterinya ketika sakit adalah antara perkara yang paling sukar dihadapinya. Beliau tidak mudah menyerah kalah. Kehidupan harus diteruskan. “Namun ketika detik berlalu saya teringatkan kenangan manis semasa kami bersama…..”
Apa yang lebih menarik, meskipun isterinya tidak dapat bergerak dan bercakap, LKY masih terus berkata2 dan bercerita tentang kerja2 hariannya pada isterinya itu. Isterinya memahami setiap apa yang diceritakan dan …. Beliau juga membacakan puisi kegemaran untuk isterinya itu….
Kita ‘ketepikan’ kemarahan rakyat Malaysia kepada LKY… Secara peribadinya ma rasa kagum dengan sikapnya sebagai seorang suami yang setia dan penyayang.
Bertuahnya seorang isteri yang melalui saat2 akhirnya bersama seorang suami yang memahami.
Ketika bercinta kot…..
Cinta sejati hingga akhir hayat….
2 comments:
cinta yg hingga ke hujung nyawa..yg itu sy tabik..
Post a Comment