SEBUT Pulau Warisan, ma teringatlah… maka bertambahlah satu lagi PULAU di Kuala Terengganu ni…
Jangan terkejut kalau ma katakan, di Kuala Terengganu ni, terlalu banyak pulau yang letaknya di darat… maksud ma BUKAN DIKELILINGI AIR.
Selain dari Pulau Ketam dan Pulau Duyung yang telah di’darat’kan @ dihubungkan dengan terbinanya Jambatan Sultan Mahmud, yang mana pada suatu ketika kedua2 pulau tersebut duhulunya, sememangnya tidak dapat dilalui kenderaan bermotor kerana terpisah antara tanah besar dengan Sungai Terengganu.
Tapi ada pulau2 seperti Pulau Musang, Pulau Rusa, Pulau Kambing, Pulau Kerengga, Pulau Bahagia…. (sekadar menyebut beberapa nama. Mungkin ada beberapa nama lagi yang ma tak terlintas…)
Tahu tak kalian, semuanya itu letaknya didarat?
Maaflah ma tak sediakan pic untuk menyokong entry ni… Tapi silakan ziarah Kuala Terengganu… dan lihat sendiri. Kita akan menemui lebel @ sign board dimana ketika kita sampai ketempat2 yang ma katakan itu.
Ma tak pasti apakah istilah PULAU bagi orang2 Terengganu. Jangan marah orang Terengganu….
Dan ma sedang mencari2 apa sebabnya Pulau Warisan itu dinamakan Pulau juga, sedangkan ianya ditambak (orang Terengganu kata ‘tambun’) dari tanah rata sepanjang tepian muara sungai Terengganu. Dan boleh aje kalau kita katakan dia lebih ke arah telah menjadi daratan. Daratan buatan….
Ma rasa lebih sesuai kalau dinamakan DARATAN WARISAN.
Ini hanyalah cadangan dalam ilham ma yang tak masuk dalam mesyuarat…
2 comments:
mmg byk pulau kt ganu..tp pulau yg dikelilingi air lautlah yg paling cantik especially kt ganu..
bila difikirkan camni, memang betul kata ma tu...
tak sesuai dinamakan 'pulau' kan...
Post a Comment