PERNAH TAK kalian melihat bangunan yang hanya menyerupai ‘rangka’ sahaja begini?
Letaknya betul2 ditengah2 bandaraya K. Terengganu.
Bangunan yang masih belum siap sepenuhnya ini agak mengejutkan juga kerana inilah pertama kali ma melihatnya.
Mungkin juga ma yang ketinggalan … atau terlepas pandang adanya bangunan sebegini, di KL, JB maupun di Singapura.
Apapun…
Pembinaannya memang menepati keperluan ramai.
Kalau nak tau, dulunya tapak pembinaan bangunan ini asalnya adalah sebuah kawasan padang parkir kereta.
Sudah tentu muatannya agak terhad…
Kadang2 2 3 kali pusing pun tak dapat nak masuk kerana dah penuh.
~Ma selalu menggunakan khidmat anak2 dengan menunggu didalam kereta aje untuk mereka turun menyelesaikan tugasan bank atau lain2nya. Daripada susah mendapatkan parkir…, nak tinggalkan kereta sembarang nanti disaman Majlis Bandaraya! ~
Mungkin kesulitan meletak kereta di bandaraya K. Terengganu dapat diatasi dengan adanya
PARKIR RAKSASA
ini….
Tapi ma masih belum dapat membayangkan bagaimana caranya ia beroperasi nanti…..
Bagaimana kereta dimuatkan dan diangkat dari setingkat ke setingkat.
Insya Allah kalau dia dah mula beroperasi nanti, ma akan cuba videokan untuk kalian.
Tapi… tak mustahil kalau kalian dah melihatnya dimana2 …! Tapi dimana tuu yeer?!
4 comments:
x sabar nk tunggu bila parking ni boleh diguna..sbb smpai skrg x leh imagine cam ne benda tu b'fungsi..kn?
ngeri pun ada tgk..hihihi
kalo tak silap i,
kat kl nie ada kat satu bangunan tu...
tapi lupa laaa bangunan mana, menara GM kot......
apa2 pun i lum pernah guna lagik parkir gini...
pernah tengok di bangunan depan coronade hotel..x tinggi..tapi bertingkat-tingkat beginilah..
Post a Comment