BESOK adalah hari penentuan bagi kemenangan calon2 yang terpilih bagi mewakili parti masing2 pada 2 tempat yang berasingan iaitu di DUN Galas, Gua Musang dan di Parlimen Batu Sapi, Sandakan.
Siapa yang menjadi calon bagi kedua2nya jangan ditanya… ma tak berapa pasti. Tapi yang ma tau dikedua2 tempat itu ada Pilihanraya Kecil…..
Perang poster… Pic ikhsan dari Google.. Tq.
Ma ada sedikit pengalaman tentang pilihanraya kecil ditempat ma pada 2008, kerana kembalinya ke rahmatullah Ahli Parlimen K.Terengganu, Datuk Razali Ismail.
Bagi ma Pilihanraya Kecil ni sangat menarik, meriah dan sesuai juga dikatakan kemeriahannya macam nak menyambut Hariraya…!
Kenapa ma kata macam Hariraya… kerana disetiap markas, disetiap peti undi, selain dari kelihatan orang berkumpul beramai2 untuk menyokong parti masing2…. ada2 saje acara makan2nya. Pendek kata macam2 makananlah..!
Pemimpin2 kanan, orang2 besar kenamaan, orang2 atasan tua muda, lelaki perempuan berbilang kaum datang membantu memberi sokongan moral dan untuk berkempen bagi meraih undi.
Kelam kabut, singgah dalamasa beberapa minit aje disetiap peti undi. Nasibbaik Mira sempat juga snap pic ni…. Blur sikit, tak apa… Ori…!
Datuk Shahrizat …. Mesra alam orangnya….
Serius berbincang….Datuk Seri Hishamudin dan Datuk Dayang Mahani dari Sabah.
Ma pun ambik kesempatan…. menyebok sebenarnya, kerana nak tengok pemimpin2 kita dari dekat….
Ma memang suka sangat kalau dapat berjumpa dengan orang2 fofulaar ni…. ! Kikiki….!
Bukan senang nak jumpa mereka2 ni, betul tak? Kalau tak ada sebab musabab kita pun rasa segan nak jumpa mereka.
Tapi…. dengan pilihan raya kecil niii…. semuanya akan datang menemui kita…..
Sudah semestilah dia datang untuk memancing undi …!
Tak kesahlah tuuu… Itu perkara biasa…! Lagi pun, best kan gitu…!?
Cuma … gunakan kewarasan kita berfikir dengan minda yang terbuka….. Tiada paksaan untuk memilih…! Hanya pertimbangkanlah samada nak dikekalkan yang sedia ada…. atau nak pilih …. pangkah parti dotdotdot dapat masuk syurga?!
~Kikiki… Ini bukan ma yang kata…. mereka2 itu jugalah yang kata….! Ampun maaaak…. Ampun!~
Marilah mari… kita mengundi….. tunaikan kewajipan pada negara!!
Daaaaan… ada sikit lagi nak cerita….
Dek kerana tumpuan keseluruhan orang2 politik untuk memberi sokongan moral dan membantu untuk berkempen… tak kira dari kerajaan atau parti lawan, semua hotel2 fully book!
Rumah2 sewa menjadi pilihan @ serangan. Cantik ke tidak… belakang kira… kira2 okey ajelah! Asalkan boleh tinggal untuk sementara. Sewa untuk beberapa hari tu saja boleh mencecah sampai ribuan RM, tau!
Bayangkan…. kalau tidak, takkan ada orang yang sanggup mengosongkan rumahnya dan berpindah sementara ke kawasan lain semata2 untuk menyewakan rumahnya itu kepada petugas2 pilihanraya ….!
~Aduuuiiii… Penatnyalaaah….! Semput! Tapi… itulah dinamakan rezeki terpijak. Betul tak?~
Kalian sanggup tak? Agak2 berapa orang yang sanggup buat gitu, demi untuk mendapat ‘rezeki terpijak’ pada pilihanraya?!
2 comments:
betul tu ma...
masa pilihanraya gini...
dorang sanggup pindah & sewakan rumah...
bukan murah..ribu ribu gak...
kalau yg sewa bilik je, sampai beratus2 pun ada...
tapi ahli-ahli politik yg nak gak menempatkan jentera2 kecil dorang tu,
sanggup gak bayar..
dee x sanggup ma..tp dato' shahrizat mmg mesra orgnya..
Post a Comment