Aduuuuiii… Syoknya rayeee…
Dari JB ke Singapura… Dari Singapura ke Kuala Lumpur… Sampai ‘langgar’ raya 6 di Terengganu.
Adat biasanya di Terengganu ni raya 6 dirayakan sekali lagi, walaupun tak semeriah raya pertama. Kalau 3.. 4 tahun yang lepas, raya 6 tu umpama penamat raya. Lepas aja raya 6, tak ada orang yang ziarah menziarah lagi. Semuanya akan mula bekerja seperti hari2 biasa. Ma sendiri naik segan kalau nak beraya lepas raya 6, sebab masing2 dah tak kesahkan raya lagi…
Tapi nampaknya tahun ni, warga Terengganu sudah betul2 berubah. Selepas raya 6 pun, masih ada yang ziarah menziarah lagi. Iye pun baru 17 Syawal, masih ada raya lagilaaah…!
Dah tentulah ma gembira dengan perubahan ini, sebab bila ma tidak beraya di Terengganu, walaupun ma persiapkan rumah dengan kueh mueh diatas meja, anak cucu ajelah yang tibai mengebasnya… Dengan tak segan silu, balang kueh tinggal habok aje…
Tapi alhamdulillah… hari ini, sehingga ke malam ini pun, rumah ma masih ada tetamu.
Tahun ni agak terlajak seronok. Walaupun pada mulanya ma tak tau nak buat keputusan nak beraya dimana, tapi setelah didesak oleh kakak ke2 ma, Che Peah kita… akhirnya ma nekat ambil teket bas ke JB hari ke 29 puasa.
Yang seronoknya semasa beraya di Singapura, ma dapat angkut Esah sahabat baik ma dan kak Melah kakak sulung ma mengikut rombongan yang diketuai family Che Peah kita. Memang seronok betul dapat ziarah keluarga dan kawan2 yang dah lama tak jumpa…
Di rumah Hjh. Khuzaimah - kawan sekolah dan sekampung yang juga dua pupu pada abang Bakar suami Che Peah kita…
Bab kereta tak jadi hal. Malah sebelum anak ma SD sampai pada raya ke2 dari KL, ma ‘mengizinkan diri dalam paksa’ jadi driver pada kereta anak saudara ma. Ingat nak jadi tokey nak duduk menyandar dibelakang!
Sampai tersesat jalan dibuatnya…! Maklumlah ‘driver’ ni bukan kenal jalan sangat pun! Terlepas pandang sikit aje, makan angin kelainlah jawabnya. Hahaha…
Inilah gayanya orang sesat jalan…. Berhenti dan tunggu sementara orang datang jemput. Hehehe..
Banyak lagilah cerita seronoknya raya mengikut rombongan Che Peah. Layan aje entry dari blog anak2 ma….. Sweetdarling & Crazygurl
1 comment:
sakan yer aunty :)
Post a Comment