MASA … masa, letihnya mengejar masa yang berlalu tanpa menoleh kebelakang walau sesaat.
Begitulah setiap kali menjelang puasa dan raya…. Kalau tak letih dan penat dulu, tak rayalah namanya… Kadang2 stres juga dibuatnya.
Tapi bukan itu yang nak ma kesahkan kali ni… Cuma bila menjelangnya puasa, ingatan ma tak mungkin dapat melupakan satu kejadian yang menimpa ma 2 tahun lapas, 1 Ramadhan 1429H, bersamaan 2008M. Maaf tarikh masihinya tak ingat….
Kejadian itu berlaku kira2 pukul 10.00 pagi. Di laman dapur rumah ma sendiri.
Biasalah hari pertama puasa, keletihan bersahur mungkin…rumah2 jiran sebelah pun tertutup lagi. Memang sunyi sepi pagi tu.
Ma ketika tu sedang membersih laman, menyiram pokok2 yang tak berapa nak hidup tu…..
Tiba2 lalu sebuah motor dengan penunggang dan pemboncing dibelakangnya. Nampak macam nak terus ke dalam kampung aje …. tapi tiba2 dia buat emergency break betul2 didepan ma.
Si penunggang melepaskan si pemboncing, dan terus pergi. Si pemboncing merapati ma, bertanya dengan menggaru2 belakang tengkoknya… macam orang sesat, kononnya mencari rumah seseorang….
Ma ni memang jenis orang yang tak berapa mudah percayakan orang. Terasa juga dalam hati ni, kalau nak cari rumah orang pun, kenapa sampai nak masuk ke dalam pagar rumah ma. Dalam pagar ni tak ada rumah sesiapa pun, kecuali rumah ma…
Ma bertanya padanya rumah sapa yang dicarinya, dia mengambil peluang makin dekat pada ma. Dalam keadaan was2 ma cuba berundur.
Tapi dek kerana orangnya yang agak tinggi, cuma selangkah eja jangkauan kakinya yang panjang tu, dah dapat rapat dengan ma. Sambil katanya : mencari rumah Pak Ali… tangannya dah menuju ke leher ma. Ketika tu memang ma pakai rantai yang agak kasar juga.
Tapi belum sempat tangannya sampai, ma tutup rantai ma dengan kedua2 tangan. Ma pegang kuat2 bersekali dengan kolar baju.
Ma menjerit sekuat2 hati…. Tolong… tolong… tolong… tolong… aje… Tak ingat perkataan lain, dan tak ingat kalau2 dia ada bawa apa2 senjata tajam ke…..
Ma hilang imbangan… undur punya undur… jatuh terlentang. Dia datang rapat dan cuba pula mencari rantai melalui belakang leher ma dan sesungguh hati menariknya… Dan ma dapat rasakan rantai ma putus.
Dalam keadaan terlentang tu, ma terkial2, menendang2 dan memusing2 untuk menyelamatkan rantai ma dari diragutnya.
Si jiran sebelah ma pulak, bila dia dengar suara ma menjerit, dia ingat ma kena gigit ular. Disangkanya budak yang nak meragut tu datang nak menolong!
Bila dia nak keluar, dia ternampaklah si penunggang motor tu, sedang menunggu anak didik nya dipenjuru pagar rumah ma… barulah dia sedar ma bukan digigit ular…
Dan setelah disergah oleh anak bujang jiran ma, barulah si jahanam tu melarikan diri. Dah tentulah dia frust, kerjanya nak cari ‘pahala’ dibulan Ramadhan Al-Mubarak menemui kegagalan.
Begitulah alkesahnya… Sampailah sekarang ma memang trauma dengan mat2 motor. Kalau mat motor lalu aje dekat ma, ma akan mengelak… takut!
Semasa pergi buat repot polis… dia boleh tergelak dengar cerita kita, dan sempat pulak bertanya…
Kak, masa kak jatuh terlentang tu, kak pakai kain ke pakai seluar?
Nasib baiklah ma pakai seluar panjang, kalau tidak lagi besarlah gelak dia agaknya…!
1 comment:
ma..hati2 ye ma..tutup pagar sentiasa..kalo takut..terus masuk umah..sib baik xde apa2..sbb tu dee x pakai brg emas..takut..
Post a Comment