Thursday, August 19, 2010

JMB6 : BERDOA KEPADA ORANG2 YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA.

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al-Qasim
(Iman dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

BERDOA kepada orang2 yang sudah meninggal dunia dan meminta hajat2 kepada mereka adalah doa yang tidak bakal didengar, dan kesulitan2 yang tidak akan diberikan jalan keluarnya. Allah s.w.t. berfirman:

“Dan orang2 yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa2 walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu. Dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan dihari kiamat, mereka akan mengingkari kemusyrikanmu. Dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu  sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.” QS Fathir ayat 13-14.

Dan sikap berlebih2an (mengutuskan) orang2 yang sudah mati dan orang2 sholeh  adalah penyebab kekafiran Bani Adam sehingga mereka meninggalkan agama mereka. Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memperingatkan (umat) daripadanya dengan sabdanya:

“Jauhilah olehmu sikap berlebih2an dalam agama, kerana sesungguhnya orang2 yang sebelum kamu telah binasa oleh kerana berlebih2an dalam agama.” HR An Nasa’iy.

Dan seburuk2 makhluk ialah orang yang berdiam dikuburan dan menyerunya selain Allah. Nabi s.a.w. bersabda kepada Ummu Salamah r.a.

“Mereka itu adalah kaum yang apabila seorang hamba sholeh, atau laki2 sholeh meninggal dunia, mereka bangun diatas kuburannya masjid (tempat peribadatan), dan mereka lukis padanya gambar2 itu.  Mereka itu adalah seburuk2 makhluk disisi Allah.”  HR Al-Bukhari dan Muslim.

No comments: