Mulanya tu, ingatkan kenapalah orang beratur memanjang macam nak amek teket wayang dalam supermarket ni…
Bila ke depan, barulah nampak…! Rupanya orang beratur untuk mendapatkan gula….! Setiap seorang hanya dapat sebungkus 2 kg aje… Gula akan dibahagi setiap satu jam sekali. Sesiapa yang nak, sila beratur…. dan tunggu sampai gula dibawa keluar dari store.
Alhamdulillah, ma tak terlibat. Dirumah ma cuma ada 3 orang. Dan ma akan beli gula kalau kebetulan ada kesempatan tak kira musim susah atau senang. Dan kami pun bukannya peminat makanan2 manis… cuma kegunaan untuk minum aje…
Kecuali si Mamat… kawan si Mira. Baru2 ni buka gerai jus jambu. Ada beberapa hari kebelakangan ni tak boleh berniaga kerana tak ada gula. Diajaknya Mira bertunggu tangga di supermarket untuk mendapatkan 2 kg gula seorang.
Jadi ma tolong belikan dia gula di sebuah kedai China. Tauke tu memang baik dengan ma. Begitu mudahnya dia memberi ma seguni gula 50kg dengan harga RM82.50.
Tapi…! Alangkah susahnya ma, Mira dan Yana nak membawa keluar gula 50 kg tu dari boot kereta …. Puas diheret, di golek..! Si Mamat sampai ke hari ni, ‘relek’ aje…! Kalau dia kata taknak senang pulak, boleh ma jual aje pada jiran2…! Hehehe…
Lain kali pegi beli sendirilah, Mat!
3 comments:
oh mat..dok baik buat gini kt bakal mok mertua ngan bakal adik2 ipar..hahaha..
kak dee, bakal adik ipar sorang je.. mane ada adik2 ipar... hehehehe
hehehe... boleh ye mat tu buat gitu..
Post a Comment