Monday, June 7, 2010

BAHAGIA TERIMA TETAMU

BIASANYA  kalau musim2 cuti persekolahan begini, rumah ma sentiasa dikunjungi tetamu dari jauh.

Inilah saat yang paling membahagiakan ma.  Ma takkan senang hati selagi tak dapat membawa mereka berziarah walaupun hanya  sekitar Kuala Terengganu.

Rencananya nak ke Mesjid Kristal. Tapi kerana kami merancang juga nak ke Pantai Batu Burok, kami menukar rancangan ke  Mesjid Terapong aje @ Mesjid Tengku Tengah Zaharah, di Kuala Ibai.

DSC01072

Selepas solat Asar kami berehat seketika menikmati angin yang nyaman sekeliling tasek. Yang berkupiah putih tu abang ma- Abang Mat dari Kuala Sedili, Kota Tinggi. Yang bertudung biru tu pulak, kakak ma Kak Peah yang tinggal di Uda, JB. Dengan pasangan masing2.

DSC01073 Beginilah ramainya tetamu2 ma yang sempat makan tengahari dirumah sebelum ziarah Mesjid Terapong.  Yang berbaju merah tu, datangnya dengan sebuah MPV sarat dari Kampong Makam, Kota Tinggi.

 DSC01075Termasuklah anak ke3 ma, Ezaq sekeluarga yang balik ke rumah bila diberitau makcik2 dan pakcik2nya akan datang bertamu.

DSC01076

Singgah sekejap di Pantai Batu Buruk. Sebenarnya ma pun dah lama tak kemari. Masa ramai2  ginilah ma menumpang seronok sambil bersantai.

DSC01088

Eizzzedin Afkar, cucu  dari anak ke3 ma.

 

DSC01090 Dengan bayaran rm5 boleh menunggang kuda. Tapi… alahai…  dua tiga pusingan kat situ je…. tak kemana…

2 comments:

Dee said...

bestnya..nak2 org jauh yg bertandang..meriahkan ma..

lily lotus said...

makin murah rezeki orang datang rumah kita..amin