Inilah ‘ sebahagian’ daripada HASIL2 jamuan2 perkahwinan sepanjang cuti persekolahan baru2 ini. Tak tau mana nak disimpan. Dah jadi macam khazanah! Nak dibuang….. mustahil…! Sayang kan? Cantik2 pulak tu!
Ma sebut sebahagian kerana setiap satunya, digandingkan dengan beberapa barangan lain, seperti telur, gula2, tuala saputangan, kueh2 manisan – dodol, wajik, baulu dan sebagainya. Semuanya diisi dalam sebuah beg yang memuatkan sekurang2nya 3 barangan didalamnya.
Cubalah bayangkan, berapakah harganya setiap satu barangan yang cantik buatannya ini, tapi…. kurang penggunaanya itu…?
Dalam botol inilah ma isikan gula2 dari setiap sampul yang ma dapat. Dirumah ma tak ada sesiapa yang nak makan… Kecuali…..
Kalau budak nakal ni… dengan kakak2nya berkunjung kerumah ma. Tuu laa… Makan banyak sangat gula2…. Kaaan…, dah terkinja2 dia!
4 comments:
tengah berjoget ke hapa gitu tuu...?
Dia mengusik mak. Mak gunting baju dia kacau, mak marah. Tuu yang dia tergedik.
tak tahan siap tonyey2 mak...
bnyknyer...
Post a Comment