Saturday, June 12, 2010

BOLA3… BOLA TENGOK TUAN.

PIALA DUNIA dah tiba! Sana  sini orang sebok bercerita hal bola.  Ma memang tak berani nak bercerita bab bola mola ni sebab ma betul2 benak bab ni.

Arwah suami dulu minat juga bola kalau bola  Piala Dunia. Kononnya…. dia syok tengok pemain2 luar yang bertubuh sasa, pantas berlari dan setiap kali menendang bola… berdesup, katanya.

Ma melayan aje  minatnya. Lagi pun dia bukan pergi tengok diluar. Apalagi ma bukan juga penonton tv tegar. Jadi bagi ajelah channel tu padanya.

 

Ma bukan tak nak cuba2 meminati, atau belajar camane nak tengok bola. Tapi tak boleh nak  faham. Gol sape2 pun tak tau, camane?

Kalau ma tengok, asyik2 ma tanya, sape dapat gol ni? sape punya gol ni… ?  Akhirnya macam mengganggu pulak… Sedar diri!

Tapi untuk melayan minat suami, ma jadi rajin memasak malam. Buatkan makanan2 rengan  untuk mencerahkan matanya. Biasanya gorengkan keropok atau goreng ubi kayu untuknya.

Diawal2 pertandingan makanan2 rengan itu dapat juga mencerahkan matanya. Tapi bila sampai ke separuh pertandingan, dia dah mula memilih. Hanya menanti aksi dari pasukan kegemaran pilihannya aje….

Faham2 ajelah yee… Kalau untuk semalam dua berjaga mungkin larat juga nak menyengkang mata. Tapi kalau dah setiap malam…?

Bola…bola… bola… Akhirnya, bola tengok tuan!

Yang menariknya, walaupun kami akhirnya beralah untuk masuk tidur… kerana rumah ma ni di tepi jalan.., kalau ada sorakan gol dari kedai2 kopi yang berjaga sampai ke pagi, boleh buat kami tersentak juga….!

Memang meriah!!!

No comments: