ISNIN 8hb Jun kami ke KB ziarah sepupu ma, langsung terus ke Rantau Panjang. Dah puas2 shopping, kami ke tepi sungai Golok.
Inilah pintu masuk ‘haram’ Malaysia/Thailand. Hanya dipisahkan Sungai Golok tak sampai pun beberapa meter sahaja.
Penumpang dihantar dari pengkalan ini ke seberang hanya beberapa minit.
Berdiri aje… tak sempat duduk pun…
Penambang dah sampai pun semula kemari…...! Tambang RM1. Agak mahal berbanding perkhidmatan. Rasanya kaya tokey penambang!
Ma pernah sampai kemari ketika tahun 70an dulu bersama emak dan kakak sulong ma. Dan kami memang pernah pun ke Golok melalui penambang ini. Ketika tu tambang 10sen aje. Katanya kalau air surut, ada yang sengseng seluar mengharung air. Memang dekat sangatlah!
Ma juga ternampak seseorang menyedut minyak petrol dari kereta Kenari di pengkalan ini. Dengan lenggang tanpa rasa bersalah dihadapan mata kami, minyak segelen penuh sabsidi kerajaan itu dibawa keseberang. Maaflah tak ada pic sebagai bukti. Tapi yang pasti ma tak fitnah!
Hari Selasa selepas asar sempat jugalah ma bawa Abang Mat ke Mesjid Kristal. Teringin sangat dia nak tengok Mesjid Kristal… Kagum sangat nampaknya , asyik aje memuji kecantikan mesjid ni…..
Sesiapa yang sudi ziarah ma, jomlah. Nanti ma bawak jalan2, k!
No comments:
Post a Comment