Tuesday, June 29, 2010

PERHIMPUNAN MELAYU BANGKIT

MINGGU lepas, semasa ma ronda2 ke Mydin Mall, Kuala Terengganu bersama dengan sahabat Che’ Bunga, ma dikejutkan oleh pembesar suara yang kedengaran dari sebuah kenderaan bergerak, menjemput orang ramai bersama mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke4, Tun Mahathir Mohamad. Beliau akan memberi ceramah di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhubung “ PERHIMPUNAN  MELAYU BANGKIT”.

Belum apa2  lagi hati ma dah tersentuh. Apakah yang akan diperkatakan oleh mantan PM kita tu?

Sebagaimana yang kita maklum, hubungan Melayu kita agak kritikal. Tiada persefahaman, kata  mengata  dan  jika lambat disedarkan  dikhuatiri Melayu hanya akan tinggal nama sahaja di Tanah Melayu ini!  Yang paling jelas keTUANan Melayu kita sedang  tergugat! Tergugat kerana ada yang mengcungkil kedudukan Melayu kerana nak  mengecek      undi bukan Melayu!

Ma dengan  Che’ Bunga berpakat untuk pergi… Apalagi dah lama tidak melihat mantan PM kita yang penuh wawasan tu.

Majlis dikendalikan  oleh pertubuhan NGO  – GERTAK.  Baru pertama kali ma mendengar nama GERTAK ni, tapi betul2 nampak semangat ketuanan Melayunya bukan boleh dipersendakan. Syabas!

 DSC01138

Anak2 muda sebagai  benteng  barisan tempat2 duduk tetamu yang hadir.

Tiba aje ke dalam stadium, berdiri bulu roma ma melihat anak2 muda berbaju hitam, berlilit kepala dengan kain merah sebagai penyambut tamu dipintu  masuk. Kalaulah ma tak yakin dengan kawalan keselamatan disitu, dah  tentu ma akan keluar dari dewan ini, kerana gerun kalau2 terjadi sesuatu yang kurang menyenangkan.  Semangat keberanian yang ditunjukkan  mereka, nampak bukan calang2….

 

DSC01131

Acara pencak silat yang dipersembahkan sebelum kehadiran Tun.  Nampak hebat sekali dengan menggunakan senjata  tajam  hingga         mengeluarkan percikan api bila bertembung dengan senjata lawan.

 

DSC01141

  Ketibaan Tun dikerumuni para jurugambar. Tak  terkecuali ma, MENYELIT antara mereka.    Hehehe.. Tak kesahlah apa orang nak kata, asal dapat snap sendiri!

 

DSC01142

Persembahan seterusnya didepan Tun.

 Persembahan yang sangat menarik hati ma…. Dahsyat kesungguhan anak2 gadis ni..! Anak dara sapa agaknya yer!?

 

DSC01155 Lebih kurang sejam setengah Tun berdiri.  Intipatinya,  Tun banyak memberi kesedaran dan memperingatkan betapa pentingnya Melayu bersatu jika masih terus mau kekal ketuanan Melayu dan diperintah oleh orang Melayu.

Ma jadi mengerti mengapa acara ini tidak dikendalikan oleh Parti Politik.  Disebabkan  Tun adalah bekas PM Malaysia yang pernah  tidak disenangi oleh musuh2 politiknya, memang kenalah pada tempatnya acara ini dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan, supaya orang ramai boleh hadir tanpa mengira parti.

Demi bangsa, agama dan negara…. sasarannya sudah semestinya seluruh bangsa Melayu. Alhamdulillah… ma anggap ia berjaya kerana yang hadir memenuhi tempat rata2 kelihatannya   ialah kakitangan awam dari pelbagai sektor.  

1 comment:

lily lotus said...

tak bergambar dengan Tun ke..hehe..bukan senang ekk