BIASANYA kalau musim2 cuti persekolahan begini, rumah ma sentiasa dikunjungi tetamu dari jauh.
Inilah saat yang paling membahagiakan ma. Ma takkan senang hati selagi tak dapat membawa mereka berziarah walaupun hanya sekitar Kuala Terengganu.
Rencananya nak ke Mesjid Kristal. Tapi kerana kami merancang juga nak ke Pantai Batu Burok, kami menukar rancangan ke Mesjid Terapong aje @ Mesjid Tengku Tengah Zaharah, di Kuala Ibai.
Selepas solat Asar kami berehat seketika menikmati angin yang nyaman sekeliling tasek. Yang berkupiah putih tu abang ma- Abang Mat dari Kuala Sedili, Kota Tinggi. Yang bertudung biru tu pulak, kakak ma Kak Peah yang tinggal di Uda, JB. Dengan pasangan masing2.
Beginilah ramainya tetamu2 ma yang sempat makan tengahari dirumah sebelum ziarah Mesjid Terapong. Yang berbaju merah tu, datangnya dengan sebuah MPV sarat dari Kampong Makam, Kota Tinggi.
Termasuklah anak ke3 ma, Ezaq sekeluarga yang balik ke rumah bila diberitau makcik2 dan pakcik2nya akan datang bertamu.
Singgah sekejap di Pantai Batu Buruk. Sebenarnya ma pun dah lama tak kemari. Masa ramai2 ginilah ma menumpang seronok sambil bersantai.
Eizzzedin Afkar, cucu dari anak ke3 ma.
Dengan bayaran rm5 boleh menunggang kuda. Tapi… alahai… dua tiga pusingan kat situ je…. tak kemana…
2 comments:
bestnya..nak2 org jauh yg bertandang..meriahkan ma..
makin murah rezeki orang datang rumah kita..amin
Post a Comment