Kecik2 gini pun teruja bila tengok duit! Siap senyum lebar lagi…
Macam2 adaaa… Berjenis2 jeruk dan kerepek ada disini.. Kedainya pun bersih dan tersusun rapi!
Boleh rasa.. tapi janganlah sampai kenyang! Kesian dia nak niaga…
Pernah tengok ni? Kalau tengok ni mesti teringat si Tanggang! …Pisang salai! Tapi agak pelik, dicelup tepung nipis2. Tepungnya garing tapi tak tebal macam pisang goreng. Rasanya? Ya Allah.. sedaap…! Tak manis macam pisang salai biasa..
Yang ni pulak apa? Uniknya… Macam mangkok!
Ma rasa benda ni semacam bepang pulut laa… Iyee kot..! Tak tau apa rasanya, sebab ma tak beli. Tak sampai hati nak makan mangkok. Hehehe…
Hah yang tu kenapa pulak? SD kata itu belut salai! Hahaha.
Disinilah kegilaan anak2 ma… Orang muda..!
Ditempat kita dah tak kelihatan pemandangan sebegini. Malah kebanyakan peniaga jalanan jugak menggunakan kereta sorong untuk menjual pelbagai makanan.
Bergaya! Hehehe. Kadang2 tu ada yang bertiga. Ketiga2nya dewasa pulak tu!
Nampak tak apa tu? Kalau tak tau mari kita tengok dekat!
Menggunakan topeng patong untuk menarik perhatian! Peminta sedekah kreatif!!
Peminta sedekah yang ini pulak menggunakan kanak2 untuk meraih simpati! Tanpa mengambil kira cuaca yang ketika itu hujan agak lebat juga.
Yang ini paling menghiburkan..! Di jalanan… atau disetiap lampu isyarat mereka akan berada dan mengambil kesempatan bekerja sambil berhibur…
Pemuzik jalanan ini tidak mengenakan bayaran tertentu.. Hanya sekadar Rp1.000 @> 37sen, sudah mencukupi…
Agar sukar mencari pelanggan…!
Bayangkan… Berapa ramai yang boleh bermain angklong? Walaupun harganya sekitar Rp100.000 itu harga yang belum ditawar lagi… tapi berapa ramailah agaknya yang mau membeli hanya sekadar untuk perhiasan!?
Tangkuban Perahu… tempat menarik. Walaupun ma kalah dengan bau belerang yang menusuk sehingga seharian ma diserang selsema yang kronik… Tapi sesungguhnya ma tak serik untuk berkunjung lagi!
Menarik perhatian…! Topi2 dan mafla disusun teratur disepanjang pagar membuat kita menolehnya 2 kali!
Kebanyakkannya dihasilkan dari pasir pantai…! Hanya ada 1 aje kedai yang menjual barangan kraf seperti ini di Tangkuban Perahu. Jadi.. kalau bertawar2 tak dapat, kalau rasa nak beli jugak.. tak usah fikir banyak… Nanti bila dah balik menyesal, dah tak guna!
Tak mudah putus asa! Begitulah kesungguhan peniaga2 yang memburu pelancung. Dari awal sampai… hingga memasuki van nak balik pun, mereka masih menghulur dan merayu…
Baju renang muslimah. Si Ika menggayakan tudungnya… Rugi kalau tak beli! Jadi kami membelinya.. cadang kalau2 tersesat dalam air.. Hehehe…
4 comments:
bila tgk gambar2 ma kt sana..teringin nk pergi..insyaallah..satu hari nanti pasti terlaksana..hehehe..
kesian kat budak2 yg minta sedekah tu kan. hmm...
salam ziarah kali pertama.
syukur di negara kita, tidaklah sesusah itu untuk menceri rezeki, kecuali mereka yang sengaja mensesiakan peluang yang ada.
p/s: nampaknya kita seusia.
beznyer g jln2...
Post a Comment