Misi ma ke Jakarta hanya ingin mengunjungi seorang kenalan yang tinggal di Sukabumi yang pernah mengasuh ibu ma semasa hayatnya dulu. Atas keprihatinnya melayani ibu ma dengan penuh kesabaran dan baik sekali, ma merasa terhutang budi.
Dah bertahun2 kami tak berjumpa. Ma merancang sekian lama untuk bertemu dengannya sebagai seorang saudara dan mengeratkan silarratul rahim dengan keluarganya pula..
Alhamdulillah atas inisiatif Sweetdarling anak ma, kami sepakat untuk pergi bersama...
Tapi hajat nak tinggal dirumahnya selama disana dalam suasana kekeluargaan tak kesempaian sepenuhnya, disebabkan SD telah menempah hotel untuk 2 malam di Bandung.
Maka misinya menjadi agak tergelincir sedikit.. kerana SD merancang nak shopping sakan disana nanti!
Doakan kami gembira dalam percutian ini dan selamat pergi, selamat kembali....
5 comments:
org muda mmg gitu ma..shopping je x berhenti..tp kalo mak2 sedara dee gi langkawi..hari2 dia pi pekan kuah..pening dee.hahaha..
selamat pergi dan pulang yer :)
Pengumuman...ma telah menang tmpt kedua dlm contest blog saya..TAHNIAH
Terima kasih Ma sekeluarga telah berkunjung ke Sukabumi dan Sumedang. Kami sekeluarga sangat senang, tak menyangka dan merasa terhormat telah dikunjugni Ma skeluarga dari Malaysia. Tapi kami mohon maaf tidak bisa menjamu Ma dengan baik. Mudah-mudahan Ma sekeluarga tidak kapok untuk kembali kesini, kami tunggu...
Dari: Yanti sekeluarga - Sukabumi Indonesia
Insya Allah.. kita bertemu lagi tahun depan kalau dipanjangkan umur.. Doakan agar Allah memurahkan rezeki dan diberi kesihatan.. Jumpa lagi Yanti, Kurnia, Luluk, Sri, ibunya dan bapak yang baik hati....
Post a Comment