Thursday, March 18, 2010

MISI JAKARTA > SUKABUMI > BANDUNG

 

Misi ma ke Jakarta  hanya ingin mengunjungi seorang kenalan yang tinggal di Sukabumi yang pernah mengasuh ibu ma semasa hayatnya  dulu. Atas keprihatinnya  melayani ibu ma dengan penuh kesabaran dan  baik sekali, ma merasa terhutang budi.

Dah bertahun2 kami tak berjumpa.  Ma merancang sekian lama untuk bertemu dengannya sebagai seorang saudara dan mengeratkan silarratul rahim dengan keluarganya pula..

Alhamdulillah atas inisiatif Sweetdarling anak ma, kami sepakat untuk pergi bersama...
Tapi hajat nak tinggal dirumahnya selama disana dalam suasana kekeluargaan tak kesempaian sepenuhnya, disebabkan SD telah menempah  hotel  untuk 2 malam  di Bandung.

Maka misinya  menjadi agak tergelincir sedikit.. kerana SD merancang  nak shopping sakan disana nanti!

Doakan kami gembira dalam percutian ini dan selamat pergi, selamat kembali....

5 comments:

Dee said...

org muda mmg gitu ma..shopping je x berhenti..tp kalo mak2 sedara dee gi langkawi..hari2 dia pi pekan kuah..pening dee.hahaha..

lily lotus said...

selamat pergi dan pulang yer :)

qaseh said...

Pengumuman...ma telah menang tmpt kedua dlm contest blog saya..TAHNIAH

Kurnia said...

Terima kasih Ma sekeluarga telah berkunjung ke Sukabumi dan Sumedang. Kami sekeluarga sangat senang, tak menyangka dan merasa terhormat telah dikunjugni Ma skeluarga dari Malaysia. Tapi kami mohon maaf tidak bisa menjamu Ma dengan baik. Mudah-mudahan Ma sekeluarga tidak kapok untuk kembali kesini, kami tunggu...
Dari: Yanti sekeluarga - Sukabumi Indonesia

Kamariah Awang said...

Insya Allah.. kita bertemu lagi tahun depan kalau dipanjangkan umur.. Doakan agar Allah memurahkan rezeki dan diberi kesihatan.. Jumpa lagi Yanti, Kurnia, Luluk, Sri, ibunya dan bapak yang baik hati....