Monday, March 15, 2010

HANTU GUNUNG RAYA

TAK SABAR nak balik, tak best la duk cni….” sms pertama dihari pertama Mira di Ulu Telemong kerana mengikuti kursus DANA BAKTI REMAJA.

Ma jawab.. “Tak pe tak best hari ni. Besok bestlah dapat duit RM50o….”

“Lambatnya besok, tak best la makan….” Huuh… tak best lagi… Manalah nak best, katanya dalam hutan pulak tu… Biasalah BTN (Biro Tata Negara).. Kalau kat bandar, ma rasa remaja2 takkan lekat dalam kelas kursus, kot….. melainkan lesaplah jawabnya..Hahaha.

Teringat ma suatu ketika dulu, mungkin 10 tahun yang lepas, ma pernah juga pergi ke BTN di Gunung Raya, Langkawi. Kalau sebut BTN, memanglah tak ada dalam bandar punya… Melainkan tempat2 jin bertendang!

Jadual memang ketat. Sampai aje di kem, terus masuk dewan taklimat. Selesai jam 12.00 malam. Mula pukul 7.00 pagi bersenam gedabak gedebuk, bagi masa 10-15 minit untuk tukar pakaian, terus kembali ke dewan. Semuanya dalam keadaan terkejar2. Macam askar. Begitulah setiap hari selama 3 hari.

Tempat pun bukan main menyeramkan. Penyelia pun satu hal, dahlah kita tak biasa tempat sebegitu, dia menceritakan pulak pengalaman2 seramnya.

Dia menasihatkan kami semua jangan tidur lewat sehingga jam 1.00 tengah malam. Nanti ada cicak besar yang menjelma ditingkap… Biar betul dia ni…. Ma memang penakut, tapi rasanya macam tak percaya pun ada…

Walhasil kalau nak ke surau pun mesti berkawan. Kalau sendirian nanti sedar2 ada orang lain dibelakang kita… Tah sape yang dimaksudkan tak taulah…

Malam tu selesai kelas, semua yang berada dalam satu dom tu, macam ada kematian. Masing2 buka surah Yasin, baca… Macam orang berpakat2… Hanya ada beberapa orang aje yang tak membaca, ma diantara orang yang tak membaca…

Sebabnya …. ma nak tidur awal sebelum orang lain tidur, supaya apa2 yang berlaku…, ma tak sedar. Hehehe….

Subuh esoknya… sebelum azan, ma dan seorang kawan – Kak Ani (dah arwah) keluar nak ke surau. Kak Ani sebelah kiri ma, dan disebelah kiri kami hutan dengan pokok2 besar…

Tiba2… macam sesuatu yang menerjah jatuh dari atas seolah dari dahan yang tinggi, dengan bunyi yang agak kuat disebelah kiri kami. Ma dan Kak Ani tersentak. Ma sempat menyelit lagi dekat dengan Kak Ani...

Memang takut sebab bila kami tengok dan perhatikan dalam gelap tu, tak ada suatu apa pun… Punyalah terkejut sampai kami hilang kata2.

Ma rasa kitorang ni dah kena usik dengan penunggu pokok besar tu kot… Ya Allah… Seriiiknya..!

Besoknya nak ke surau subuh memang kami dah tak berani keluar berdua lagi, melainkan beramai2…..

Sesuailah tajuk cerita seram TV3 malam Jumaat sekarang ni kesah Hantu Gunung Raya… Kot memang betul2 ada tak? Tapi ma memang tak tengok cerita2 seram ni… sorilaaa TV3….

6 comments:

Dee said...

ma..menakutkan gak eh..anak2 dee dua2 org tu mmg penggemar citer2 antu..dee tumpang lyn sama..hehehe..

SURIA AMANDA said...

citer hantu...alamak ma...lissa memang penakut..tapi mcm kak long lain plak,dia sejak bangun dari koma dulu asyik senang nampak jer benda2 halus ni...tapi dia x takut pun..dia siap ckp..jgn la kacau..

Kamariah said...

Dee>> Anak gemar citer antu nilah yang susah... Kita selalu je kalahlah kalau berebut slot tv...

Lissa>> Kak Long memang kena cam tu. Kena kuat semangat. Kalau tak, lagi lah dia selalu nak buat kacau..

lily lotus said...

eee seramnya. samalah ly pun penakut gak..kalau tgk citer seram peluk bantal jer kerjanya

athia cadburry said...

Huhuhu gunung raya tu mmg keras.. Abg sy stay situ.. N suka pergi pkul 2 or 3 pagi n nmpk mcm mcm dh

athia cadburry said...

Huhuhu gunung raya tu mmg keras.. Abg sy stay situ.. N suka pergi pkul 2 or 3 pagi n nmpk mcm mcm dh