Wednesday, March 31, 2010

TERUJA

 

Ma teruja bila melihat analytics dari Nuffnang semalam.  Terima kasih kepada pembaca2 entry ma yang datangnya, selain dari Malaysia dan Singapura, sekarang sudah ada dari Indonesia. Sudah semestinyalah anak2 yang  baru  ma kunjungi itu…

Yang buat ma terkejut  seramai 8 orang yang datangnya dari Norway! Pernah juga dari Russia dan Ireland ada seorang anak saudara yang menjadi doktor di Ireland.. Shikin kee tu? Alhamdulillah.. walaupun sorang dua aje, tapi ma ucap terima kasih banyak!

Melihat dari komen blog Deekuntum… Rasp mengakui adalah silent reader ma.. Alhamdulillah…. Tak sia2 ma menghabiskan masa di depan pc ni…

Rose pulak ingin tau ma duk Ganu dimana?  Pasir panjang, Rose.. Silalah mampir dirumah ma.

DSC01009 Deekuntum

Pertemuan pertama ma dengan blogger Deekuntum! Anak ma yang ni… Ya Allah, punyalah peramah….! Ma tertarik nak jumpa dengan dia kerana dia pembaca setia ma! Rajin pulak sumbang sumbing kat blog ma!! 

Kami bertukar2 cenderahati… Tapi maaflah kalau nak tengok apa dia barangannya pergilah jengok ke blog anak2 ma yeer.. Sweetdarling79 dan Kehidupanku… Jangan lupa jengok juga blog Deekuntum. Mereka2 itu blogger tegar, tak lekang camera ditangan.

Kami berjumpa sementara menunggu bas untuk balik ke Terengganu dari percutian Jakarta>Bandung ma. Terima kasih Dee…

2 comments:

Dee said...

dee mmg peramah ma..maaf ye kalo terlebih bicara..hehehe..

Kamariah said...

Kekalkan keramahan dan keikhlasan...