Tuesday, August 31, 2010

JBM13 : BERAMAL KERANA DUNIA

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

AMAL shaleh diharapkan dengannya pahala dari Allah semata, bukan dimaksudkan untuk meraih perhiasan dunia. Barangsiapa yang mengarahkan hatinya dengan berbuat amal shaleh kepada perhiasan dunia, amalannya akan dibatal, dan dia akan merugi di akhirat nanti. Allah s.w.t. berfirman:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka didunia dengan sempurna dan mereka didunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang2 yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka. Dan lenyapkanlah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan didunia, dan sia2lah apa yang mereka telah kerjakan.” QS Huud ayat 15-16.

Sunday, August 29, 2010

JBM 12 : RIYA’

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

RIYA’ mempunyai pintu2 rahasia, dimana syaitan berusaha keras memasuki hamba2 melaluinya. Nabi s.a.w. bersabda:

“Yang paling saya takutkan terhadap kamu adalah syirik kecil.” Beliau ditanya: “Apakah syirik kecil itu?”
Beliau menjawab: Riya’.” HR Ahmad.

Riya’ adalah penyakit orang yang beramal. Ia membinasakan amalan dan mengundang kemarahan Tuhan. Penyakit riya’ lebih dikhawatirkan terhadap orang2 sholeh daripada Al Masih Ad Dajjal. Nabi s.a.w. bersabda:

“Mahukah kalian saya beritahukan sesuatu yang lebih saya khawatirkan terhadap kalian dari Al Masih Ad Dajjal?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau berkata: “Yaitu syirik yang tersembunyi; apabila seorang laki-laki mendirikan solat, lalu ia mengindahkan sholatnya kerana ada orang yang melihatnya.” HR Abnu Majah.

Friday, August 27, 2010

JMB11 : TAWAKKAL

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

MENGANDAIKAN sebab-sebab dengan hati dan anggota tubuh adalah cela pada Tauhid. Sedangkan meninggalkan sebab2 adalah sama sekali adalah kelemahan. Yang wajib adalah melakukan sebab2 yang dibolehkan diiringi dengan hati yang bergantung kepada Allah. Dengan tawakkal kepadaNya semua yang sulit akan menjadi mudah. Rezeki akan dilapangkan dan segala bencana akan terelakkan. Merasa aman dari makar Allah adalah kelalaian yang menipu. Allah berfirman:

“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terdugakan)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang2 yang merugi.” QS Al A’raaf ayat 99.

Adapun memutus harapan dari Allah adalah sebuah keputusan. Allah berfirman:

Ibrahim berkata: Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang2 yang sesat.” QS al Hijr ayat 56.

Sedangkan menggabungkan antara harapan dan perasaan khawatir disertai cinta adalah jalan tengah yang adil.

Wednesday, August 25, 2010

JMB10 : JALAN KELUAR DARI KESULITAN

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

APABILA engkau dilanda musibah atau ditimpa kesulitan, maka janganlah meminta bantuan kepada selain Allah. Jangan berdoa kepada selainnya serta jangan pula menundukkan diri kepada orang yang sudah mati dimakamnya atau tulang belulang yang sudah hancur lebur didalam kuburnya. Dan sampaikanlah keinginanmu kepada siapa (Tuhan) yang dilangit, kerana disanalah dikabulkan doa. Allah berfirman:

“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya.” QS Naml ayat 62.

Dan tidak ada tempat untuk lari dari cubaan.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja), mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi.” QS Al Ankabut ayat 2

Dan apabila musibah itu datang menimpamu, maka hadapilah dengan penuh kerelaan dan berserah diri (kepada Allah). Allah s.w.t. berfirman:

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” QS Al Taghaabun ayat 11.

Alqamah berkata: “Dia adalah seorang yang ditimpa musibah, maka ia menyadari bahawa itu adalah dari sisi Allah, sehingga ia redha dan berserah diri (kepadaNya).”

Janganlah kamu merasa jengkel terhadap musibah yang telah dituliskan, kerana kejengkelan itu tidak akan menghilangkannya. Berhati-hatilah, jangan menyesali kerana telah kurang berhati-hati sebelum ketentuan takdir dengan mengucapkan, “Seandainya’’, kerana sesungguhnya kata-kata itu berasal dari syaitan. Nabi s.a.w bersabda:

“Bersungguh-sungguhlah pada apa yang membawa manfaat kepadamu! Mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah! Dan jika kamu ditimpa sesuatu (musibah), maka janganlah kamu mengatakan : “Seandainya saya melakukan begini, pasti terjadi begini dan begini.” Akan tetapi katakanlah: “Allah telah mentakdirkan, dan apa yang dikehendakiNya. ‘ Dia lakukan. Kerana sesungguhnya perkataan ‘seandainya’ membuka pintu bagi campur tangan syaitan.” HR Muslim.

Oleh sebab itu, serahkanlah segala urusanmu kepada Allah! Kerana, sekali-kali tidak akan datang kepadamu dari nikmat dunia kecuali apa yang telah dikhususkan untukmu daripadanya.

“Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami.” QS At Taubah ayat 51.

Ubadah Bin Ash Shamit r.a. berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Sesungguhnya kamu tidak akan merasakan manisnya iman, sampai kamu mengetahui bahawasanya apa saja (musibah) yang (ditetapkan) menimpamu tidak akan pernah luput daripadamu. Dan sebaliknya apa saja yang (tidak ditetapkan) menimpamu, tidak akan pernah mengenaimu.”

Monday, August 23, 2010

JMB9 : BERGANTUNG KEPADA SELAIN ALLAH

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

POHON2 DAN BATU2 tidak ada yang diharapkan  berkat daripadanya  dan tidak pula yang disebabkan oleh kerananya. Sesungguhnya keduanya hanya makhluk Allah yang tidak dapat mendatangkan manfaat mudharat. Dan mengalirkan darah (berkorban) tidaklah boleh kecuali kerana Allah. Barangsiapa yang menyembelih selain kerana Allah, ia telah terjerembab ke dalam lumpur kemusyrikan. Nabi  s.a.w. bersabda:

“Allah melaknat orang yang menyembelih selain kerana Allah. Allah melaknat orang yang melindungi orang yang berbuat dosa (bid’ah dan kefasikan). Allah melaknat orang yang melaknat kedua ibu bapanya. Dan Allah melaknat orang yang memindahkan perbatasan (tanah).” HR Muslim.

Nazar adalah suatu ibadah yang tidak boleh diberikan kepada selain Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bernazar menaati Allah, maka hendaklah ia menaatinya. Dan barangsiapa yang bernazar  mendurhakai Allah, maka janganlah ia mendurhakaiNya.” HR Al Buhkhari.

Dan barangsiapa yang memohon perlindungan kepada Allah, Allah akan melindunginya. Dan barangsiapa yang berlindung kepada selainNya, maka akan dihinakanNya. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang singgah disuatu tempat, kemudian dia mengucapkan doa: <<A’udzu bikalimaatillahit tammati min syarri ma khalaq>> (Aku berlindung kepada kalimat2 Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya), maka tidak sesuatupun  yang dapat membahayakannya sampai ia berangkat dari tempat persinggahan itu>>” HR Muslim.