BOLEH dibanggakan …. bila sebut aja nak buat bubur asyura
pengerusi JKKK dengan cepatnya menghulurkan RM500 untuk kami
menjayakannya.
Secepat kilat ma sambut. Bimbang ‘kan nanti dia berubah fikiran…? Keh3..
Pagi tadi, 9 Muharram… ma dan Che Bunga memanggil sebahagian dari AJK
dan seorang dua pemuda untuk membantu mengacau. Maklumlah buat
bubur asyura ni, memang kena pakai tenaga yang kuat, terutama ketika
adunan mula nak pekat….. beraaaat…!
Ini peneraju utamanya……
~ Kak Mah…. Low profile….
Berapa kali mengelak bila nak snap gambarnya… Hehehe….~
~Cikgu Nah pun ada…. Beliau ni guru tadika Kemas anak ma si SD tau..,
merangkap guru tadika tumpang si Zulfan ketika mamanya
berpantang di Terengganu hari tu..~
~Wan Che Azma…. anak sahabat baik ma Che Bunga…
sibuk memotong agar2 untuk dibuat perhiasan diatas bubur asyura nanti….~
~Pelbagai juadah disediakan sementara menanti bubur masak…~
~Tenang…. tidak ramai yang membantu
tapi missi berjaya….
Lebih 100 kotak dapat diagih2kan kepada
penduduk kampung.~
~Politik…. politik… keh3… Biru dan putih apa maknanya??
Pandai yer Kak Mah berpolitik??!! ~
4 comments:
emm sedapnya..x rasa lagi sure tahun ni
Alhamdulillah... sikap gotong royong akhirnya berjaya memasak bubur asyura dan dapat diagihkan pada penduduk.
Nak semangkuk ma hehehe....
Wida... Alahai, ma tak tau Wida tak rasa lagi tahun ni... Kalau tau, ma antar semangkok.
Zaitun... Apa salahnya, Zai. Memang untuk dihadiahkan pada sesiapa aja. Tapi apa nak buat, kita jauh kan?! Hihi... Bilalah boleh kita jumpa, yer Zai...!?
Post a Comment