SELEPAS rombongan ke Langkawi sekitar 2008
ma tak pernah minta cawangan sponsor kemana2 lagi.
Tapi tahun ni, anak2 buah dah mula bising, katanya
dah lama tak buat lawatan.
Paling senang, belanja murah ke Rantau Panjang ajelah.
Secepat kilat, ma dapat sumbangan kami terus aje sambut Deepavali di
Rantau Panjang.
Happy Deepavaliii… Hihihi
Sekadar memuaskan hati anak buah….
Ma tak membeli apapun… cuma sehelai dua baju dan tudung untuk Yana dan Mira.
Barang2 taklah semurah yang dijangka.
Beberapa kali Yana tak jadi membeli bila dikira
harganya lebih mahal dari harga di KL.
Orang lain apa nak dikira…
banyak jugaklah yang mereka laburkan….
Padat perut dibawah bas tu dengan bermacam bagai…
Selepas ke Rantau Panjang, kami melepak di KB MALL..
alahai… apalah gahnya KB Mall tu, tak taulah….
Lepas tu kami di bawa ke Wakaf Che Yeh.
Habis seharian semalaman di jalanan
sampai di rumah lebih kurang jam 1 pagi.
Mudah2an puas hatilah yer…
Tahun depan pulak minta lagi sumbangan untuk jalan2
Mungkin kita boleh pergi ke Cameron Highland keeee??!!
Mudah2an sama2 kita doa…
18hb ni ma nak ke Putra Jaya, Melaka dan Johor
Nak melawat Industeri Kecil Kerepek di Johor.
Ini projek dibawah Program Jaya Diri…
27hb ni ma nak ke PWTC pulak….
Aduuuiiii… sebok nampak Puan Kamariah?!
Adik2…. Jangan jeles!
3 comments:
dah macam mb terengganu lah ma ni..hehe.boleh masuk bertanding nnti..wida undi okey
Banyak tempat ma jalan2 bulan ini.
seronoknya dapat jalan2...
Post a Comment