DIAM tak diam, dah 10 hari kita berpuasa kan?
Maafkan ma, kerana tak sempat pun nak ucapkan selamat
berpuasa pada semua…
Tak sempat nak buat N3….,
dan kalau buka FB pun, macam pencuri…
Nak cepat aje…. Hihi…
Dengan muka selamba dan separuh tak maluDihari ke 10 ini ma mengucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
SEMOGA SEGALA AMALAN DAN IBADAH KITA
DITERIMA ALLAH SWT DISISINYA….
Bagi ma selama 36 tahun ma menjalani ibadah puasa di Trg ni
suatu yang agak menarik, yang tidak ada di Singapura malah di Johore sekalipun
ialah bunyi bedil meriam.
~Kalau ada ditempat2 lain, sila kongsi bersama yer…~
Pada petang akhir Syaaban iaitu pada selepas asar
sekitar bandar Kuala Terengganu akan diraikan dengan bedilan meriam
yang ditembak dari Bukit Puteri sebanyak 7 kali
DUM…. DUM…. DUM… DUM… DUM… DUM… DUM…
menandakan telah menjelangnya bulan Ramadhan.
Dan pada setiap waktu berbuka sepanjang Ramadhan
senggang2 masa membuka Radio Trg FM
kalau azan dah berbunyi pun
macam tak berani lagi nak berbuka selagi belum pasti bunyi bedil.
Hihi…. begitulah sinonimnya masyarakat K.Trg dengan bedil di bulan Ramadhan.
Begitu jugaklah ketika waktu bersahur
bedil akan berbunyi sebanyak 2 kali
Sekali tanda amaran berjaga2
Dan lima minit kemudiannya tanda Imsyak.
Sinomimnya penduduk di K.Trg dengan bedil meriam di bulan Ramadhan ni
sehinggalah tamatnya puasa 6….
Istimewa tak?
Seingat2 ma, ketika ma baru2 berhijrah di K.Trg sejak 1976 yang lalu
arwah tok (mertua) pernah bercerita..
Dulu2 bedil meriam ni boleh didengar sampai ke daerah Marang!
Tapi tak pasti pulak kenapa sekarang hanya disekitar K.Trg sahaja…..
Apa pun…. syukur alhamdulillah…
~Iftar yang pertama semalam di Primula Park Royal
bersama UMNO Bahagian Kuala Terengganu.~
PERNAH tak kalian tersilap berbuka sebelum sampai detiknya?
Insya Allah, nanti kita kongsi yer…..
4 comments:
hehe pernah gak tercepat sejam ma...silap tgk jam...masa tu kat Hong Kong..tp..layan jer ler dh kenyang perut baru perasan uhuhu
waa best gak ada signal bedilan tu..at least alert sket..idak le terlajak sahur heheh
Iyer, Tini... Begitulah kemeriahan berpuasa disini...
Salam Ramadhan ma...bestnya berbuka beramai2.
Dulu masa kat kampung saya orang ketuk beduk kalau nak berbuka tapi kalau menyambut bulan Ramadhan tak adalah sampai bunyi meriam.
Selamat berbuka...
selamat berpuasa ma:)
rumah wida pon leh dgr lagi bunyi bedil tu..mmg unik.kat trgnu ni je dgr,,kat kg wida (selangor) x de pon
Post a Comment