HARI NI MA TENANG SANGAT2…
Jam 7.00 pagi tepat ma dapat satu sms dari Bank Islam ucap
Selamat Hari Lahir….
Lepas tu, ma dah tak ingatkan apa2 dah…
Kira2 jam 10.30pg ma ajak Yana keluar ke Gong Badak
dengarnya ada kedai baru dibuka
nak cuba cari pasaran disana.
Otway balik, Mira kol…
~Mak nak pinjam kereta antik nak gi beli barang.
Sape nak bawak?
Matlah… Mana Mira pandai bawak kereta…~
Tak kesahlah barang apa yang nak dibelinya…
~Sikit pun tak perasan atau syak apa2.~
Sampai aje rumah, selesai solat Zohor
Ma tidur…. tidur setidur2nya
Guruh dan petir petang tu agak menakutkan
Pesan Zikri, tutup tv dan berenti buat Score A dengan internet.
Kemudian sambung tidur lagi..Tak mudah nak dapat peluang tidur gini… hihi…Sampai asar…
Selesai solat, ma keluar dari bilik…
Terkejut ada hidangan yang dah siap diatas meja….
Serentak Mira, Yana dan SD mengucap Happy Birthday…
~Pavlova…. Memang Sedap…
Mira tempah dengan kawannya.
Sesiapa yang berminat, silalah ke FB Syeeda Dahalam yer….~
Dahlah ma terkejut, diorang pun terkejut jugak rupanya
Sebab ma keluar belum sampai masa dipanggil.
Kononnya nak ameklah gambar muka ma terkejut tuu…
Ooooo… tidak…
Mana boleh…!
Baju yang dipakai sejak pagi tadi,
dengan tak sempat mandi petang lagi, bolehlah dimaafkan~Sibbaik belum mandi, kalau dah mandi jawabnya dah salin baju rumahlah.. hihihi…~
Takkanlah gituuuu…. Sabar2….
Tunggu sekejap, mak make up jap…Hihihi…..
~Mira…. Bangga surprisenya menjadi…
Berpakat dengan SD yang hari berpantangnya berakhir harini dan Yana…
Sampaikan Zulfan pun terpaksa menutup mulut…?!
Hmm… Terharu pulak rasanya….~
Apa tidaknya… birthday ma kan jatuh pada tengah2 bulan
Biasanya tengah2 bulan ni, semua orang ‘sakit kocek’…
Tuu yang ma tak mengharapkan apa2!
~Semestinya ada sorang lagi pakat2 buat kejutan pada ma.
Sape lagi kalau bukan Mat….
Mat tak boleh nak masuk bergambar kerana jadi jurukamera….~
~Ooo yer, lupa nak promo
Mee Tomyam ni…, hidangan dari Yana..~
Semalam… semasa di Sabasun
Yana meluru berpatah balik sebelum sempat sampai dikaunter bayaran
Dia kata tertinggal bee hoon…
Rupanya dia bercadang nak buat inilah…..
Aduuuiii laaa… tertutup betul ingatan ma… Hehe…
Akhir sekali….
Ma nak ucapkan ribuan, ribuan, ribuan terima kasih kepada
anak2 ma …… tersayang….
Anak2 saudara dan rakan2 fb sekelian .
Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa….
Semoga Allah mendengar doa kalian dan memakbulkan….
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 59 BUAT DIRIKU….
~Ya Allah…, dihari yang bersejarah ini
Kupanjatkan doa dan harapan untukMu
Kau permudahkan segala urusan hidup dan matiku
Kau murahkan dan berkati rezeki untukku
Kau panjangkan umurku untuk aku terus beribadah kepadaMu
sehingga sampai kedua2 puteriku selamat berdikari
dan lepas dari tanggung jawabku
sebagai pemegang amanahMu… Amiiin…~
12 comments:
aminnnn......
sekali lagi....
selamat hari lahir ma....
hehehehe seronoknya dapat kejutan camnie....
amin..seronokkan..kalo anak2 semua pakat2 buat besday..nak ckit kek tu ma..
Selamat hari jd ma..moga pjg umur n dlm limpah rahmahNya selalu
Selamat hari jadi ma...
Sungguh saya tak percaya dengan number itu sebab bila tengok muka macam 40an....awet muda...ma makan apa...masih cantik...ikhlas tau.
Semoga ma sihat dan bahagia disamping keluarga.
Rasp : Sama2 selamat panjang umur.. Hehe...
atty's: Memang seronok... Pertamanya kerana ma terlupa tarikh lahir ma sendiri hari tu... Hehe...
Wahidah : Timekasih, Wahidah... Semoga Wahidah mendapat perlindungan Allah diperantauan...
Zaitun : Tak ada rahsia apa, Zai... Alhamdulillah, setakat ni ma sihat dan menjalani kehidupan seperti orang lain. Kadang2 datang juga masaalah... Tapi kita ada Allah tempat mengadu.
Zai pun, kekalkan kebahagian yer.. ~Suka membaca n3 Zai, ma rasa Zai seorang yang bertuah.~
happy birthday ma..dee ucapkan lagi sekali..seronok bila kita diingati oleh insan2 yg tersayangkan..kek tu dee pun nmpk sedap...
orang yg dh abis pantang tu dia makan kek x ma? hahaha..
Dee : Dia PAN..TANG, Dee...
PAN..TANG nampak makanan. Semua dia bantai...! Hehehe...
Ma...bestnya ada kejutan macam tu....
Semoga ma sentiasa bahagia bersama keluarga dan selamat menjalani ibadah puasa utk ma dan keluarga...
selamat hari lahir ma.. sori lambat..=) semoga sentiasa berada di dalam jalan yg benar.. amin.. slmt berpuasa ma..=0
jom baca sat..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/07/panjatkan-kesyukuran.html
Post a Comment