Friday, September 23, 2011

RAYUANKU UNTUK MEMPERMUDAHKAN

MUNGKIN ketika tersiarnya entry ma ketika ni
mudah2an ma dah selamat sampai ke Kemaman.

~kerana ma selesa menulis pada waktu malam,
dan kononnya untuk tidak ketingggalan di ‘waktu perdana’
jadi ma mengikut saranan anakanda Dee agar ma gunakan auto publish.
Jadi… ma memilih setiap jam 10 pagi untuk siaran entry ma, Insya Allah..~

Sejak dari dua minggu lepas ma merancang nak ke Kemaman
abang ma yang mesra dipanggil Pokde Azhar
~yang baru ma perkenalkan di entry ma ~klik DISINI~
kini sedang sakit.

Kerana musakhah inilah, ma mengundurkan niat nak  balik ke Singapura.
Bagi ma menziarah orang sakit, mesti didahulukan.
Apatah lagi sahabat ma di Singapura itu nak menyambut menantu pada 9 oktober
jadi, mungkin  ma hadir majlisnya tu.

insya Allah… insya Allah… insya Allah…
Kita merancang Allah yang menggerakkan….

Melalut sikit…
Terkeluar tajuk, biasalah tuuu…! Hihi…

SEBENARNYA bila sebut hal auto publish ni
apa yang ma na katakan ialah tentang
terlalu sedikitnya pengetahuan ma dalam penggunaan pc, netbook ni
walaupun memiliki blog sendiri untuk melepas gian menulis…..
semuanya tu ma belajar dari anak2 aje…
dengan gambar yang  kadang2 ok, kadang2 blur
~tak kesah, asal che kamariah bahagia…~
semuanya dibuat dengan cara merangkak2, tapi akhirnya menjadi jugak
Jadi tak jadi… tetap menjadi…. Hehehe…

YANG  agak sedih sikit nak citer kat sini
bila nak pi jengah ke blog yang tak ada dalam blog list ma
~blog list tu pun harap anak2 yang buatkan, sebenarnya…~

Nak sentiasa update blog2 baru yang seronok dibaca, almaklum sajelah…
nak buat sendiri tak pandai…
nak minta tolong anak2 selalu2 sangat,
merekapun gawat jugak dengan hal masing2.

Jadi ma harap bagi sesiapa yang blognya tak ada alam blog list ma,
jangan kecik ati yeer…
terutama bagi yang meninggalkan  komen2,
terasa jugak nak buat kunjung balas…..
~maklumlah orang berbudi kita berbahasa…~ 
walaupun masih belum sudi ‘sign in’ digerbang silaturrahim ma
ma akan ziarah jugak keblog mereka, walau agak sulit sikit.

~Dahlah tak ada dalam bloglist….
tak ada jugak dalam followers….
ma terpaksa cari semula mereka2 itu
dari satu entry ke satu entry …. Hmmmm…!!~

Ma ingin nak sarankan
untuk mempermudahkan, silalah
kalau sudi… masuklah ke gerbang silaturrahim ma yeeer…
sign in….

Bila dah ada nama disitu
senanglah ma, tak payah nak pi cari di entry2 yang lepas lagi.
Kan???
Salam sayang, terima kasih.

14 comments:

attyfir said...

salam ma..saya selalunya silent reader..segan nak komen.takecare.

wahida said...

saya pun masih merangkak dlm dunia blog ni ma...huhu...

sW33tdARLiNG said...

eh balik2 muka korang... hahahaha... dah sign in ke belum.. nanti aku masukkan blog korang dlm bloglist yaaa

Zaitun said...

Macam saya juga merangkak banyak tunjuk ajar dari anak.

Granny Hani said...

ingatkan saya sorang yg mcm siput..

Acik Erna said...

assalam..dah advance ni dah boleh buat auto publish..acik belum pandai lagi tu..

Kunang-Kunang said...

Salam Ma,

Mudah2an Ma dah selamat sampai di Kemaman dan dah pun berjumpa dengan Pokde Azhar Na tu.

Semoga dia dah beransur sihat.

PCL said...

salam kenal, blogwalking sihat memang suatu yg bagus menemukan sy pd blog2 yg betul2 ikhlas utk merapatkan silaturrahi antara blogger di alam maya ini...jd, PCL sign in to follow Ma...n terus senaraikn blog ni dlm bloglist saya...salam ceria blogging.

Amie said...

assalamualaikum,
salam kenal & selamat hari raya (masih lagi syawal)...

L said...

oooohhh... yaka.... bagshnyaaa..

jom solat?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

WuMing said...

WuMing tak suka auto Publish. Walaupun dah ada banyak entri menunggu..

Nanti kawan kata kita ada masa buat entri.. Mereka pula komen pada blog kita...

Kita pula tak da masa komen di blog mereka..

Sebab tu.. Kalau tak masa terjah blog orang... WuMing tak kan post entri baru..

L said...

L dah follow blog ma... =)

wida said...

x sangka blog sy masuk dlm blog list ma..tq ma:)

Dee said...

ma...dee suruh buat auto publish tu sbb pagi2 dee bukak blog..selalu tak nmpk entry ma..sbb ma publish mlm...dia dah dok bawah2 sgt..kalo siang2 ni ramai sket org BW..hehehe..meriah dah komen2 kt blog ma ni..